Ziarah Iby Sebelum Raya..

Dura memang dah berhajat nak ziarah arwah Iby di Seksyen 21 Shah Alam minggu ini. Sebab minggu depan dah nak raya. Kita digalakkan ziarah kuburan sebelum raya sebab Hari Raya adalah untuk bergembira, bukan bersedihan meratapi insan tersayang.

Kebetulan pula, Dura dapat call dari Masjid di sana, berkenaan majlis sumbangan untuk anak-anak yatim. Rezeki anak-anak Dura si 3 serangkai di bulan Ramadhan ini. Majlisnya berlangsung pagi tadi jam 10am. Ringkas aje programnya, jadi, pukul 11.30am, majlis selesai.

Habis aje majlis di masjid, Dura dan anak-anak bersama Atok pergi ke kuburan. Sedih sungguh bila tiba di kubur. Tempat tinggal Iby yang baru, sejak 9 bulan lepas. Apa khabar Iby di sana? Kubur-kubur pun sudah memenuhi setiap ruang di 2 buah kawasan. Dura nampak lori kecil sedang bersihkan kawasan ke-3, yang mungkin esok lusa bakal ade penghuni pertamanya di situ. Bermaksud, ramai yang sudah 'pergi' meninggalkan alam dunia ini sejak 9 bulan lepas.

Kami beri salam di kuburan. Kami duduk di tepi kubur. AbangYan takde tempat nak duduk. Kebetulan ade kerusi kecil warna putih di kejauhan. Dura cakap, "Abang pergi ambik kerusi putih tu". Elok je AbangYan yang hari ni hensem berkopiah jalan pergi ambil kerusi. Masa tu, Dura baru perasan, dah besar rupanya anak Mama ni, dah 4 tahun. Tak takut orang macam dulu. 

Kemudian kami baca yasin. 3 serangkai bacakan AlFatihah. Sejuk hati tengok AbangYan dengan tangan keciknya menadah doa untuk Appa. KakLong dan KakNgah pun tak henti-henti baca doa untuk Appa. Selesai baca yasin, kami bersihkan sikit kubur Iby. Cabut rumput-rumput liar kecil yang tumbuh di situ. Kemudian, Dura siramkan air. 3 serangkai pun nak sirap sama. Dura tanya AbangYan, "Abang, ni kubur siapa?". AbangYan jawab, "Ni kubur Appa. Appa tinggal dalam Tanah Syurga". Hmm, baguslah kalau AbangYan masih ingat Appa, dan tahu di mana Appa tinggal sekarang.

Kami balik dulu Iby. Tahun ini, kami tak balik kampung, beraya di KL aje. Malahan Yayang sendiri takde mood nak raya. Beli persiapan untuk anak-anak aje, ala kadar, ikut apa yang mampu. Yayang pun tak bercuti raya. Cuti tiga hari tu aje, lepas tu masuk kerja semula. Mungkin ini cara terbaik nak lupakan kesedihan memandangkan ini pertama kali kami beraya tanpa Iby😔




#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #TheZizisJourney #KBBA9 #KelabBloggerBenAshaari #MalaysianBlogger #ParentingBlogger #LifestyleBlogger #ZiarahKuburdiBulanRamadhan #AdabDiKuburan #KuburSeksyen21ShahAlam


Popular posts from this blog

Whatsapp Blue Tick : Apa Maksudnya?

Yeeehuuuu!!! Dexandra Perfumes dah restocked!!

I LOVE LOVE LOVE DEXANDRA PERFUME!