Sedih Tinggalkan Anak-Anak..

AbangYanπŸ˜™

Lately, AbangYan selalu bangun sahur. Tau-tau je dia dah ade di ruang tamu masa Dura tengah sibuk siapkan hidangan untuk sahur. Kadang-kadang AbangYan terus bersahur dengan kami, makan roti dan minum Milo. Kadang-kadang dia jaga sebab ngigau aje, sampai ruang tamu dia tidur balik.

Tapi, AbangYan bangun sahur pun bukan bermakna AbangYan puasa tau! πŸ™Š sebab AbangYan ni sejak kecik sampai lah umur 4 tahun ni, setiap kali dia bangun tidur kalau tengok Dura takde sebelah dia, confirmed dia akan nangis, memang tidak dapat dinafikan lagi πŸ˜₯ Jadi, Dura rasa AbangYan selalu bangun sahur ni pun sebab takut kena tinggal; ye lah, dia tahu setiap pagi Dura pi kerja. Tiga minggu lepas, AbangYan meraung bagai nak rak, sebab dia ternampak Dura bersiap nak pi kerja; dia nak ikut πŸ˜”

Belon-belon tu sebagai hiasan aje πŸ˜†πŸ™Š

Sedih bila tinggalkan anak-anak dalam keadaan macam tu bila kita nak bekerja kan? Macam Dura ni, dah 4 tahun jaga AbangYan, dah 7 dan 8 tahun jaga KakNgah dan KakLong.. Tak pernah sekali pun Dura tinggalkan mereka dengan orang lain waima dengan Opah dan Atoknya; kami tak pernah berenggang. Tiba-tiba Dura kena kembali bekerja, tinggalkan mereka 12jam lamanya.. Ni pun, bersyukur sebab Mak Abah masih ada. Merekalah yang tolong jaga AbangYan, KakLong dan KakNgah sepanjang Dura tiada di rumah. Kalau hantar mereka pada babysitter, tak taulah pulak camne perasaan DuraπŸ™

Tapi, Dura tetap yakin, ada hikmah di sebalik semua ini. Kenapa mesti Appa pergi di kala umur KakLong, KakNgah dan AbangYan yang masih kecil. Pasti ada sebab yang Allah SWT cuba sampaikan kepada kami. Dugaan dan hikmah adalah untuk kita yang masih hidup. Jadi, insyaAllah, Dura terus bersabar dan bertabah teruskan hidup bersama anak-anak selagi roh dikandung badan..



#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #TheZizisJourney #KBBA9 #KelabBloggerBenAshaari #MalaysianBlogger #ParentingBlogger #LifestyleBlogger #BloggerMom #BlogIbuTunggal #BlogAnakYatim #RealLifeJourney

Popular posts from this blog

Whatsapp Blue Tick : Apa Maksudnya?

Yeeehuuuu!!! Dexandra Perfumes dah restocked!!

I LOVE LOVE LOVE DEXANDRA PERFUME!