Rezeki 3 Serangkai Di Bulan Ramadhan



Dua hari lepas, KakNgah terima jemputan ke Program Inspirasi Ramadhan YaPEIM di Dewan RISDA, Ampang. Program tu bermula dari jam 3.00pm dan berakhir dengan majlis berbuka puasa. Mula-mula, Dura tolak jemputan tu sebab syaratnya Ibu atau Bapa perlu bawa anak yatim sendiri ke sana. Dura kerja, tak sempat nak sampai rumah awal, dengan jem lagi.. Tapi rezeki dia, cikgu sekolahnya baik hati nak tolong bawakan dia pergi dan balik. Dura izinkan aje lah. Di sana anak-anak yatim terima sumbangan dari YaPEIM berupa hamper makanan dan angpau. Alhamdulillah, rezeki KakNgah di bulan RamadhanšŸ˜Š 

Dan yang sebetulnya, KakLong pun ade terima jemputan Program YaPEIM ini di sekolahnya. Tapi bukan rezeki KakLong, sebab sekolah minta ibu atau bapa hantar anak yatim sendiri ke RISDA. Jadi, Dura terpaksa tolak jemputan macam yang Dura buat pada jemputan KakNgah di awalnya tu. Jadi, takde siapa yang dapat bawa dan jaga KakLong di sana.

Semalam pula, KakLong dan KakNgah masing-masing terima bantuan sumbangan raya untuk anak-anak yatim dan asnaf di sekolah mereka. Alhamdulillah. Bukan main suka budak-budak ni dapat duit raya. Siap cakap nanti nak kumpul duit raya banyak-banyak, nak beli basikalšŸ˜ Entah mana nak letak kalau ade basikal sorang satu, rumah kocik aje, laman pun takde nak dijadikan tempat parking basikalšŸ˜‚



AbangYan pun dapat besar juga rezekinya. Jiran sebelah rumah niat dan sudah bayarkan zakat untuk AbangYan. Sebenarnya, Atok dah bayar zakat untuk budak-budak ni awal-awal lagi. Tapi dah jiran tu berniat nak bayarkan, nak tambah saham akhirat, jadi tak apelah☺

Syukur pada rezeki yang Kau berikan kepada kami, Ya Allah. Kami meminta dariMu, dan kau berikan kepada kami melalui mereka. Kau berikan anak-anak ini kegembiraan Ramadhan. Sesungguhnya, Kau Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Berkuasa. Alhamdulillah. Ku doakan, semoga mereka yang beramal jariah membantu kami anak-beranak ini dimurahkan rezekinya sentiasa dan diberi keberkatan hidup dunia akhirat. Amin.





#BlogDuraNorell #TheZizisJourney #KelabBloggerBenAshaari #KBBA9 #BloggerMalaysia #ParentingBlogger #LifestyleBlogger #MomBlogger #BloggerMom #RezekiAnakYatim #RamadhanAlMubarak #SekolahKebangsaanSetiawangsa #SekolahKebangsaanDatokKeramat1 #Asnaf

Popular posts from this blog

Whatsapp Blue Tick : Apa Maksudnya?

Yeeehuuuu!!! Dexandra Perfumes dah restocked!!

I LOVE LOVE LOVE DEXANDRA PERFUME!