Orang dah bercuti, tapi kami..

Alkisah..
Semalam (Jumaat) Dura last day kerja, sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri. Sebenarnya, semua member ofis Dura yang Melayu dah mula bercuti semalam kecuali Dura dan sorang lagi member. Dura tak dapat cuti sebab masih berstatus pekerja baru, yang sorang lagi sebab dia sebelum ni dah bercuti panjang. Maka, kami pun bekerja kesunyianlah. Tapi bukan berdua aje, tapi bersama member Chinese yang ada dalam ofis 😀 Cuma macam tak best lah, selalu meriah, hari ni baaanyak meja kosong 😯

Selalunya, last day keje, bos bagi balik awal (Melayu je lah sempena hari raya). Tapi jenuh la kitorang tunggu sampai dah nak jam 3pm, tapi bos macam tak hengat je. Semacam aje sibuknya semalam. Kejap-kejap minta report itu, report ini.. "Rasa macam tak dapat balik awal je kita ni", kata member ofis. Adeh, yer ka? Tapi camne ni? Mood bekerja pun dah takde ni 😩

Tunggu punya tunggu. Last-last, jam di dinding menunjukkan pukul 5.15pm. Memang dah sampai time balik kerja dah pun. Hmmm, nampaknya, hari ni memang kitorang keje full day juga ler 😥😩 Dura pun terus cabut, tak lalu dah nak tunggu walau seminit. Ye lah, tensi tau fikir orang lain dah bercuti raya tapi kami masih di sini kesibukan dengan kerja dan panggilan telefon yang tak putus-putus masuk di ofis tu😭

Tapi semalam, memang syok sungguh bawa kereta; jalan tersaaangat lengang! Jika selalunya Dura perjalanan balik kerja ambil masa 40 minit ke 1 jam, tapi hari ni 15 minit aje. Mau tak gumbira? Hehe. Dura bawa kereta sambil tersenyum sepanjang jalan sebab terfikir-fikir, berapa ribu kereta agaknya yang dah bercuti raya sampaikan jalan yang biasanya terpaksa bergerak dengan gear 'kura-kura' pun boleh clear sungguh semalam😀

Cuma, raya kali ni, Dura tak bersemangat langsung. Ini tahun pertama kami beraya tanpa Iby di sisi, untuk selamanya. Tak tau lah macamana kami di pagi raya nanti. Berkenaan cuti raya pulak, Dura dapat cuti sampai hari Rabu aje. Hari Khamis Dura dah masuk kerja semula. Budak-budak ni pun cuti sekolah seminggu😣Member lain bercuti seminggu tau! Tu lagi takde mood, orang bercuti lagi kita dah start masuk kerja menghadap kesibukan di ofis tu 😣Hmmm.. boleh tak nak skip forward aje minggu raya ni? Rasa macam tak sedia nak menghadapinya😔



#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #KBBA9 #KelabBloggerBenAshaari #BloggerMalaysia #ParentingBlogger #LifestyleBlogger #HariRayaAidilfitri #CutiHariRaya #MomsBlog #BloggerMom #MomsJourney #WorkingMom #AnakYatim #IbuTunggal


Labels: ,