Member Card Watson Yang Pelbagai Guna


Sejak Dura start kerja, kene lah bayar parking kereta. Kat kawasan tu, satu jam RM1, kalau dah kerja sampai petang, dah berapa RM pulak kan? Pulak tu, pilihan di mesin parking tu hanya ade untuk duit syiling atau kad Touch-n-Go aje. Nak bayar pakai duit syiling? Memang koyak la poket bawak duit syiling sebeban setiap hari. Masa tu Dura terfikir, "Aduhh, manalah pi kad TouchnGo aku yang lama tu ya?"

Ye tak ya, pinjam kad TouchnGo abah dulu. Bukan main sodap lagi Dura guna kad abah tu setiap hari. Almaklum, jumlahnya macam prepaid, kemain banyak heheh. Tapi Abah pulak payah nak gerak sebab takde kad TnG tu. "Ish, aku kene beli jugalah kad TouchnGo yang baru".

Kemudian, Dura teringat kad keahlian Watson yang Dura dapat masa register membership awal tahun ini, konon nak collect point lah sebab selalu juga ke Watson 😆. Masa tu Dura bayar RM18 untuk one time registration fee, dan diberikan kad Watson. Di kad tu ade logo TouchnGo. Bila Dura tengok semula, rupanya kene daftar dulu di website Touch n Go untuk aktifkan kad tu sebagai kad TnG. Kalau tak, kad tu selamanya hanya berfungsi sebagai kad keahlian Watson aje lah. So, Dura pun aktifkan kad tu sebagai kad TnG.

Lepas tu, Dura reload jumlahnya di Seven Eleven berdekatan rumah. Kat kedai News.Com.My pun boleh reload. Tapi harap maklum, semua jumlah akan ditolak 6% GST. Dan reload pulak diterima dalam jumlah RM10, RM30 dan RM50 sahaja. Nehi nehi nehi untuk jumlah selainnya macam RM15 atau RM99. Kalau nak reload RM60 contohnya, kene buat dua transactionlah (RM50 dan RM10), dan akan ditolak dua kali GST. Faham ke? 😆

So Dura reload RM50. Esoknya, pi kerja, Dura cuba bayar parking guna kad Watson tu. Dalam hati dup dap dup dap juga sebab 1st time nak guna kad Watson ni sebagai kad TouchnGo 😂. Tapi, Alhamdulillah, berjaya! 😀. 'No more coins, babeh😜 Dan rupa-rupanya, ade beberapa officemate Dura yang tak perasan parking tu boleh bayar guna kad TnG! Jenuh mereka tukar syiling hari-hari 😂 




#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #KelabBloggerBenAshaari #KBBA9 #ParentingBlogger #LifestyleBlogger #BloggerMom #MalaysianBlogger #WorkingMom #KadTouchnGo #TnGCard #KadTnG #WatsonMemberCard #WatsonPharmacyMalaysia #ReloadTouchnGo #ReloadTnGCard #SevenEleven

Labels: , ,