Berbuka Puasa di Surau Al-Rasyidin Puncak Setiawangsa


Pada hari Ahad 4 Jun yang lepas, Dura dan 3 serangkai bersama Opah hadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Pengurusan Surau Al-Rasyidin yang terletak di puncak Setiawangsa, Taman Setiawangsa. Dura dapat jemputan ini melalui guru sekolah KakLong di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa; yang mana anak-anak yatim dari sekolah ini semuanya dijemput menghadiri majlis tersebut.


Sebenarnya, majlis tu bukan setakat majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim, tetapi juga ada ceramah Penghayatan Ramadhan Untuk Anak-Anak bersama penceramah jemputan iaitu PU Hafiz dari program Pencetus Ummah. Haa, tu yang Opah dan Dura excited nak pergi majlis berbuka tu hihi. Walaupun tujuannya adalah untuk motivasi anak-anak, tapi pengisiannya memang berguna untuk para ibu bapa juga. PU Hafiz pun jenis slumber jer orangnya. Ceramahnya pun menceriakan dan kelakar 😊

Ceramah bermula jam 5.30pm, tamat jam 7.00pm. Lepas tu, ada sesi kuiz untuk anak-anak yatim yang hadir. Kemudian, bila tiba Maghrib, kami berbuka puasa dengan juadah yang disediakan seperti nasi minyak, satay, apam balik, kuih-muih dan buah-buahan. Jam 7.45pm, kami berjemaah tunaikan solat Maghrib. 

Selesai solat Maghrib, anak-anak yatim dihadiahkan dengan sumbangan dari pemilik syarikat Bio Pest dan Hygiene Sdn Bhd. Dan masa itu, memang betullah rezeki untuk 3 serangkai ini. Sepatutnya, sumbangan tu diberikan kepada anak-anak yatim dari SKS iaitu KakLong dan rakan-rakan dan rumah anak yatim Baitul sahaja. Tetapi, rupa-rupanya, ada beberapa hadiah lebih disediakan. Maka, KakNgah dan AbangYan pun dapat sumbangan juga. Alhamdulillah.



Sampai di rumah, masing-masing tak sabar nak buka hadiah. Dan rupa-rupanya.. 3 serangkai dapat Scooter Ride On seorang sebiji. Beg kecik tu pulak, dapat sampai 5 beg. Berlainan warna pulak tu 😀Alhamdulillah, syukur sangat-sangat.. rezeki.. Sebab KakNgah dah banyak kali minta basikal. Tapi Mamanya ni belum mampu beli sebab kalau nak beli, kene beli sekali tiga biji basikal 😥 Last-last, dapat scooter dulu 😊 Alhamdulillah, rezeki mereka. Si 3 serangkai pun apa lagi, senyum sampai ke telinga dapat main scooter😆




Pujian juga Dura berikan kepada Sekolah Kebangsaan Setiawangsa dan guru-guru kerana aktif memberikan bantuan untuk anak-anak yatim di sekolah ini. Dan tahniah kepada pihak pengurusan Surau Al Rasyidin puncak Setiawangsa kerana berjaya menganjurkan program yang mulia ini dalam tempoh yang singkat, khabarnya dalam tempoh seminggu sahaja planning dan gerak kerja nya. Terima kasih semua!




#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #TheZizisJourney #KBBA9 #KelabBloggerBenAshaari #MalaysianBlogger #ParentingBlogger #LifestyleBlogger #BloggerMom #IbuTunggal #AnakYatim #SurauAlRasyidinSetiawangsa #SekolahKebangsaanSetiawangsa #RamadhanAlMubarak #MajlisBerbukaPuasaSetiawangsa

Labels: , , ,