Berbuka Puasa anjuran Parlimen Setiawangsa



Hari Sabtu baru-baru ini, Dura sebagai ibu tunggal dan beberapa jiran yang lain dapat jemputan ke Majlis Berbuka Puasa anjuran Ahli Parlimen Setiawangsa iaitu Dato' Fauzi Zahari yang bertempat di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa. Para jemputannya adalah golongan asnaf yang tinggal di bawah Parlimen Setiawangsa seramai 800 orang. Dura pun asnaf juga, ibu tunggal yang menyara 3 orang anak, dengan gaji yang ciput aje.

Majlis ni bermula 5.30pm hingga selepas Maghrib. Dura pi sana dengan kawan Mak, iaitu Makcik Ju. Masa mula-mula sampai, kami tengok ade khemah besar di laman depan masjid dan dibawahnya tersusun banyak meja-meja catering. Kami pun daftar kehadiran dulu dengan Pengerusi Blok kami, kemudian terus duduk di meja catering. Tepat jam 6.30pm, Dato' Zahari memberi ucapan perasmian. Kemudian beliau dan anak lelakinya menyampaikan sumbangan angpau dan cenderahati kepada asnaf di setiap meja catering.

Sebaik sahaja azan Maghrib dialunkan, kami semua pun berbuka puasa dengan menu hidangan nasi putih, sambal petai udang, kari ayam, tumis buncis, ikan goreng berlada, sayuran dan kurma. Kuih-muih dan buah-buahan pun ade juga. Semua menu ini disediakan oleh Felda D'Saji Catering. Layanan staff pun bagus, terasa macam di banquet hotel gitu 😂Alhamdulillah, sedap dan kenyang 😀Majlis ini berakhir jam 8.00pm, iaiti selepas selesai solat Maghrib berjemaah. 

Alhamdulillah. Syukur padaMu Ya Allah di atas keluasan pintu rezeki yang Kau berikan sepanjang bulan Ramadhan penuh barakah ini. Dalam kami dok takde mood nak beraya dan pening fikir kos baju raya anak-anak, masih ade golongan yang 'teringat' dan memberi bantuan kepada kami ni. Alhamdulillah.




#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #KBBA9 #KelabBloggerBenAshaari #BloggerMalaysia #ParentingBlogger #MajlisBerbukaPuasa #MasjidMuadzBinJabal #MasjidSetiawangsa #ParlimenSetiawangsa #BlogAnakYatim #BlogIbuTunggal

Labels: ,