Rezeki di Office Baru..


Alhamdulillah, setelah berbulan Dura mencari kerja sejak arwah Iby meninggal dunia; akhirnya Allah SWT makbulkan doa Dura yang satu ini. Rasa syukur sangat, sebab dalam kepala ni selalu je fikir, entah company mana lah nak ambik Dura yang dah 30an ini. Tambahan pula, memang sudah sekian lama Dura meninggalkan jawatan office. Tup-tup.. nak kene cari kerja semula.. Pergghh, dia punya takut nak pi interview tu masih sama macam masa jadi fresh grad dulu hahaha.

Alhamdulillah, kerja di office baru ni so far so good. Syukur, sebab dulu Dura pernah bekerja office, jadi sebarang tekanan tu den boleh hadap dengan baik lah setakat ini.. chewaahhh hehe. Cuma, disebabkan faktor umur, biasalah, den terpaksa lah menggunakan khidmat Yoko-Yoko untuk kurangkan kesakitan di belakang badan, pinggang dan leher ini. Almaklum, dah sekian lama jadi surirumah, tiba-tiba kene menghadap komputer 8 jam, lepas tu tak leh nak baring-baring kejap rehatkan badan macam kat rumah.. hehehe.

Dan Alhamdulillah juga.. Rezeki di office baru ni. Walaupun Dura belum la jadi permanent staff, tapi masih lagi dijemput untuk hadiri company dinner yang dibuat di Majestic Hotel semalam. Berkali-kali officemate ajak pergi. Dura macam keberatan nak pergi, sebab rasa macam masih belum layak lagi nak join. Tapi, mereka kata, dinner ni memang untuk semua staf, sama ada baru atau lama, permanent atau tidak. Memang sejak dulu macam itu. Jadi, Dura pun pergi juga lah akhirnya.



Pergi ke Majestic Hotel tu pun tumpang kereta bos dengan beberapa officemate lain. Tak reti lah nak pi sendiri, lagipun Dura bawa viva bughuk aje, tak sajak nak parking kat situ huhu. Jadi, dinner kami bermula jam 7.00pm hingga lah 10.00pm. Dura pulak, lepas 2 kali makan, rasa kenyang dah. Terus ambik dessert pulak. Jam 9.30pm, Dura bertolak balik. Kali ni tumpang officemate punya kereta pula, tapi kene balik ke office dulu sebab kereta Dura tinggal kat sana. Dari office, Dura drive balik ke rumah.. Haa, macam jauh je perjalanan tu kan? Heheh.. Tapi, by 10.30pm, Dura dah sampai rumah.. Alhamdulillah :)




#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #KBBA9 #KelabBloggerBenAshaari #ParentingBlog #LifestyleBlog #BloggerKualaLumpur #MalaysianBlogger #WorkingMom #MajesticHotelKualaLumpur #HotelBuffet #HotelDinner 


Labels: , ,