Rezeki dan Takde Rezeki


Kelmarin, member ofis dah viral kan dalam grup whatsapp ofis kitorang, Exec nak belanja lunch keesokan harinya. Almaklum, kan dah nak sambut Ramadhan. Hehe. So, pagi semalam, sampai je ofis, masing-masing cakap nak makan Kenny Rogers. Bos terdengar, tiba-tiba bos kata, "Nevermind, let me pay". Chewahh gitu kan? Tu namanya rezeki la kan? Memula Exec nak belanje, last-last, bos yang belanja kitorang makan. Heheh.

So, dah siap-siap kitorang ambik order, satu jam sebelum lunch; member ofis call Kenny Rogers delivery hotline. Tapi malangnya, hampir 15 minit call, takde orang jawab. Apa lagi, kitorang pun terpaksa lah menghantar dua orang member ofis untuk pergi membeli di outlet Kenny Rogers berdekatan huhu.

Tapi, malangnya.. outlet Kenny Rogers di Leisure Mall tutup la pula. Pergi lagi yang ke outlet kedua, tutup juga! Haish! Biaq betul. Camno ni? Masa dah suntuk sangat dah ni. Tak sempat nak pi cari tempat lain pulak :( Masing-masing punya perut pun dah berkeroncong tak berhenti. Penyudahnya, kami order McDonalds aje. Maka, takde rezeki kitorang nak makan Kenny Rogers semalam. Tapi, rezeki kami pula untuk makan McDonalds, sebab bos masih belanja kami :) Alhamdulillah. Dan terima kasih bos :)





#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #KBBA9 #KelabBloggerBenAshaari #BloggerMalaysia #ParentingBlogger #LifestyleBlogger #WorkingMom #McDonaldsMalaysia #Rezeki #RamadhanAlMubarak #Luncheon #Lunchtime

Popular posts from this blog

Whatsapp Blue Tick : Apa Maksudnya?

Yeeehuuuu!!! Dexandra Perfumes dah restocked!!

I LOVE LOVE LOVE DEXANDRA PERFUME!