Nasib baik cuti sekolah..

Dapat upah ice cream lepas berbuka.
Yang tengah tu dah makan ice cream tengahari lagi hihi.

Sebenarnya, KakLong dan KakNgah Dura dah ajar mereka puasa penuh sejak 2 tahun lepas, masa KakLong dan KakNgah belajar di tadika sama-sama. Masa tu, balik rumah je mereka mengadu, kawan-kawan makan kat sekolah. Tapi Dura cakap kat mereka, kalau mereka puasa penuh, bukan setakat Allah SWT sayang, Mama, Appa, Opah dan Atok pun sayang. Lagipun, mereka sekolah berdua, so KakLong dan KakNgah bersemangat lah sikit.

Alhamdulillah, tahun lepas pun mereka puasa penuh. Nenek pun puji KakLong dan KakNgah. "Mestilah puasa penuh, cucu nenek kan dah besar", puji nenek masa beraya hari tu. Tahun ini, mudah-mudahan penuh lah juga, insyaAllah. 

Ini pun nasib baiklah permulaan puasa jatuh pada cuti sekolah. Lepas sahur, solat subuh, boleh sambung tidur semula 😀Dapatlah mereka berpuasa dalam keadaan yang lebih relax dan tenang.  Sebab ini tahun pertama mereka pergi ke sekolah agama. So, memang agak memenatkan, tapi demi menimba ilmu kenelah korbankan masa dan tenaga kan? 😊 Harap-harap, bila start semula sekolah, mereka dah boleh adapt dengan 'kepenatan' berpuasa ni. InsyaAllah..



#BlogDuraNorell #TheZizisJourney #RealLifeJourney #KBBA9 #KelabBloggerBenAshaari #BloggerMalaysia #ParentingBlogger #LifestyleBlogger #Motherhood #MomBlogging #RamadhanAlMubarak 

Labels: , , ,