Kedai Sulam Name Tag di Wangsa Maju



Alkisah..
Selepas tiga bulan bersekolah, barulah KakNgah terima name tag dari cikgu kelasnya. Dura pun sebelum tu asik tanya KakNgah, "Name tag tak dapat lagi ke? Kawan lain pun belum dapat?" .. Dura memang kene tanya betul-betul kat budak-budak ni, sebab kadang-kadang, dorang asik terlupa dan ada masanya, takut nak bertanya pada cikgu jika ada apa-apa soalan di sekolah.

Nak dijadikan cerita.. Boleh pulak KakNgah hilangkan name tag dia hari yang sama dia terima dari cikgu! Tak sempat bawa balik pun tunjuk kat Dura, sebab hilangnya di sekolah. Dura pun hangin lah juga! Ye lah, dah la 3 bulan menunggu, boleh lak KakNgah hilangkan name tag tu. Nak tempah yang baru, kene tempah sendiri kat luar sebab sekolah provide name tag setahun sekali aje.

Nak mencari kedai yang boleh buat sulam name tag ni pun satu hal juga. Jenuh gi kedai baju, takde pulak buat sulam. Google punya google, akhirnya jumpa lah kedai sulam nama ni di Aeon Big Wangsa Maju. Memang dekat je lah dengan rumah.

Mula-mula tengok dalam fb, macam kedai printing baju aje. Tapi bila dah pergi kedai tu, rupanya memang boleh buat sulam nama sekali. So, Dura pun tempah la name tag KakNgah, 4pcs RM12. Tapi lepas seminggu baru boleh datang ambik. 

Akhirnya, dapat gak lah KakNgah name tag baru :)




#BlogDuraNorell #TheZizisJourney #DuraNorellandTheZizis #KBBA9 #KelabBloggerBenAshaari #BloggerMalaysia #BloggerKualaLumpur #ParentingBlogger #MotherhoodBlog #MomsBlog #IbuTunggal #AnakYatim #NameTagSulam #FastPrintShopWangsaMaju #SulamNameTagWangsaMaju #PrintingBajuAeonBig #AeonBigWangsaMaju #Setiawangsa #Keramat #AU3

Popular posts from this blog

Whatsapp Blue Tick : Apa Maksudnya?

I LOVE LOVE LOVE DEXANDRA PERFUME!

Yeeehuuuu!!! Dexandra Perfumes dah restocked!!