Hari Mantai Ramadhan

Rendang daging Mak masak nak sambut Ramadhan Al Mubarak :)

Semalam, Dura tiba di rumah lambat giler. Keluar ofis jam 6.00pm dari Cheras nak balik ke Setiawangsa je, tapi jam 8.00pm baru sampai rumah.. Aduhai.. Mungkin ramai yang balik awal dan nak pulang ke kampung untuk sambut 1st Ramadhan bersama keluarga, maka jem giler jalan yang sepatutnya 20 minit aje perjalanannya. Dura sampai je kat rumah, rupanya Mak dah siapkan rendang daging. Kesian kat Mak kene merendang sorang-sorang. Maka, takde lah Hari Mantai untuk keluarga kami ni sebab kami adik-beradik sibuk bekerja.

Oops, anda tahu tak maksud Hari Mantai? Kalau tak tahu, jangan risau sebab Dura pun 1st time dengar tau! Tu pun sebab member ofis yang kebetulannya memang orang noghori, mulakan cerita pasal Hari Mantai ni. Jangan tak tau, dia siap ambik cuti lagi semalam (Jumaat) sebab nak menyambut Hari Mantai Ramadhan ni bersama keluarga besarnya :) 

Hari Mantai ni merupakan salah satu adat dan budaya orang Negeri Sembilan. Dalam dialek orang Negeri Sembilan, Hari Mantai ni maksudnya Membantai. Jadi, sehari sebelum menyambut Ramadhan, ahli keluarga akan kumpul beramai-ramai dan bergotong-royong membuat persiapan melapah daging lembu, buat rendang dan membakar lemang. Kiranya, persiapan dia lebih kurang macam persiapan memasak untuk Hari Raya juga lah. Dan, Hari Mantai ni bukan setakat untuk sambut Ramadhan aje tau, untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya AidilAdha pun ade juga :) 

Haaa, kalau yang sambutan Hari Raya tu, sebelum ni keluarga Mak dan Abah Dura memang rajin buat. Mungkin di negeri-negeri lain pun ada juga. Biasanya keluaga kami berkumpul sehari sebelum Raya, bergotong - royong masak rendang daging atau ayam, ketupat daun palas, nasi impit, kuah kacang dan lemang. Memang meriah lah, berasap satu rumah heheh. Tapi, sejak Opah dan Atok Dura dah meninggal, kami dah tak berkumpul di kampung. Hanya melawat ke rumah saudara - mara sahaja. Maka, takde dah Hari Mantai ni di sebelah Mak Dura. Yang ade pun, belah Abah di Kedah, tapi kami pun jarang balik, sebab tak banyak cuti panjang.

Psst... Isnin adalah hari pertama kita kerja di bulan Ramadhan kan? Agak-agaknya, Dura boleh sampai rumah pukul berapa ya kalau bertolak dari ofis jam 5.15pm? Aduhh, sebu perut bila fikirkan jem di bulan Ramadhan :( Kene standby juga lah air kotak dalam kereta jawabnya.





#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #KelabBloggerBenAshaari #KBBA9 #BloggerMalaysia #ParentingBlogger #LifestyleBlogger #MomsBlog #Motherhood #RamadhanAlMubarak #BulanPuasa #HariMantai #AdatNegeriSembilan


Labels: ,