Happy Birthday Kak Ngah..

Happy Birthday KakNgah yang ke 7 tahun 😊

Smile 😊

Sebenarnya, birthday Kak Ngah ialah pada pertengahan bulan Mei. Kak Ngah pun sejak awal tahun asik dok tanya, "Mama, bila adik punya birthday?". Excited sungguh dia nak potong kek. Tapi disebabkan belum gaji, Dura tunda ke hujung bulan. Tapi, Dura pulak lupa; yang 27 Mei kita dah start puasa. Maka, terpaksa lah 'diawalkan' sedikit nak sambut birthday KakNgah iaitu pada hari Khamis; dua hari sebelum puasa. Itu pun nasib baik PakNgah bek ati nak sponsor sikit.. Kalau Dura sorang, bak kata Amir, "I'm sorry!" Hehehe

Memang sedap kek ni. Bukan setakat rainbow di luar, tapi
Icecream di dalamnya pun rainbow macam paddle pop 😍

Hari tu pula hujan selebat-lebatnya sejak pukul 5pm masa Dura masih di ofis. Dengan meredah jem lagi, pukul 7.30pm baru Dura sampai kawasan rumah. Nasib baik Pistachios Bakery Cake dekat je dengan rumah. So, Dura terus ke kedai tu. Tapi kene redah jem juga lagi. Adui, menguji kesabaran betul, semata-mata sebijik kek😥 Sampai di kedai, pilih punya pilih, berkenan kat Rainbow Icecream Cake. Tunjuk member card, dapat ler beli pada harga member hehe. Gitulah, last minute punya plan..

So, tahun ni KakNgah dah berumur 7 tahun. Mama harap sangat KakNgah dapat membesar jadi anak yang bijak, berjaya, sihat dan solehah. Antara 3 serangkai ni, Mama paling risau KakNgah berbanding KakLong dan AbgYan. Sebab perangai KakNgah ni memang len and kadang-kadang uncontrollable. Masa arwah Appa ada, Mama selalu ngadu pada Appa tentang KakNgah. Appa yang akan 'betulkan' perangai KakNgah. Ni Appa dah takde, Mama tak tau camne cara yang betul nak didik dan besarkan KakNgah...

Mama doakan, as time goes by, KakNgah akan matang dan memahami erti hidup. Amin ya rabbal al amin.




#BlogDuraNorell #TheZizisJourney #RealLifeJourney #MyKakNgah #KBBA9 #KelabBloggerBenAshaari #BloggerMalaysia #ParentingBlogger #LifestyleBlogger #MomsBlog #Motherhood #IbuTunggal #AnakYatim #PistachiosBakeryMalaysia #RainbowIcecreamCake #BirthdayCake

Labels: , , ,