Dua pingat perak untuk KakNgah!



BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Sukan Tahunan SKDK1 Yang Ke42 | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | Parenting Blogger | LifestyleBlogger | PersonalBlogger | FoodBlogger | FoodReview | Travel Blog | Authorized Agent Dexandra Perfume | WAHM | Mompreneur

Hari Ahad yang lepas, sekolah KakNgah iaitu Sekolah Kebangsaan Datok Keramat 1 telah mengadakan sukan tahunan mereka yang ke-42. Tak sangka, SKDK1 ni dah 'legend' juga ya :) Tapi, disebabkan sekolah ini tiada padang, maka sukan tahunan mereka telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney.


BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Sukan Tahunan SKDK1 Yang Ke42 | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | Parenting Blogger | LifestyleBlogger | PersonalBlogger | FoodBlogger | FoodReview | Travel Blog | Authorized Agent Dexandra Perfume | WAHM | Mompreneur

Jadi, Dura pun drive bawa tiga serangkai dan Opah ke sekolah tersebut. Kami bertolak keluar rumah jam 7.00am. Sampai sana jam 7.15am. Upacara bermula jam 8.00am. Tapi yang best nya.. Macam Dura pernah cerita sebelum ini, pelajar sekolah SKDK1 ini memang tak ramai. Jadi ibu bapa yang hadir pun tak crowded. Maka, hampir semua dapat duduk di bawah khemah-khemah yang disediakan dengan selesa.

Pelajar tahun satunya pun ada lebih kurang 40 orang aje, dan dibahagikan kepada 4 buah rumah sukan iaitu Bendahara (Hijau), Laksamana (Merah), Temenggung (Kuning) dan Biru (Panglima). Memang tak ramai; dan sebab itulah setiap pelajar tahun satu perlu menyertai sebanyak tiga buah acara sukan hehe :)

Acara sukan yang pertama untuk tahun satu ialah sukaneka. Acaranya ialah tolak bola menggunakan kayu hoki dan seterusnya bawa bola pingpong menggunakan sudu. Untuk acara ni, KakNgah dan rumah sukannya iaitu Bendahara berjaya memenangi pingat Perak :) 


BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Sukan Tahunan SKDK1 Yang Ke42 | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | Parenting Blogger | LifestyleBlogger | PersonalBlogger | FoodBlogger | FoodReview | Travel Blog | Authorized Agent Dexandra Perfume | WAHM | Mompreneur

Acara sukan yang kedua pula ialah Lari 70m. Yang ini diadakan dalam banyak kumpulan. Tapi sedikit ralat dan mengecewakan untuk KakNgah kerana masa tu, cikgu tak panggil nama dia untuk bersedia di garisan permulaan. Jadi, KakNgah terlepas peluang nak memenangi acara ini. Rasa cam hampeh gak lah, tapi nak wat camno, benda dah jadi!

Acara ketiga pula, Lari 4x25m. Jarak pendek aje, sebab tahun satu kan hihi. Masa ini lagi kelakar. Sebab acara ini bermula jam 11am macam tu. Rupanya, dah ramai ibu bapa bawa pulang anak-anak masing-masing. Jadi, daripada pertandingan 4 buah rumah sukan, akhirnya acara tahun satu ini disertai oleh dua rumah sukan aje iaitu Bendahara dan Laksamana. Makanya, kalau tak nombor satu, means nombor dua lah kan? Haha.. Tapi, kali ni pun KakNgah dan Bendahara dapat pingat Perak juga hehe..


BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Sukan Tahunan SKDK1 Yang Ke42 | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | Parenting Blogger | LifestyleBlogger | PersonalBlogger | FoodBlogger | FoodReview | Travel Blog | Authorized Agent Dexandra Perfume | WAHM | Mompreneur

Apa-apa pun, kami rasa seronok juga lah kali pertama hadiri sukan sekolah anak. Kalau arwah Appa ada, mesti KakNgah rasa lagi seronok. Ye lah, dapat sorakan dari Appa. Hmm.. bila cerita aje bab ni, Dura teringat balik kenangan lalu, sedih! Sangat sedih! Tapi itu lah, dah susunan kehidupan Dura dan 3 serangkai diatur cenggini. Redha aje lah. 

Untuk KakNgah.. Tahniah! Dapat dua pingat perak! Tahun depan kumpul emas pula ya! Heheh






#BlogDuraNorell #TheZizisJourney #DuraNorellandTheZizis #LifestyleBlogger #ParentingBlogger #KelabBloggerBenAshaari #KBBA9 #BloggerMalaysia #BloggerKualaLumpur #SukanTahunanSekolahKebangsaanDatokKeramat1 #SukanTahunanSKDK1ke42 #SukanekaTahunSatu #SukanSekolahRendah SekolahRendahKualaLumpur #KeputusanPeperiksaanSekolahRendah #SekolahKebangsaan #MotherhoodBlog #BlogIbuTunggal #BlogAnakYatim


Labels: , , ,