Dalam entry lepas, Dura dah cerita tentang percutian last minute kami sekeluarga di Gold Coast Malacca International Resort kan. Jadi dalam entry kali ini, Dura nak sambung sedikit tentang Water Theme Park di Gold Coast Malacca International Resort tersebut.
Kalau nak tahu, tarikan utama resort ini adalah Water Theme Park nya yang besar, bersih, selesa dan menarik. Dan yang paling best, kesemua tiga blog apartment di resort ini menghadap kawasan Water Theme Park tersebut. Jadi, anda boleh menikmati pemandangan kawasan mandi tersebut dari beranda rumah juga sepanjang masa!
|
Pemandangan dari beranda rumah |
|
Pemandangan di waktu malam |
Water Theme Park ini dibuka bermula jam 7.30 am sehingga 11.00pm. Jadi, sambil anda turun untuk menikmati breakfast bersama keluarga di dewan banquet, anda juga bermandi-manda bersama anak-anak di Water Theme Park tersebut.
Sepanjang berada di sini, memang puas lah 3 serangkai ni mandi - manda di sini. Bermula seawal pagi, hingga lah ke petang. Pendek kata, sampai habis kecut lah jari bebudak ni berendam dalam air! Haha. Air kolamnya pulak, walaupun di waktu tengahari atau petang, badan tetap menggigil juga kalau berendam lama. Sejuk wooo!
|
Deep pool untuk ibu bapa |
Ada tiga bahagian di Water Theme Park ini. Semasa anda mendaftar di lobi, anda boleh nampak deep pool yang letaknya betul-betul di depan lobi. Disebabkan kolamnya dalam, maka ia sesuai untuk ibu bapa sahaja. Kalau nak berenang mungkin susah sikit lah sebab ramai orang; baru nak pusing tangan buat kuak lentang dah terkena kepala jiran sebelah pulak heheh.
|
Waved pool |
Ada satu bahagian lagi adalah waved pool. Yang tu bolehlah ibu bapa boleh bawa anak-anak main air yang bergelombang gitu. Jangan biar anak-anak sendirian ya, sebab di bahagian tengah pool tu airnya dalam juga. Bahaya tanpa pengawasan ibu bapa.
Yang akhir sekali adalah Kids Water Park. Yang ini khas untuk kanak-kanak. Airnya cetek sahaja. Banyak permainan yang anak-anak boleh main di sini. Pendek kata, bila sekali anak-anak mandi kat kolam ini, payah dah nak ajak balik hehe.
|
Kids Water Theme Park |
So, pada Dura, Gold Coast Malacca International Resort ini memang satu tempat percutian yang terbaik untuk seisi keluarga. Sebabnya, penginapan di sini lengkap dengan aktiviti riadah untuk anak-anak dan ibu bapa. Jadi, jika anda masih tercari-cari tempat percutian keluarga di musim cuti sekolah yang bakal tiba nanti, mungkin anda boleh bercuti di Gold Coast Malacca International Resort ini :)
#BlogDuraNorell #DuraNorellsReview #TravelBlog #GoldCoastMalaccaInternationalResort #GoldCoastMelaka #GoldCoastMalaccaInternationalWaterpark #ResortMurahdiMelaka #ResortFamilyDiMelaka #TempatPercutianMurahMelaka #HotelMurahMelaka #RecommendedFamilyVacationMalacca #BestResortMalacca #ResortTerbaikMelaka #VisitMalacca #MalaccaTour #SchoolHolidays #AktivitiCutiSekolah #LifestyleBlogger #ParentingBlogger #KelabBloggerBenAshaari #KBBA9 #BloggerMalaysia ##MalaysianFoodBlog #WAHM #Mompreneur #IbuTunggal