Posts

Showing posts from April, 2017

Dua pingat perak untuk KakNgah!

Image
Hari Ahad yang lepas, sekolah KakNgah iaitu Sekolah Kebangsaan Datok Keramat 1 telah mengadakan sukan tahunan mereka yang ke-42. Tak sangka, SKDK1 ni dah 'legend' juga ya :) Tapi, disebabkan sekolah ini tiada padang, maka sukan tahunan mereka telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney.


Jadi, Dura pun drive bawa tiga serangkai dan Opah ke sekolah tersebut. Kami bertolak keluar rumah jam 7.00am. Sampai sana jam 7.15am. Upacara bermula jam 8.00am. Tapi yang best nya.. Macam Dura pernah cerita sebelum ini, pelajar sekolah SKDK1 ini memang tak ramai. Jadi ibu bapa yang hadir pun tak crowded. Maka,hampir semua dapat duduk di bawah khemah-khemah yang disediakan dengan selesa.
Pelajar tahun satunya pun ada lebih kurang 40 orang aje, dan dibahagikan kepada 4 buah rumah sukan iaitu Bendahara (Hijau), Laksamana (Merah), Temenggung (Kuning) dan Biru (Panglima). Memang tak ramai; dan sebab itulah setiap pelajar tahun satu perlu menyertai sebanyak tiga buah acara sukan hehe :)
Acara suk…

Bermandi-Manda di Water Theme Park Malacca

Image
Dalam entry lepas, Dura dah cerita tentang percutian last minute kami sekeluarga di Gold Coast Malacca International Resort kan. Jadi dalam entry kali ini, Dura nak sambung sedikit tentang Water Theme Park di Gold Coast Malacca International Resort tersebut.
Kalau nak tahu, tarikan utama resort ini adalah Water Theme Park nya yang besar, bersih, selesa dan menarik. Dan yang paling best, kesemua tiga blog apartment di resort ini menghadap kawasan Water Theme Park tersebut. Jadi, anda boleh menikmati pemandangan kawasan mandi tersebut dari beranda rumah juga sepanjang masa!


Water Theme Park ini dibuka bermula jam 7.30 am sehingga 11.00pm. Jadi, sambil anda turun untuk menikmati breakfast bersama keluarga di dewan banquet, anda juga bermandi-manda bersama anak-anak di Water Theme Park tersebut. 
Sepanjang berada di sini, memang puas lah 3 serangkai ni mandi - manda di sini. Bermula seawal pagi, hingga lah ke petang. Pendek kata, sampai habis kecut lah jari bebudak ni berendam dalam air! Hah…

Gold Coast Malacca International Resort : Tempat Percutian Untuk Keluarga

Image
Pada cuti sekolah baru-baru ini, Dura dan family berkesempatan pergi bercuti ke Melaka. Ini semua plan PakNgah (adik Dura) lah ni. Dah lama dia plan, tapi selalu tak jadi aje sebab asik clash waktu untuk kami sekeluarga. Dengan Maksu yang bakal hadapi exam, dengan PakNgah dan MakNgah yang payah ambik cuti, lepas tu nak tunggu cuti sekolah pulak. Last-last.. dan yang sebenarnya, last minute.. Barulah PakNgah kata, "OK, resort dah booked. So, confirmed kita pi bercuti ke Melaka on 21st March 2017"..  Boleh, gitu??? Haha
Selepas 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, maka sampailah kami di Gold Coast Malacca International Resort. Terus kami parking berdekatan lobi. Banyak je parking kat situ. Sepanjang kiri kanan jalan dalam kawasan hotel tu anda boleh parking tau :)



Then, terus kami ke lobi untuk pendaftaran Di sini, Check-In adalah pada pukul 2.30pm, Check-Out pula pada pukul 12.00 tengahari okes :) Andaikata masa anda sampai tu, belum Check-In time lagi, anda boleh je daftar dan b…