Minggu Ujian Bermula..

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Minggu Ujian Pun Bermula | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | Parenting Blogger | LifestyleBlogger | PersonalBlogger | FoodBlogger | FoodReview | Authorized Agent Dexandra Perfume | WAHM | Mompreneur
Yang tengah tu ceria aje sentiasa. Bila dah sekolah nanti, jangan nak nangis pula bila kene pi sekolah nanti hehe.

Bersawang sekejap blog Dura ni.
Lately busy sikit lah. Jadi mood nak menaip pun hilang ke laut sekejap hoho.

Okes..
Bermula hari ini (Isnin), KakLong dan KakNgah 
ada ujian formatif di sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Masa pi PIBG Sabtu baru-baru ini, ada juga ibu bapa yang concern bila anak-anak mereka terpaksa hadapi peperiksaan 'Back to Back' antara sekolah kebangsaan dengan sekolah agama. Mereka tanya, ada tak sebarang perbincangan antara sekolah kebangsaan dan sekolah agama untuk pastikan hari peperiksaan atau ujian tidak dijalankan pada masa yang sama dalam satu hari. 

Jawapannya..
TIDAK ADA.
Dan ia sebenarnya bukanlah tanggungjawab Guru Besar untuk buat semua benda itu.
Itu adalah urusan antara pihak atasan dalam Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan.

Jadi, apa yang Dura buat? Dura tolong KakLong dan KakNgah ulangkali setiap kali mereka pulang dari sekolah kebangsaan atau sekolah agama. Apa yang mereka belajar hari itu, Dura suruh mereka cerita semula. Sambil siapkan homework, sambil buat revision. InsyaAllah, itu dapat membantu mereka bersedia lebih awal untuk hadapi sebarang ujian mahupun peperiksaan. Jadi, tidaklah mereka rasa tertekan sangat bila mereka terpaksa hadapi peperiksaan 'Back to Back' macam ini.

Dura pun tidak tekankan sangat pada mereka untuk 
DAPAT NOMBOR SATU, atau DAPAT MARKAH 100%. Tetapi Dura cakap kat mereka, buat apa yang KakLong atau KakNgah rasa faham. Tapi kalau dapat nombor satu, Mama dan Opah nak kasi hadiah. Hehe.

Dan.. bila mereka bawa balik kertas ujian yang telah diperiksa, dari situ baru Dura analyse, di mana 'kekurangan' pemahaman mereka. So, lepas itu, kitorang fokus pula pada bahagian yang 'kurang' tu pula. Jadi, Dura guna konsep penambahbaikan setiap masa. Itu aje.

Dan itu juga lah pesanan arwah Iby. 
Arwah kata, jangan paksa-paksa mereka untuk jadi pandai. Tetapi didik mereka untuk jadi pandai. Bila mereka ada minat untuk belajar, InsyaAllah, mereka sendiri akan usaha untuk jadi pandai.

So, untuk KakLong dan KakNgah..
Mama doakan semoga urusan anak-anak Mama dipermudahkan. Amin.




#BlogDuraNorell #TheZizisJourney #LifestyleBlogger #ParentingBlogger #KelabBloggerBenAshaari #KBBA9 #BloggerMalaysia #BloggerKualaLumpur #UjianFormatifSekolahRendah #SekolahKebangsaan #SekolahAgama #WAHM #Mompreneur #IbuTunggal

Popular posts from this blog

Whatsapp Blue Tick : Apa Maksudnya?

Yeeehuuuu!!! Dexandra Perfumes dah restocked!!

I LOVE LOVE LOVE DEXANDRA PERFUME!