Good job, KakLong and KakNgah :)

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Minggu Ujian Pun Bermula | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | Parenting Blogger | LifestyleBlogger | PersonalBlogger | FoodBlogger | FoodReview | Authorized Agent Dexandra Perfume | WAHM | Mompreneur


Macam Dura cakap dalam entry lepas..
Lebih kurang dua minggu lepas, KakLong dan KakNgah hadapi ujian formatif untuk darjah satu dan darjah dua. So, minggu ni, mereka dah dapat keputusan ujian bagi setiap subjek. 
Dura pun analisa hasil ujian tersebut (macam chewaah aje kan, tapi itulah yang selalu Dura buat sejak KakLong darjah satu tahun lepas).

Untuk KakLong..
Masih ada beberapa kelemahan dalam setiap subjek. Untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, KakLong kurang mahir dalam pemahaman. Subjek Matematik, dia mahir, tetapi banyak 'careless mistake'. Asik tersalah kira ajelah, hangin juga bila tengok huhu. Untuk subjek Pendidikan Islam dia boleh jawab dengan baik, Alhamdulillah. 

Dan.. KakLong paling yakin bila jawab soalan Bahasa Arab. Sampaikan bila balik sekolah, dia cerita kat Dura, "Mama, kakak boleh jawab semua soalan Bahasa Arab tu.. Mesti kakak boleh dapat 100%" .. Haha, tergelak juga Dura dengar dia cakap macam tu.. Tapi.. Rupa-rupanya, betul lah keyakinannya tu. Sebab dia bawa balik keputusan Bahasa Arab 99%. Salah pun kat seketul huruf aje hihi. Alhamdulillah, syukur untuk KakLong.

Kat sekolah agama, keputusannya average sahaja. Tapi Alhamdulillah, takde bawah 60%. Tapi, untuk semua hasil ujian ni.. Dura cakap, "Bagus, KakLong. Next exam, dapatkan markah lebih banyak lagi". Itu aje, no pressure.

Untuk KakNgah..
Yang ni, tak tau nak komen apa! KakNgah masih 'wayyy behind' dalam membaca. So, bayangkanlah camne dia nak jawab soalan ujian kan? Tapi, bila Dura tanya KakNgah, "Camne ujian tadi? Boleh jawab tak?". Tau dia jawab ape? "Boleh! KakNgah jawab semua soalan!". Haa, kalau KakNgah jawab macam ni, Dura memang tak percaya lah, kan.. Dalam hati Dura, redha aje lah.. 

So, bila dia bawa balik keputusan ujian, ade yang 40%, ada yang 60%; rasa kesian. Sebab, situasi KakNgah ni umpama 'diberi kertas dalam Bahasa Jerman, lepas tu kita jawab soalan tanpa memahami maksudnya!'. Bila KakNgah dapat 60%, maknanya bernasib baik sahaja. Kurangnya dia hanyalah pada fokus. Sangat tidak fokus, cepat mengantuk. Itu masalah utama KakNgah, yang Dura kena cari jalan penyelesaiannya.

Dan.. kali ini, walaupun result nya sangat 'kureng'.. tapi Dura tetap puji KakNgah atas usahanya tu. Dura cakap, "Bagus, KakNgah.. Lepas ni, kalau KakNgah boleh dapat A untuk semua subjek.. Mama, Opah dan Atuk nak kasi hadiah kat KakNgah". Senyum simpul aje KakNgah bila dipuji. Mudah-mudahan, semakin bersemangat lah dia untuk terus belajar. InsyaAllah, Amin.





#BlogDuraNorell #TheZizisJourney #LifestyleBlogger #ParentingBlogger #KelabBloggerBenAshaari #KBBA9 #BloggerMalaysia #BloggerKualaLumpur #UjianFormatifSekolahRendah #SekolahRendahKualaLumpur #KeputusanPeperiksaanSekolahRendah #SekolahKebangsaan #SekolahAgama #WAHM #Mompreneur #IbuTunggal



Labels: , , ,