Posts

Showing posts from March, 2017

Good job, KakLong and KakNgah :)

Image
Macam Dura cakap dalam entry lepas.. Lebih kurang dua minggu lepas, KakLong dan KakNgah hadapi ujian formatif untuk darjah satu dan darjah dua. So, minggu ni, mereka dah dapat keputusan ujian bagi setiap subjek.  Dura pun analisa hasil ujian tersebut (macam chewaah aje kan, tapi itulah yang selalu Dura buat sejak KakLong darjah satu tahun lepas).
Untuk KakLong.. Masih ada beberapa kelemahan dalam setiap subjek. Untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, KakLong kurang mahir dalam pemahaman. Subjek Matematik, dia mahir, tetapi banyak 'careless mistake'. Asik tersalah kira ajelah, hangin juga bila tengok huhu. Untuk subjek Pendidikan Islam dia boleh jawab dengan baik, Alhamdulillah. 
Dan.. KakLong paling yakin bila jawab soalan Bahasa Arab. Sampaikan bila balik sekolah, dia cerita kat Dura, "Mama, kakak boleh jawab semua soalan Bahasa Arab tu.. Mesti kakak boleh dapat 100%" .. Haha, tergelak juga Dura dengar dia cakap macam tu.. Tapi.. Rupa-rupanya, betul lah keyakinannya t…

Minggu Ujian Bermula..

Image
Bersawang sekejap blog Dura ni. Lately busy sikit lah. Jadi mood nak menaip pun hilang ke laut sekejap hoho.
Okes.. Bermula hari ini (Isnin), KakLong dan KakNgah  ada ujian formatif di sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Masa pi PIBG Sabtu baru-baru ini, ada juga ibu bapa yang concern bila anak-anak mereka terpaksa hadapi peperiksaan 'Back to Back' antara sekolah kebangsaan dengan sekolah agama. Mereka tanya, ada tak sebarang perbincangan antara sekolah kebangsaan dan sekolah agama untuk pastikan hari peperiksaan atau ujian tidak dijalankan pada masa yang sama dalam satu hari. 
Jawapannya.. TIDAK ADA. Dan ia sebenarnya bukanlah tanggungjawab Guru Besar untuk buat semua benda itu. Itu adalah urusan antara pihak atasan dalam Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan.
Jadi, apa yang Dura buat? Dura tolong KakLong dan KakNgah ulangkali setiap kali mereka pulang dari sekolah kebangsaan atau sekolah agama. Apa yang mereka belajar hari itu, Dura suruh mereka cerita semula. Sambil siapka…