Selamat Menyambut Hari Wilayah 1hb Februari 2017!

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Hari Wilayah 1st Februari 2017 | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | Parenting Blogger | LifestyleBlogger | PersonalBlogger | FoodBlogger | Authorized Agent Dexandra Perfume | WAHM | Mompreneur
Bendera Wilayah Persekutuan.
Sumber : Google


Wah!
Sungguh tak sedar, rupanya kita dah pun meninggalkan bulan Januari, kini memasuki bulan Februari pulak :)
Dan hari ini, 1hb Februari 2017 adalah hari rasmi bagi Wilayah Persekutuan. 
So, sesiapa yang bekerja di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan; memang syok la dapat cuti hari ni hehe.

Semalam, Dura ada urusan di Putrajaya. Bersemangat tengok banyak sangat bendera rasmi Wilayah Persekutuan ni digantung di tiang-tiang lampu dan di setiap beranda apartment di sana. 
Tak sempat Dura nak snap gambar, sebab semalam Dura, Opah, Atuk dan PakNgah tersangat kelam kabut travel dari KL-Shah Alam-Putrajaya. Tapi cambiasa lah, lebih banyak habiskan masa menunggu daripada berurusan. Huhu.

PakNgah semalam pun drive dah macam Fast & Furious! Tapi syukur Alhamdulillah, kitorang selamat sampai. Masa kitorang tiba di Putrajaya, ada lagi 10 minit je kaunter urusan dibuka. Tak perasan pulak kaunter ditutup pukul 4.00pm. Apalagi, Dura pun berlari lah masuk ke dalam bangunan! Haha. Nasib baiklah sempat! Kiranya semalam kitorang travel selama 9 jam bermula 9am-6pm. Nasib baik 3 serangkai tinggal di rumah dengan Maksu; kalau tak; memang buat perangai lah dorang dalam kereta sepanjang perjalanan sebab keboringan! Haha

Dan hari ni, just relax kat rumah aje lah. Sebab esok, sekolah kembali bermula macam biasa. Maka; Dura, Opah dan Atok pun kembalilah jadi driver KLong dan KNgah esok huhu. Okes, selamat bercuti kepada yang bercuti. Esok kita kembali bertugas! Heheh



#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney TheZizisJourney #KBBA9 #KelabBloggerBenAshaari #BloggerMalaysia #ParentingBlogger #LifestyleBlogger #FoodBlogger #MomBlogger #WAHM #Mompreneur #IbuTunggal #HariWilayah2017 #CutiHariWilayah1Feb2017

Popular posts from this blog

Whatsapp Blue Tick : Apa Maksudnya?

Yeeehuuuu!!! Dexandra Perfumes dah restocked!!

I LOVE LOVE LOVE DEXANDRA PERFUME!