Hari Pertama Persekolahan : Mama pun turut menangis!

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Hari Pertama Persekolahan : Mama pun turut menangis! | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | Parenting Blogger | LifestyleBlogger | PersonalBlogger | WAHM
Nasib KakNgah, dapat sekolah jauh huhu.. Terpaksa gerak awal..

Seawal 5.00am Dura dah bangun. Solat sunat jap sambil menanti Solat Subuh. Then, kejut KakNgah bangun 10 minit awal dari timing asal sebab KNgah ni jenis liat sikit nak bangun huhu.. Sambil tu, Dura siapkan bekal untuk KLong dan KNgah.. Jam 6.45am, kitorang bertolak ke sekolah kebangsaan KakNgah. Macam biasa, kene bawa AbangYan sekali, sebab takde orang nak jaga kat rumah nanti. Bertolak awal sebab nak elak jem. So kene 'redha' ajelah bila sampai ke sekolah jam 6.55am haha. Langit pun gelap lagi, nasib baik pagar sekolah dah buka :D

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Hari Pertama Persekolahan : Mama pun turut menangis! | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | Parenting Blogger | LifestyleBlogger | PersonalBlogger | WAHM
Eh, AbangYan pun ada lah :D Tapi jangan dekat, AbangYan belum mandi haha

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Hari Pertama Persekolahan : Mama pun turut menangis! | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | Parenting Blogger | LifestyleBlogger | PersonalBlogger | WAHM
Haaa, ni lah bakal pelajar cemerlang.. Jam 6.55am dah sampai sekolah tau!
Haha


Sementara tu, Opah di rumah pulak hantar KLong ke sekolah agama KAFA jam 7.15am jalan kaki sebab dekat aje. Actually, Dura takut juga kalau KakLong nangis di sekolah, sebab guru kelasnya ustaz. KakLong ni sama kategori je dengan KakNgah, takut kat lelaki selain daripada arwah Appa, PakNgah dan Atuk. Tapi Alhamdulillah, KakLong dah berani sikit. Cuma, dia jenis pemalu dan tiada keyakinan diri pulak. Jadi, susah dia nak dapat kawan. So, Opah temankan KLong di waktu rehat, sambil cari-carikan dia kawan baru.

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Hari Pertama Persekolahan : Mama pun turut menangis! | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | Parenting Blogger | LifestyleBlogger | PersonalBlogger | WAHM
Takpe, KakLong jangan risau.. Opah hantar masa pergi aje, balik Mama ambik okes! Be a good girl ye sayang :)

Berbeza pulak dengan KakNgah kat sekolah kebangsaan, sekejap je dah dapat kawan. Kene pula sepanjang 3 minggu ni, pelajar tahun satu berada dalam Minggu Transisi, tak belajar, tak perlu bawa buku. Suka sangatlah dia! Time rehat, walaupun Dura ada kat kantin, tapi KNgah sibuk nak rehat dengan kawan kelas. Dura okey je; syukur sangat lah kalau dia dah boleh serasikan diri. So, jam 9.30am, lepas habis waktu rehat; Dura, AbangYan dan Atuk balik rumah.

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Hari Pertama Persekolahan : Mama pun turut menangis! | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | Parenting Blogger | LifestyleBlogger | PersonalBlogger | WAHM
Bagus juga ada Minggu Transisi ni. Pelajar boleh belajar serasikan diri dengan kawan, guru dan sekolah.. Macam KNgah ni la haha :D

Sampai rumah jam 10.00am. Pukul 10.30am, Dura pi ambik KLong kat sekolah KAFA pula. Balik tu, kelam kabut pulak memasak dengan Opah. Pukul 12.15pm, Atuk pula bertolak ke sekolah KNgah sebab dia habis sekolah jam 1.00pm. Then, jam 12.30pm, Dura pula drive hantar KakLong ke sekolah kebangsaan. Sampai sana, dah penuh kereta! Maka terpaksa Dura turunkan KakLong, Opah dan AbangYan dulu depan tangga sekolah, then Dura cari parking.. Cari punya cari, dapatlah parking 200m dari sekolah!!! Serius! Rasa macam "Lebih baik datang sekolah jalan kaki aje tadi!" Huaaaa.. Lepas KakLong masuk kelas, Dura jalan kaki ke kereta, then baru patah balik ambik Opah dan AbangYan.. Huaaaa.. 

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Hari Pertama Persekolahan : Mama pun turut menangis! | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | Parenting Blogger | LifestyleBlogger | PersonalBlogger | WAHM
Ambik gambar siap-siap.. Kat sekolah nanti payah ambik gambar, ramai sangat student huhu

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Hari Pertama Persekolahan : Mama pun turut menangis! | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | Parenting Blogger | LifestyleBlogger | PersonalBlogger | WAHM
Sampai-sampai aje, barisan kelasnya dah penuh. Pukul berapa depa ni sampai? Awal bebenar! Huhu

Kitorang sampai je kat rumah.. Alhamdulillah, rupanya KakNgah dah selamat sampai; dah siap mandi dan tengah makan nasi; Atuk yang tolong hidang haha. Lepas tu, jam 2.00pm, Dura hantar pulak KakNgah ke sekolah KAFA jalan kaki. Tak berbaloi naik kereta. Tapi, kalau ade motor, memang thorbaik! Cuma, Dura pula tak pandai bawa motor :(

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Hari Pertama Persekolahan : Mama pun turut menangis! | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | Parenting Blogger | LifestyleBlogger | PersonalBlogger | WAHM
A ah, ye lah tu KakNgah.. Kat rumah kemain senyum lagi.. Sampai sekolah KAFA.. banjir! Huhu


Bila sampai ke sekolah KAFA, muka KNgah berubah bila dapat tau guru kelasnya ustaz.. Maka.. apa lagi, tengah dorang berjalan nak masuk kelas, KNgah lari keluar barisan, meraung peluk Dura.. Errkkk.. Alamak!!! Dura tanya, nape nangis? Mula-mula dia kata dia ngantuk. KNgah memang jenis kuat tido. Biasanya jam 2pm, dia dah tido kekenyangan! Tapi yang pasti, sebab utama dia nangis hari ni adalah kerana dia takut ustaz!

Lepas pujuk, Dura hantar KakNgah masuk kelas.. Tak sampai 10 minit lepas tu, dia keluar lagi menangis.. Dan selepas itu, dia keluar lagi buat kali kedua dan ketiga! Aiyarrkk!!! Terus Dura jumpa ustaz tu dan cakap, "Ustaz, anak saya ni nangis sebab dia takut ustaz marah sebab tak mahir lagi baca a ba ta".. Then ustaz kata, "Ish, jangan takutlah, ustaz tak marah pun". Selepas itu, barulah KakNgah boleh bertenang. Masa waktu rehat, KNgah boleh keluar pegang-pegang tangan dan ketawa riang lagi dengan kawan baru dia! Adeh, banyak peel dak sorang ni! Then 5.00pm, Dura bawa KNgah balik jalan kaki dengan AbangYan.

Jam 5.50pm, Dura, AbangYan, KakNgah dan Opah naik kereta pi sekolah kebangsaan KLong; sampai sana 6.00pm sebab jem. Kalau tak, 2 minit dah sampai. Kereta dah bersusun 2 lapis di tepi jalan. Jadi, Dura turunkan Opah, dan AbangYan depan tangga sekolah. Dura dan KNgah pula tunggu mereka dalam kereta. Jam 6.30pm, baru KLong keluar sekolah.

Time nak bertolak balik rumah, stress lagi! Rumah dekat je, dalam 300m dari sekolah, tapi pukul 7.00pm baru kitorang sampai rumah! Jem! Itu belum habis lagi tu! Sampai rumah, parking pulak takde! Arghhh!!! Kawasan rumah kitorang ni berbukit, maka parking pun limited. So, terpaksa lah Dura parking jauh sikit dan kitorang semua berjalan kaki balik ke rumah. Hujan pulak tu! Huaaa..


BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Hari Pertama Persekolahan : Mama pun turut menangis! | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | Parenting Blogger | LifestyleBlogger | PersonalBlogger | WAHM
AbangYan yang snap pic ni tau! So, senyum! Tapi dalam hati, Allah SWT je yang tahu..


Dan sebetulnya hari ini.. Mama, pun turut menangis.. Pertama sebab kepenatan sama seperti KLong, KNgah, Opah, Atuk dan AbangYan.. Turun naik tangga dan bukit, jalan kaki, drive kereta lagi.. Dan kedua, sebab Mama buntu tentang masalah sekolah jauh ni dan sesi persekolahan yang berbeza antara KNgah dan KLong.. Dan ketiga, seandainya Mama ade rezeki pula dapat kerja selepas ini, siapa pulak yang nak ganti tempat Mama jadi driver KLong dan KNgah??? Tak sanggup nak susahkan Atuk dan Opah lebih daripada apa yang berlaku sekarang ni! Mohon PetunjukMu Ya Allah!!!




#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #TheZizisJourney #KelabBloggerBenAshaari #KBBA9 #BloggerMalaysia #ParentingBlogger #LifestyleBlogger #PersonalBlogger #SesiPersekolahan2017 #DarjahSatu #DarjahDua #SekolahKebangsaanSetiawangsa #SekolahBerprestasiTinggi #SKDK1 #SekolahKebangsaanDatukKeramat1 #MingguTransisiDarjah1 #WAHM #Mompreneur #IbuTunggal #AnakYatim 



Labels: , , , , , ,