Dua minggu yang penuh mencabar!

Permulaan tahun 2017 ni  memang mencabar kerana si tiga serangkai ini huhu

Minggu pertama sekolah..
-----------------------------

KakLong mengadu sambil menitis air mata; "Mama, boleh tak esok kakak nak pakai beg lain? Kakak tak nak bawa beg ni dah sebab kawan-kawan kakak asik panggil kakak 'Harimau' aje. Dorang dah taknak panggil nama kakak dah".. Hmm, dorang ejek sebab KakLong pakai beg ada gambar harimau, beg yang YB Khairy Jamaludin bagi masa sumbangan 'Back to School' Disember 2016 baru-baru ini.

Sian anak mama sorang ni. KLong ni jenis pemalu, lembut hati dan sangat penyayang. Walaupun dia besar tinggi, tapi dia tak reti nak defend diri sendiri jika ada orang ejek, gaduh atau marah dia. Dia hanya akan menangis dan 'down' aje setiap kali orang 'kecikkan' hati dia. KLong juga tak reti nak mulakan perbualan dahulu. Sebab itu juga dia susah sangat nak dapat kawan. Tetapi, once dia dapat kawan baik, dia akan sayang kawan dia sungguh-sungguh, asik bercerita tentang kawan itu sahaja. Dan di minggu pertama ini, sama ada di sekolah kebangsaan atau sekolah KAFA.. KLong hanya makan sorang diri setiap kali time rehat. 

KLong dan KNgah ni berbeza perangainya. AbangYan pula, mixed; perangai KLong sikit, perangai KNgah sikit. Tapi AbangYan memang overmanja.

Jadi, Dura berikan motivasi pada KLong. Dura cakap, "Kalau kawan asik ejek kakak, kakak buat tak dengar aje; nanti Allah SWT bagi balasan dosa pada orang yang suka mengejek. Kalau kakak sabar, kakak dapat pahala.. Masa rehat pula, kalau kakak takde kawan, pun tak apa juga. Sebab kita pergi sekolah nak jadi pandai, nak cikgu sayang, nak Allah SWT sayang. Bila kakak pandai, kawan-kawan yang datang nak berkawan dengan kakak, nak rehat dengan kakak. Sebab dorang nak jadi pandai macam kakak".

KNgah pulak, lain ceritanya.. Dia jenis cepat je berkawan. Hari pertama dia di sekolah kebangsaan dan sekolah agama, dia terus rehat dengan kawan-kawan. KNgah ni bukan jenis boleh hidup sendirian macam KLong, sebab tu dia terus cari kawan walau di mana-mana aje. Dan Alhamdulillah, setakat ini, belum pernah dengar dia mengadu takde kawan. 


Minggu kedua sekolah..
---------------------------

Ada satu hari tu, Opah yang hantar KLong ke sekolah. Masa tu, Opah ambil peluang jumpa kawan-kawan KLong especially yang suka ejek-ejek dia tu.. Opah bagitahu kat mereka, Appa KLong dah meninggal dunia. KLong sedih, dah takde Appa lagi. Bertambah sedih bila kawan-kawan suka ejek dia. Jadi Opah kata, jangan lah ejek-ejek lagi, tapi berkawanlah dengan dia. Nanti Allah SWT bertambah sayang sebab mereka berbuat baik pada anak yatim.

Petang tu, waktu Dura nak ambil KLong balik; Dura nampak KLong jalan dipimpin oleh sorang kawan kelas dia. Dura ingatkan KLong baru lepas menangis. Rupanya, kata KLong, lepas Opah cerita pasal Appa dah meninggal; kawan-kawan terus jadi baik kat KLong. Penyudahnya, ade sorang kawannya tu, sampai tiap kali keluar kelas, mesti nak pegang tangan KLong! Huhu. Dan waktu rehat, KLong dah mula rehat dengan seorang dua kawan kelas dia. So, pada Dura, itu satu perubahan yang sangat positif! Alhamdulillah :)

Di sekolah KAFA pulak, ade juga lah dua tiga orang kawan kelas yang hai-hai kat KLong. Cuma waktu rehat, KLong masih lagi sorang. Setiap kali balik sekolah KAFA, Dura akan tanya, hari ini belajar apa? Dura tengok, KLong masih boleh jawab dengan nada ceria. Jadi pada Dura, KLong boleh fokus pada pelajaran dan cikgu, tanpa menjadikan hal 'takde kawan' sebagai isu besar. Alhamdulillah, Mama doakan semoga KLong terus kuat dan berkeyakinan diri!

Dura berdoa kepada Allah SWT, supaya sentiasa berikan 3 serangkai ini kekuatan, keberanian dan ketabahan supaya mereka boleh hadapi setiap dugaan dan cabaran hidup.

KNgah pula terbalik ceritanya; minggu kedua ni dia terus 'hilang keyakinan'. Semuanya gara-gara sukaneka Jumaat minggu lepas. Cikgunya suruh main bola, rupanya dia tak reti nak main. Dura perasan dah, masa kat rumah, dia asik ngadu berulangkali "Cikgu suka suruh main bola yang susah-susah, adik tak reti". Dura pun kata lah kat dia, "Alaaa, main bola aje pun, itu belum lagi cikgu suruh buat Matematik. Kalau susah sekali pun, adik kene terus belajar, sampai pandai".

Minggu kedua ni, KNgah start buat perangai sebab dah tak nak pergi sekolah. Bila sampai sekolah aje, dia meraung tak kasi Dura balik. Dura pun cerita kat cikgunya, pasal kes 'bola' tu. Cikgunya ketawa. Dia kata 1st time student tak nak pergi sekolah sebab sukaneka! Huhu. Then, Dura suruh cikgu tarik tangan KNgah, Dura pun terus balik dengan AbangYan! 

Bila KNgah dah balik rumah, dia dah okey, cuma dia bising-bising tak puas hati sebab Dura tinggalkan dia macam tu aje tadi. PakNgah pun nasihatkan KNgah, PakNgah kata, "Kalau KNgah nangis lagi pergi sekolah, PakNgah dengan MakNgah tak nak datang jumpa KNgah dah". Masa tu, baru KNgah diam dan ambik peduli apa yang PNgah kata. Sebab dia sayang PakNgah dia. PakNgah tempat dia bermanja selepas Appa takde. 

Esok paginya, bila dikejut bangun pagi, KNgah terus bangun, ambil tuala pergi mandi. Lepas tu, mood pun macam biasa, ceria. Mungkin dia masih ingat janjinya malam tadi. Bila Dura hantar, dia tak lagi menangis, malah tak minta Dura tunggu sampai balik. Buat masa ini, Alhamdulillah. Dah kene denda, baru dia nak beringat agaknya. Semoga, semangatnya ini berterusan, jangan cepat hilang ingatan pulak ye KNgah!




#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #Blogger #KelabBloggerBenAshaari #KBBA9 #ParentingBlogger #LifestyleBlogger #BloggerMalaysia #WAHM #InspirasiIbuTunggal #SekolahKebangsaan #SekolahKAFA #Mompreneur



Labels: , ,