Akhirnya! Terpaksa mohon pertukaran juga...


Sebelum ni, dalam entry yang lepas, Dura pernah cakap pasal krisis lokasi sekolah KNgah yang jauh dari rumah. Masa orientasi Darjah 1 yang KNgah hadiri di sekolah itu, Dura rasa macam terpujuk juga lah hati sebab pelajar setiap kelas darjah satu nya hanya ada 15 orang sahaja. Kena pulak dengan kes KNgah yang buat masa ni masih slow dalam membaca, menulis dan mengeja. Jadi, pada Dura, sangat elok KNgah masuk sekolah tu sebab gurunya boleh fokus ngajar murid-murid, ala-ala kelas tusyen gitu 😀

Tiga minggu.. Dura dengan penuh sabar bersama AbangYan dan Atuk seawal selepas subuh hantar KNgah ke sekolah. Terpaksa bertolak awal sebab nak elakkan jem. Jem pulak, bukan sebarangan jem tau! Jem ni bermula depan rumah kitorang lagi! Kalau terlewat 5 minit dari jadual asal, alamatnya memang kene hadap jem dengan orang2 yang nak pi keje tu! Dura cuba fikir positif, "Takpe, setahun aje. Lagi pun KNgah dah seronok sekolah situ, ramai kawan".

Tapi, dalam tempoh tiga minggu tu juga lah, KNgah hari-hari ngadu mengantuk sebab terpaksa bangun seawal Subuh semata-mata nak sampai ke sekolah awal. Waktu balik sekolah, dia ambik peluang tido dalam kereta sebab perjalanan pun ambik masa juga. Tak sempat nak rehat kat rumah, terus kene bersiap pi sekolah KAFA pulak. Masa tu, memang KNgah banyak protes tak puas hati, "Kenapa Adik sorang aje kene sekolah jauh? Kenapa Kakak boleh tido lama, adik kene bangun cepat-cepat?".. Hmm.. tak tau nak explain camne kat KNgah..

Nak dijadikan cerita.. baru-baru ini.. kali pertama hujan lebat di awal Subuh sejak sesi persekolahan bermula. Kitorang bergerak ikut jadual macam biasa. Tapi rupanya, waktu hujan, jem nye sangat LUAR BIASA! Selama 40minit dalam kereta, rupanya kitorang masih lagi dalam lingkungan kawasan perumahan. Kenderaan bergerak TOO SLOW! Penyudahnya, kitorang hanya sampai ke sekolah selepas SATU JAM! Lepas je hantar KNgah, kitorang terus balik rumah. Ingatkan jem menghala ke KL aje, rupanya traffic masih teruk di kawasan perumahan Dura ni. So, Dura hanya sampai ke rumah selepas 35 minit. 

Dan hari itu, Dura terus buat keputusan, untuk buat permohonan tukar sekolah KNgah kepada yang lebih dekat. Memang ada dua sekolah yang dekat dengan rumah. Tapi bukan rezeki KNgah masa tu untuk dapat sekolah yang sama dengan Klong sebab KNgah ni kes daftar lewat. Dah buat rayuan, tapi dapat di sekolah yang ketiga 'dekat' (sebab wajib buat tiga pilihan sekolah untuk kes rayuan); tapi yang sebenarnya tak dekat langsung. Tapi kali ni, Dura nak mohon sebagai 'pertukaran sekolah' pula. Mana tau, ade rezeki KNgah kali ni. Guru Besar dah luluskan permohonan ini. Sekarang tinggal menunggu jawapan PPDKL pulak. Dura harap sangat, ade lah rezeki KNgah untuk dapat sekolah yang dekat dengan rumah ini.. 





#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #TheZizisJourney #PPDKL #PPDKeramat #THSellborn #PejabatPendidikanDaerahKualaLumpur #TukarSekolahTahunSatu #KelabBloggerBenAshaari #KBBA9 #BloggerMalaysia #ParentingBlogger #LifestyleBlogger #WAHM #IbuTunggal #AnakYatim


Labels: , , ,