Posts

Showing posts from January, 2017

Awas bila ke MR. DIY Shop!

Image
Aduh! Dura paling rasa 'sakit jiwa' dan 'pening kepala' setiap kali masuk ke kedai MR DIY shop ni. Kedai ni memang ade di banyak tempat. Kalau di kawasan rumah Dura, kedai MR DIY Shop ni terletak di tingkat dua AEON Setiawangsa (Jusco) dan juga di tingkat dua GIANT Hypermarket Melawati.
Setiap kali Dura ke Jusco, mesti ade je nak 'kene' singgah kedai MR DIY ni, sebab kedainya boleh dikatakan agak complete lah dengan segala keperluan kita seperti alat tulis, permainan budak, barangan dapur, barangan hiasan rumah, pinggan mangkuk, alatan perkebunan dan lain-lain.
Tapi AWAS!  Kepada anda yang nak pergi ke MR DIY shop, sila lah berhati-hati! Sebab.. bila anda pergi ke sana, anda bakal hadapi kesukaran nak kawal pembelian ikut bajet asal! Haha.  Ye lah, dah nama pun MR DIY -Always Low Price..  So, kalau dah nampak semua barang pun harga murah.. Tetiba lah rasa ada penyakit 'Rambang Mata'; sukar untuk kata 'TIDAK' pada barang-barang yang asalnya takde dalam…

Resepi Agar-Agar Kelapa Muda

Image
BAHAN-BAHANNYA : --------------------------
1 peket agar-agar tali (10 gram). 2 biji kelapa muda. *Air kelapa campur air biasa jadikan hingga cukup 6 gelas. Isi kelapa muda (sebanyak yang boleh diperolehi dari dua biji kelapa muda tu). Gula secukupnya.

CARA-CARANYA : -----------------------
1) Rendam agar-agar selama lebih kurang 1 jam. 2) Tapi air kelapa tadi, pastikan isinya telah diasingkan dan tiada sisa sabut kelapa di dalam nya. 3) Masak 4 gelas air dalam periuk, kemudian masukkan agar-agar, dimasak sehingga hancur. 4) Apabila agar-agar dan gula telah hancur dan sebati, masukkan air kelapa tadi. 5) Di dalam loyang, taburkan isi kelapa muda yang sudah dipotong atau digunting kecil-kecil. 6) Tapis larutan agar-agar ke dalam loyang yang tadi. 7) Biarkan agar-agar sejuk, kemudian baru dimasukkan dalam peti sejuk.




#BlogDuraNorell #DuraNorellsRecipe #FoodReview #FoodBlogger #LifestyleBlogger #ParentingBlogger #KelabBloggerBenAshaari #KBBA9 #BloggerMalaysia #ResepiAgarAgarKelapaMuda #ResepiAgarAgarSed…

Mewangi dengan Dexandra Viva La Juicy pulak :)

Image
Sejak dulu Dura memang pengguna setia Dexandra Perfume ni. Rasa tak lengkap hidup tanpa Dexandra ni tau chewahhhh :p Tapi betul tau, bila kita dah biasa berwangi-wangi, bila sehari tak pakai perfume, rasa macam hilang mood dan hilang keyakinan pun ada!

Sebelum ni, Dura suka pakai yang bau-bau sweet, seductive, sexy and youth gitu. Sekarang ni, nak pakai yang sweet tapi suitable for all ages, selaras dengan usia yang dah 3 series ni kan hehe. So, sekarang Dura pilih Dexandra Viva La Juicy (Juicy Couture) bila nak keluar berjalan. Bila sekali spray, terbau macam Britney Fantasy sikit. Tapi yang sebetulnya, Viva La Juicy lebih kepada sweet gourmand with flowery and citrus. Baunya ada sentuhan vanilla, caramel, mandarine orange dan wild berries. Memang best untuk penggemar perfume sweet maneh macam Dura ni :D

Anda dah cuba perfume Dexandra Viva la Juicy ni? Kalau belum, cubalah sekarang. Perfume originalnya pun memang popular dan antara yang terlaris di pasaran. Tapi buat apa nak buang duit…

Belum ade rezeki lagi untuk KakNgah tukar sekolah..

Image
Ingat tak Dura citer pasal mohon pertukaran sekolah KakNgah tu. Dura punya lah berdebar-debar bila pi ke Pejabat Pendidikan Daerah Wilayah Keramat di bangunan TH Selborn tu. Ye lah, perkara yang paling Dura nak sangat buat adalah tukarkan KakNgah masuk sekolah KakLong atau sekolah lebih dekat. Takde lah bazir masa atas jalan terlalu lama.

Sampai-sampai je kat PPD tu, terus cakap kat pegawai nak mohon pertukaran sekolah anak. Tapi, pegawai tu kata, "Minta maaf puan. Kami baru dapat arahan untuk stopkan dulu urusan pertukaran masuk ke sekolah tu. Sebab sekarang ni, pelajar tahun satu sekolah tu tersangat ramai, padat dalam setiap kelas. Kalau puan hantar borang sekarang pun, kami tak boleh proceed apa-apa".

Apa? Biaq betul? Adoyaiii.. Rasa nak pitam dengar. Jenuh Dura explain kat pegawai tu tentang sesi persekolahan KakNgah dan KLong yang berbeza tu, lepas tu lokasi sekolah KakNgah sekarang yang jauh dari rumah. Tapi tu semua tak mengubah apa-apa. Dan kalau nak tau, PPD yang …

Thank You PakNgah and MakNgah!

Image
Sabtu minggu lepas, Dura bawa 3 serangkai ni pi AEON Setiawangsa (Jusco) nak beli vitagen budak-budak ni yang dah kehabisan stock kat rumah. Sedang elok nak balik, bebudak ni nampak ada permainan gelongsor angin kat Jusco tu. Lepas tu apa lagi, si tiga serangkai pun, "Mama, boleh tak nak main kat situ? Kejappp je.. Kejapppp je".. Huh, mana lah Dura nak melayan nya. Dengan tangan kiri kanan sarat bawa barang, dengan nak melayan perangai 3 serangkai ni; memanglah tak kan jadi!
So, esoknya PaKNgah dan MakNgah dengan baik hati nak bawa budak-budak 3 serangkai pi ke Jusco yang sama nak main-main di kid zon tu. Sebab malam semalam beriya-iya dorang ngadu dengan PakNgah "Mama tu tak nak bawa Kakak, Adik dan Abang main kat situ" hoho.. Dah pandai ngadu pulekkk :p

Hmm, PakNgah kata sekali masuk RM15/head. Tapi boleh main selama mana dorang nak, pendek kata boleh main sampai lebam! Haha. So, PakNgah yang belanja bebudak ni main situ, total untuk 3 orang adalah RM45. Dak-dak 3 …

Crunchy Caramel Ar Rasyid Yang Yummy Delicious!

Image
Haa, kalau nak tahu, Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar Rasyid kini telah mengeluarkan produk pertama mereka iaitu Crunchy Caramel Ar Rasyid. Sebenarnya, Madrasah ini kekurangan dana untuk keperluan anak-anak tahfiz di madrasah mereka ini. Jadi 100% daripada hasil jualan Crunchy Caramel ini akan disalurkan untuk menampung perbelanjaan anak-anak tahfiz di madrasah mereka. Maka, jualan ini juga dikenali sebagai 'Membeli Sambil Menderma'.
Actually Dura sendiri dah makan tau Crunchy Caramel Ar Rasyid ni. Dura order guna whatsapp. Dura order dan buat payment hari yang sama; masa tu hari Jumaat. Tup-tup, hari Ahadnya tu, tetiba ada abam Poslaju datang rumah hantar parcel. Walhal Dura duduk area KL kot! Rajin giler lah abam Poslaju OT hujung minggu yer dak heheh :p

Dapat aje parcel, terus buka! Dura, 3 serangkai dan Opah, masing-masing leka mengunyah! Ya ampun, sedapnya! Rasa tak leh nak berhenti mengunyah! Tak sampai 10 minit, habis dah balang pertama! Lepas tu apa lagi? Terus lah buka balan…

Akhirnya! Terpaksa mohon pertukaran juga...

Image
Sebelum ni, dalam entry yang lepas, Dura pernah cakap pasal krisis lokasi sekolah KNgah yang jauh dari rumah. Masa orientasi Darjah 1 yang KNgah hadiri di sekolah itu, Dura rasa macam terpujuk juga lah hati sebab pelajar setiap kelas darjah satu nya hanya ada 15 orang sahaja. Kena pulak dengan kes KNgah yang buat masa ni masih slow dalam membaca, menulis dan mengeja. Jadi, pada Dura, sangat elok KNgah masuk sekolah tu sebab gurunya boleh fokus ngajar murid-murid, ala-ala kelas tusyen gitu 😀
Tiga minggu.. Dura dengan penuh sabar bersama AbangYan dan Atuk seawal selepas subuh hantar KNgah ke sekolah. Terpaksa bertolak awal sebab nak elakkan jem. Jem pulak, bukan sebarangan jem tau! Jem ni bermula depan rumah kitorang lagi! Kalau terlewat 5 minit dari jadual asal, alamatnya memang kene hadap jem dengan orang2 yang nak pi keje tu! Dura cuba fikir positif, "Takpe, setahun aje. Lagi pun KNgah dah seronok sekolah situ, ramai kawan".
Tapi, dalam tempoh tiga minggu tu juga lah, KNg…

Dua minggu yang penuh mencabar!

Image
Minggu pertama sekolah..
-----------------------------

KakLong mengadu sambil menitis air mata; "Mama, boleh tak esok kakak nak pakai beg lain? Kakak tak nak bawa beg ni dah sebab kawan-kawan kakak asik panggil kakak 'Harimau' aje. Dorang dah taknak panggil nama kakak dah".. Hmm, dorang ejek sebab KakLong pakai beg ada gambar harimau, beg yang YB Khairy Jamaludin bagi masa sumbangan 'Back to School' Disember 2016 baru-baru ini.

Sian anak mama sorang ni. KLong ni jenis pemalu, lembut hati dan sangat penyayang. Walaupun dia besar tinggi, tapi dia tak reti nak defend diri sendiri jika ada orang ejek, gaduh atau marah dia. Dia hanya akan menangis dan 'down' aje setiap kali orang 'kecikkan' hati dia. KLong juga tak reti nak mulakan perbualan dahulu. Sebab itu juga dia susah sangat nak dapat kawan. Tetapi, once dia dapat kawan baik, dia akan sayang kawan dia sungguh-sungguh, asik bercerita tentang kawan itu sahaja. Dan di minggu pertama ini, sama ada d…

Hari Pertama Persekolahan : Mama pun turut menangis!

Image
Seawal 5.00am Dura dah bangun. Solat sunat jap sambil menanti Solat Subuh. Then, kejut KakNgah bangun 10 minit awal dari timing asal sebab KNgah ni jenis liat sikit nak bangun huhu.. Sambil tu, Dura siapkan bekal untuk KLong dan KNgah.. Jam 6.45am, kitorang bertolak ke sekolah kebangsaan KakNgah. Macam biasa, kene bawa AbangYan sekali, sebab takde orang nak jaga kat rumah nanti. Bertolak awal sebab nak elak jem. So kene 'redha' ajelah bila sampai ke sekolah jam 6.55am haha. Langit pun gelap lagi, nasib baik pagar sekolah dah buka :D



Sementara tu, Opah di rumah pulak hantar KLong ke sekolah agama KAFA jam 7.15am jalan kaki sebab dekat aje. Actually, Dura takut juga kalau KakLong nangis di sekolah, sebab guru kelasnya ustaz. KakLong ni sama kategori je dengan KakNgah, takut kat lelaki selain daripada arwah Appa, PakNgah dan Atuk. Tapi Alhamdulillah, KakLong dah berani sikit. Cuma, dia jenis pemalu dan tiada keyakinan diri pulak. Jadi, susah dia nak dapat kawan. So, Opah temankan …

Selamat Datang 2017!

Image
Selamat datang tahun 2017! Takde apa yang Dura excited nak menyambutnya, cuma, Dura sangat-sangat berharap dan berdoa ke hadrat Allah SWT agar tahun 2017 bakal menjadi titik tolak perjuangan kami berempat dalam menempuhi kehidupan seharian. Dura berdoa, agar kami sentiasa diberi kekuatan, ketabahan, keberanian, kecekalan dan keyakinan untuk menghadapi ujian dan dugaan hidup. Dan semoga kami sentiasa dimurahkan dan dipermudahkan dengan rezeki yang penuh barakah. Semoga Allah sWT memberkati dan meredhai setiap usaha, doa dan tawakal kami. Amin.



#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #TheZizisJourney #BloggerMalaysia #KelabBloggerBenAshaari #KBBA9 #ParentingBlogger #LifestyleBlogger #WAHM #HappyNewYear2017 #2017 #IbuTunggal #AnakYatim