Warkah Buat Iby (Part 4)

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Warkah Buat Iby | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia
Dura dan The Zizis (anak-anak Dura). Merekalah segalanya.
Sambungan..


Kini..
-----------

~Yayang~

Iby pun tau, selama 9 tahun kita kahwin, yayang tidak pernah bertindak dan bergerak sendirian tanpa Iby. Isi minyak kereta, pam tayar, beli gas masak, pos barang, cuci kereta, renew roadtax dan lesen memandu, daftar sekolah budak, berurusan dengan pejabat itu dan ini, semuanya Iby yang buat. Kalau Yayang ikut pun, Iby suruh yayang dan anak-anak tunggu dalam kereta sahaja, "Nanti penat dan panas pulak tunggu kat luar, lebih baik tunggu dalam kereta aje, sejuk sikit ada aircond", kata Iby. Tapi, kalau time nak beli barang dapur atau pakaian, atau saja nak jalan-jalan, baru Iby ajak yayang dan anak-anak turun sekali. 

Sejak lahirkan AbangYan, yayang selalu sakit-sakit belakang badan dan sakit pinggang. Pernah sekali yayang hampir lumpuh separuh badan selama 2 minggu, sampai jalan pun hampir merangkak dan, solat pun secara duduk. Selama dua minggu tu lah, Iby suruh yayang buat terapi di rumah emak. Bila dah kembali pulih, yayang dah tak boleh nak buat kerja rumah macam selalu, sebab sengal-sengal di pinggang terus datang menyengat setiap kali yayang buat kerja berat. Bila dah sakit, yayang tak dapat tidur malam berhari-hari lamanya, hanya Allah SWT je yang tahu macamana sakitnya yayang masa itu. Iby pun dah tak tahu nak buat apa, dan tak lalu nak tengok keadaan yayang macam itu. Terus Iby kata, "Mulai hari ini, yayang masak aje. Yang lain, biar Iby buat". Mula-mula, yayang macam tak percaya aje, sebab Iby pun keje shift, selalu aje mengantuk tak cukup rehat dan tidur; mana ada masa nak buat semua itu. Tapi Alhamdulillah. Rupanya, Iby tetap kotakan janji, walaupun masa yang ada terlalu suntuk buat Iby. Untuk itu, yayang ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Iby. Semoga Allah SWT membalas jasa baik Iby pada yayang.

Tapi kini, walau kesihatan badan tak sebaik mana, yayang perlu kembali mencari kerja, demi menyara anak2 kita ini. Yayang tak boleh nak keje shift macam Iby, sebab AbangYan masih kecil, langsung tak pernah berenggang dengan yayang pulak tu, nanti payah emak nak jaga AbangYan malam2. Kalau Iby masih ada pun, mesti Iby tak izinkan yayang kerja shift. Yayang sendiri pun, tah tak boleh nak berdiri atau duduk terlalu lama. Lepas 2 jam, mesti nak kene baring sekejap, kalau tidak, meraung lah tulang belakang ni di malam hari. Nak keje ofis, mungkin susah sikit nak dapat, sebab yayang dah lama tak bekerja, umur pulak dah 32 tahun. Cuma, sekarang yayang usaha aja mana yang termampu, hantar resume untuk permohonan pekerjaan yang bersesuaian. Selebihnya, yayang bertawakal dan mohon agar dimurahkan rezeki untuk kami anak-beranak.

Yayang selalu ingat.. Masa Iby kerja, Iby selalu call lepas selesaikan solat fardhu. Iby selalu tanya "Dah solat? Dah makan? Masak apa?" Pernah yayang tanya Iby "Cuba lah tanya soalan lain pulak. Ni macam soalan copy paste je setiap hari".. Terus Iby ketawa. Iby kata, "Bertuah tau yayang dapat suami macam Iby. Setiap hari Iby call, banyak kali pulak tu. Orang lain pun tak macam Iby tau" Iby ketawa lagi. Betul, yayang bertuah sangat2, Iby. Sebab sekarang, lepas Iby pergi, yayang rasa hidup dah bertukar dari warna-warni kepada satu warna sahaja. Dulu, Iby lah suami, kawan baik dan teman gaduh. Handphone yayang, selalu berbunyi sebab Iby sahaja. Sampai yayang tak perlukan kawan lain. Tapi sekarang, bila Iby dah takde, sunyi je handphone yayang tu. Dah takde lagi panggilan yang boleh yayang tunggu tiap kali waktu Subuh, Zohor, Asar dan Isyak. Tiada lagi whatsapp gurau senda yang yayang boleh reply setiap hari. Baru yayang sedar, betapa besarnya seorang yang bernama Zizi yang yayang panggil Iby dalam hidup yayang. Perginya Iby, seperti membawa 1000 orang yang selama ini mengelilingi yayang, memberikan warna-warna kehidupan. Kini, yayang rasa sekeliling ini kosong, lapang, suram.

Cuma, yayang kini sedar. Setiap dugaan yang menimpa itu adalah tanda betapa Allah SWT masih sayangkan kita. Allah SWT sayangkan Iby, maka diambilnya nyawa Iby seawal mungkin, mungkin kerana amalan Iby sudah mencukupi. Allah SWT juga sayangkan yayang, tetapi amalan yayang terlalu sedikit. Maka, apabila Dia memberi dugaan ini, sebenarnya Dia sedang memberi peluang kepada yayang untuk muhasabah, perbaiki diri dan kembali taat kepada perintahNya. InsyaAllah, yayang yakin, ada hikmah yang menanti untuk setiap dugaan dan ujian ini :)


<KakLong>

Lepas Iby pergi, yayang dan anak2 pindah ke rumah Mak. KakLong pun kene tukar sekolah. Di sekolah baru, dia rasa sangat tertekan sebab takde kawan. Pulak tu, peperiksaan hujung tahun masa tu tinggal sebulan aje lagi. Setiap pagi dia menangis taknak pergi sekolah, tapi yayang pujuk dia hari2. Yayang hantar dan ambik dia di sekolah. Bila tiba exam, dia takleh nak fokus pun. Hatinya sedih, hilang keyakinan. Tapi tak mengapalah, sekurang-kuranya, KakLong masih ada sisa2 kekuatan untuk dia terus belajar di sekolah baru.

KakLong juga masih trauma dengan pemergian Iby. Setiap malam, KakLong takut nak tidur. Dia takut, kalau dia tidur, esok pagi dia tak dapat jumpa yayang lagi, sama macam dia kehilangan Iby. 
"Mama, kalau Mama tidur, Mama janganlah meninggal. Kakak taknak Mama meninggal macam Appa. Esok Kakak nak jumpa Mama lagi".. gitulah dia hari2. 
Macamanalah yayang tak rasa sedih bila dengar, sebab yayang sendiri pun takleh nak beri jawapan pasti. Bila yayang tertidur petang, KakLong cepat-cepat kejut yayang bila dengar azan Asar. Dia tunggu sampai yayang bangun. Sebab dia nak pastikan yayang masih bernafas dan bernyawa.


~KakNgah~

KakNgah nakalnya sama seperti dulu. Cuma dia kini beringat tentang Iby. Tiap kali dia buat salah, pasti dia menangis time nak salam yayang, nak minta ampun dan maaf. Dia takut, kalau Allah SWT tak ampunkan, dia tak dapat jumpa Iby di syurga nanti.
KakNgah pun masih rajin menyakat AbangYan. Tapi Alhamdulillah, dalam nakal-nakalnya itu, bila yayang takde di rumah settlekan sebarang urusan, KakNgah lah orang yang akan peluk AbangYan tiap kali AbangYan nangis bangun tidur mencari yayang :(

Dulu, KakNgah la anak yang paling manja dengan Iby. Selalu duduk atas riba Iby, gayut belakang badan Iby, suka peluk Iby. Sekarang ini, bila Iby dah takde, semua itu dia buat pada yayang pula. Ada masa yayang rasa macam nak marah juga, sebab badan yayang pun bukan sesihat dan sekuat macam Iby yang besar tinggi tu. Tapi nasib baik yayang masih berfikir waras, jadi, yayang cakap kat KakNgah, "Mama tak larat nak buat macam Appa. Kalau nak peluk, peluklah Mama". Lepas tu, memang setiap masa nak dipeluknya yayang. Kadang-kadang, yayang tengah masak pun tiba-tiba KakNgah datang peluk dari belakang, "Rindulah kat Mama", kata adik.. Mungkin sebenarnya, dia rindu pelukan Iby...


~AbangYan~

AbangYan..
Sedih sungguh hati ini bila bercakap tentang AbangYan. Apalah budak usia 3 tahun ini mengerti tentang sebuah kematian. Cuma, AbangYan seolah tahu, yang Iby telah pergi selamanya, dan tidak akan kembali. Dulu, bila yayang bercuti di rumah emak seminggu, mesti AbangYan demam sebab rindu Iby. Tapi sekarang, AbangYan dah kuat. Tidak demam walaupun sudah 3 bulan 'tidak berjumpa Iby'. Tapi rindunya pada Iby, yayang mengerti sangat2. Walaupun dia tidak pandai cakap tentang rindu, tapi perlakuannya, sudah cukup menceritakan segalanya. Bila dia nampak ramai orang pakai baju Melayu, kain pelekat dan serban di masjid, dia tanya yayang "Mama, Appa mane?" Kadang-kadang, tiba-tiba AbangYan datang dan peluk yayang, "Mama.. nak sayang (peluk) Mama", kata AbangYan. Seolah dia mencari sesuatu dan rindukan sesuatu yang tiada..

Ingat lagi.. 2 minggu sebelum Iby pergi.. AbangYan mula buat perangai. Tiap kali AbangYan nampak Iby bangun nak bersiap pi solat jemaah di masjid, dia akan menangis habis2an jika Iby tak dukung dia ke  luar rumah sekejap sebelum pergi ke masjid. Malahan, bila Iby nak ke tandas aje pun, AbangYan tanya yayang "Mama, Appa nak pergi mana?" Tempoh 2 minggu tu, Iby cukup seronok dan bangga sampai Iby kata kat yayang "Haa, ni baru betul anak Appa. Tengok tu sampai nak gi toilet pun dia nak ikut". Tapi rupanya, AbangYan dah dapat rasa, bahawa Appanya dah nak pergi tinggalkannya selamanya. Andaikata si kecil ini boleh berbicara waktu itu, tentu dia sampaikan pada yayang supaya kami cipta memori indah bersama Iby sementara Iby masih ada..

Sekarang ini pun, tiap kali AbangYan nampak gambar kubur di suratkhabar atau dalam video, minat sungguh dia nak tengok berulang-kali, "Mama, abang nak tengok kubur Appa". Dan setiap kali dia nampak barang atau baju Iby, dia cakap "Mama, itu appa punya". Setiap malam, bila nak tidur, AbangYan nak yayang dakap dia atas badan, dan tepuk2 dodoikan dia; sama seperti masa Iby selalu tidurkan AbangYan malam-malam. Betapa dia rindukan Iby! 



3 Serangkai...
---------------------
Yang buatkan yayang menitis airmata sampai sekarang, adalah pasal 3 serangkai ni, KakLong, KakNgah dan AbangYan. Selepas Iby tiada, mereka menumpang kasih kepada PakNgahnya (Ajin, adik yayang). Rezeki budak2 ni, sebab PakNgah dapat rumah sewa di tingkat atas rumah Mak selepas kahwin. Jadi, dapatlah PakNgah singgah selalu untuk jumpa si 3 serangkai ni. Tapi yang paling menyedihkan, bila tengok mereka sangat teruja, ceria dan happy sakan tiap kali dapat jumpa PakNgahnya; sama seperti mereka sambut Iby setiap kali Iby balik dari kerja. Semua benda mereka nak kongsi cerita dengan PakNgah. Seolah mereka bercerita pada Iby! Sampaikan bila PakNgah dah balik rumah sendiri, KakLong sanggup nak whatsapp PakNgah lagi sebab.. "Mama, tadi Kakak lupa nak cerita kat PakNgah, kakak dah beli pencil box baru. Kakak nak anta gambar kat PakNgah sekarang boleh?".

Yayang pun tak tahu sampai bila mereka boleh menumpang kasih dengan PakNgahnya. Sejak dari awal, yayang berdoa ke hadrat AllahSWT, semoga ketiga-tiga anak2 kita diberikan kebahagiaan dunia akhirat. Semoga Allah SWT mengisi ruang2 kosong di hati anak2 ini dengan kasih sayangNya; supaya suatu hari nanti, jika PakNgah tak mampu nak berada di sini bersama mereka lagi.. Maka mereka boleh meneruskan hidup tanpa sebarang perasaan sedih, kecewa atau rasa kekurangan. Yayang juga berdoa, agar anak2 ini menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, sebaik atau lebih baik dari Iby. AbangYan, yayang tidak tahu adakah dia akan ingat kenangan bersama Iby. Tetapi, yayang menaruh harapan, agar AbangYan, boleh jadi penghulu keluarga sepertimana Iby juga. Amin ya rabbal alamin.


-Wassalam-



#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #TheZizisJourney #KelabBloggerBenAshaari #KBBA9 #BloggerMalaysia #RealLifeJourney #WAHM #KisahAnakYatim



Popular posts from this blog

Whatsapp Blue Tick : Apa Maksudnya?

Yeeehuuuu!!! Dexandra Perfumes dah restocked!!

I LOVE LOVE LOVE DEXANDRA PERFUME!