Warkah Buat Iby (Part 2)

Persalinan Iby semasa nak menunaikan solat Jumaat yang terakhir di masjid.
Iby dan kopiah serta serban, berpisah tiada setiap kali bersolat di masjid.

Sambungan...

Sebulan sebelum...
-------------------------------
Iby cakap, Iby dah tengok apartment kat Seksyen 18 tu. Iby berkenan. Yayang tanya, ade ke modal nak beli rumah. Iby jawab "InsyaAllah, kita boleh kumpul, mesti ada rezeki untuk beli". Yayang iyakan aje. Sebab Iby yang bekerja, pada yayang, Iby yang lebih tahu urusan kewangan dan bajet keluarga. Iby juga selalu bawa yayang dan anak-anak pi Jusco Shah Alam. Iby suka betul servay tv flatscreen di sana. Iby kata nak belikan yang baru sebab yang ada di rumah kita tu tv jenis lama, pulak tu kadang-kadang keluar sudah warna hijau di screen nya. Yayang okey kan aje, sebab yayang tengok, Iby bersemangat betul nak kan tv tu, sampai call kawan tanya tv jenis mana yang elok :)

Iby risau berat badan makin naik. So, Iby nak start main badminton semula. Iby ajak yayang pi beli kasut sukan baru utk main badminton. Yayang tanya, raket badminton Iby tak nak beli sekali ke? Iby kata "Yang lama punya masih ade. Tali pun Iby dah repair kat kedai. Kasut je yang dah koyak". Lepas je beli kasut, setiap Jumaat malam, Iby main badminton dengan kawan-kawan kerja. Kali pertama pi, Iby ngadu lenguh-lenguh tangan. Tapi kali kedua dan seterusnya, Iby dah boleh adapt dengan lenguh-lenguh tu.

Iby juga cakap, Iby rasa tahun ini mungkin dapat pi sebab duit dalam simpan dalam Tabung Haji dah cukup. Tapi, Iby cukup risau nak tinggalkan yayang dan anak2 jika Iby dapat pi haji nanti. Iby sanggup nak buat surat bagi kat cikgu2 KakLong dan KakNgah, supaya benarkan budak2 ni bercuti selama Iby berada di Tanah Suci sebab Iby nak hantar yayang dan budak2 balik rumah emak. Macam tu sekali Iby risau tentang kami ni. Tapi kecewanya Iby bila rupanya, belum ada rezeki sebab masih belum dapat panggilan dari Tabung Haji. Iby pujuk hati sendiri, Iby kata, takpelah, tahun depan mungkin ade rezeki pulak.


Dua minggu sebelum..
------------------------------------
Iby asik cakap nak joging semula. Iby kata, dulu-dulu masa joging, badan boleh maintain. Ni dah bertahun tak joging, sebab tu badan naik mendadak, Iby puasa dan tak makan malam pun tak mau kurus juga. Yayang pun pelik juga, sebab kali ni, seluar Iby dah 2x koyak! Tak pernah jadi macam tu. Means, sebenarnya Iby betul2 dah gemuk! Cuma yayang tak nampak ianya ketara sebab hari2 jumpa. So, Iby mula joging pagi dan petang. Iby ajak yayang pergi, tapi nanti kene bawa budak-budak pulak. So, Iby decide nak pi sorang aje.


Empat hari sebelum...
-----------------------------------
KakNgah nak join lawatan tadika ke Taman Burung esok. Tapi masalahnya, kene pakai kasut sekolah warna putih. KakNgah memang takde kasut sekolah, sebab selama ini, pakai selipar je pergi sekolah. So, yayang tanya Iby "Camne ni? Tak kan nak kene beli kasut sekolah pulak? Atau nak suruh KakNgah pakai kasut raya aje". Iby jawab "Takpe, kejap lagi, KakNgah balik sekolah, Iby terus bawa dia pi beli kasut sekolah". Yayang tanya Iby, tak rasa membazir ke beli, sebab esok last sekolah, lepas tu dah cuti. Kalau tahun depan dah tak muat pakai, camne? Iby jawab dengan nada gurau "Takpe, kalau tahun depan dah tak muat, beli lagi yang baru, murah je ni", then Iby pun gelak. Yayang tahu Iby gurau, sebab Iby adalah orang yang paling tak suka membazir. Kalau Iby nampak ade benda yang kami tak habis pakai atau makan, Iby akan marah dan rasa kecewa sekali. So, petang tu, Iby bawa KakLong, KakNgah, dan AbgYan pi kedai kasut. Lepas tu, Iby terus bawa dorang singgah main playground berdekatan rumah. Pelik juga, sebab sebelum ini, berkali-kali dorang ajak Iby pi main-main kat taman, tapi Iby macam malas je nak pergi. Tapi hari itu, Iby yang beriya-iya bawa mereka pergi ke sana..Yayang pun tak sangka, hari tu, adalah hari terakhir mereka beriadah di taman bersama-sama Iby. 

Esok paginya, Iby hantar KakNgah pi sekolah macam biasa. Iby sempat borak2 dengan Cikgu Su, ketawa macam biasa. Lepas tu Iby terus pi keje. Iby dah siap2 pesan kat yayang, jangan lupa ambik KakNgah kat sekolah pukul 4pm nanti. So, pukul 4pm, yayang dah siap ade depan sekolah. Rupanya KakNgah memang dah sampai kat sekolah time tu. So, kitorang terus balik rumah. 15 minit lepas tu, Iby call yayang, Iby tanya dah ambik KakNgah ke belum. Yayang jawab, dah.. Rupanya Iby risau sangat, ye lah, ni 1st time Iby bagi anaknya pergi jauh terpisah dari Mama dan Appa nya ni..


Sehari sebelum...
-----------------------------

Hari itu Hari Jumaat. Iby dah siap pakai baju Melayu warna biru, kain pelekat biru sebab nak pergi solat Jumaat. Baju Melayu biru tu adalah baju raya tahun lepas. Iby suka sangat pakai sebab kainnya sedap, jahitannya pun cantik. Bila Iby beli apa-apa benda warna biru, Iby selalu cakap kat budak2 ni "Appa beli warna ni sebab Mama suka warna ni. Appa kan sayang Mama", lepas tu Iby pun gelak mengusik. Yayang pun tak sangka, hari ni rupanya, hari Jumaat terakhir Iby. Sempatlah Iby mengutip pahala solat Jumaat.

Selepas solat Jumaat, terus Iby bawa kami keluar berjalan-jalan di Jusco. Masih terngiang-ngiang di telinga yayang, masa dalam kereta, Iby kata, Iby kene terus joging setiap hari. Yayang saje tanya gurau "Iby nak kuruskan badan tu nak tunjuk kat sapa". Iby pun jawab sambil ketawa "Yayang jangan tak tau, orang lelaki ni, life begin at 40 tau". Tetapi rupanya, Iby pun tidak tahu, malaikat maut sudah berada di sebelah Iby, untuk menarik nyawa Iby, menghentikan life Iby pada usia 42 tahun!

Pada hari itu, Iby belikan anak2 barbie doll di Jusco. Bukan setakat KakLong dan KakNgah aje, tapi AbangYan pun dapat doll. Jenuh Iby cari barbie doll yang 3 piece in 1 box. Tak sangka pula ada. So, dapatlah 2 barbie doll, 1 boy doll. Iby kata, Iby belikan untuk AbangYan sekali supaya lepas ni, AbangYan tak berebut lagi doll dengan kakaknya. Iby siap belikan baju sorang satu untuk budak2 ni. Iby suruh yayang pilih sehelai baju, tetapi masa tu takde baju yang yayang berkenan. Jadi yayang kata, "Takpelah, lain kali kita datang sini, baru Iby belikan untuk yayang pula". Iby memang betul-ceria masa tu, bersungguh-sungguh Iby carikan semua tu untuk budak-budak ini. Sampaikan yayang rasa pelik juga, sebab Iby kata nak belikan semua ini selepas Hari Raya Haji nanti, which is lagi 4 hari. Tapi, last2 Iby kata "Okeylah, Appa belikan hari ini. Lagipun, budak-budak dah lama tunggu nak doll baru". Then, kita terus pi rumah emak di KL. Mak hidangkan goreng cempedak kat Iby. Iby makan banyak, berselera betul. Then, Iby rancak berborak dengan Abah, memang Iby nampak gembira dan ceria sangat. Sampaikan Abah kata kat Mak, Zizi tadi asik gelak aje. Macam tengah senang hati.

Pukul 6.30pm, Iby tak sabar-sabar nak balik ke Shah Alam semula, sebab dah janji dengan kawan untuk main badminton seperti selalu. Tapi malam tu, Iby keluar rumah jam 9.00pm, selepas habis solat Isyak di masjid. Iby main badminton sekejap aje, sampai 10pm aje, lepas tu Iby habiskan masa borak2 dengan kawan2 kerja di kedai mamak. Kawan2 Iby kata, Iby borak2 pun macam biasa, ketawa macam selalu. Tak siapa yang menyangka, bahawa itulah hari terakhir mereka jumpa Iby...

Bersambung....




#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #TheZizisandMe #WarkahBuatIby #BloggerMalaysia #KelabBloggerBenAshaari #WAHM


Labels: ,