Warkah Buat Iby (Part 1)

 Warkah Buat Iby | Blog Dura Norell - The Zizis and Me | BloggerMalaysia | KelabBloggerBenAshaari KBBA9 | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com


Semalam 10 DISEMBER 2016.

Genaplah 3 bulan Iby tinggalkan yayang, KakLong, KakNgah dan AbangYan. Iby hembuskan nafas terakhir hari Sabtu 10 SEPTEMBER 2016, hari yang sama seperti semalam, di rumah kita.

Sampai hari ini, yayang masih terkenang-kenang lagi hari terakhir yayang lihat Iby. Pemergian Iby sungguh mengejut, tanpa sebarang pesan. Waima sehari sebelum pemergian Iby, Iby masih ceria macam selalu; masih suka bergurau dan buat lawak, bawa yayang dan anak-anak jalan-jalan, belikan anak-anak baju baru, belikan toys. Malamnya, Iby sempat jumpa kawan-kawan kerja, borak-borak seperti selalu.

Tapi..
Keesokan harinya.. Iby buatkan yayang rasa nak pitam, rasa hampir gelap dunia! Betulkah ini semua Iby? Betulkah Iby dah pergi tinggalkan yayang dan anak-anak? Betulkah Iby dah tak nak bangun, senyum buat lawak, gurau-gurau, peluk cium kami anak-beranak lagi? Betulkah tubuh yang terbaring depan yayang ini hanyalah sekujur tubuh tanpa roh? Betulkah Iby? Betulkah apa yang berlaku padaku ini Tuhan?

Yayang pegang tangan Iby. Sejuk, kaku. Yayang cium pipi dan dahi Iby. Ya, Allahhhh.. Yayang nangis, sejuknya dahi dan pipi Iby. Yayang menjerit-jerit panggil nama Iby berulang-kali. Iby tetap tidak menyahut, tidak bergerak. Yayang rasa tidak percaya, sebab riak wajah dan cara Iby baring sungguh tenang seolah-olah Iby sedang tidur seperti selalu yang menunggu masa untuk dikejut! Yayang cuba dengar nadi Iby.. tiada lagi degupan jantung yang yayang biasa dengar setiap kali yayang baring di dada Iby.

Ibyyyyy!!! yayang nangis meraung-meraung.. anak-anak turut menangis mengalir air mata. Tetapi, janji Allah itu pasti. Ajal maut itu datang tepat pada masanya. Dan apabila maut itu datang, tiada apa yang boleh menghalang walaupun yayang menjerit sekuat hati memanggil nama Iby. Yang pasti.. hari itu.. 10hb September 2016.. Iby telah pergi tinggalkan kami, dan tidak akan pernah kembali lagi.

Sehingga malam, kaum keluarga, saudara-mara, jiran tetangga datang melawat. Semua mereka juga terkejut, betapa Iby pergi dalam keadaan yang sangat mengejut. Mereka tanya, Iby sakit apa? Yayang kata, Iby takde sakit apa-apa. Sepanjang 10 tahun yayang kenal Iby, sepanjang 9 tahun yayang kahwin dengan Iby, Ibylah satu-satunya insan yang 'sentiasa sihat' berbanding yayang dan anak-anak yang asik demam, selesema, batuk, pening, sakit itu sakit ini. Sampaikan Iby suka gurau, Iby cakap, yayang dan budak-budak ni jenis tak cukup zat, sebab tu selalu sakit. 

Jantung? Iby tak pernah ada sakit jantung. Yayang pun tidak tahu jika itu penyebab permergian mengejut Iby ni. Tetapi, cukuplah yayang terima ianya sebagai 'sudah ajal Iby'. Yayang tak buat 'post mortem' pun, sebab yayang taknak sakitkan jasad Iby semata-mata untuk berikan yayang satu jawapan. 

Bersambung....



#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #TheZizisandMe #WarkahBuatIby #BloggerMalaysia #KelabBloggerBenAshaari #WAHM










Popular posts from this blog

Whatsapp Blue Tick : Apa Maksudnya?

Yeeehuuuu!!! Dexandra Perfumes dah restocked!!

I LOVE LOVE LOVE DEXANDRA PERFUME!