Terima kasih PUNB!

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Terima Kasih PUNB! | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM

Ini memang betul-betul rezeki kami anak-beranak!

Honestly, Dura tak pernah tahu berkenaan zakat PUNB dan, tak pernah terfikir pun jika Dura ini masih layak untuk terima bantuan zakat dari Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) ini! Mana taknya, apa yang Dura fikirkan; business loan under PUNB pun Dura masih belum habis bayar lagi, takkan lah PUNB nak beri bantuan zakat pula! 

Tapi itulah namanya R.E.Z.E.K.I..
Rezeki dari Allah SWT, dari ATAS sana untuk anak-anak yatim si 3 serangkai ini.

Kisahnya bermula bila Dura info berkenaan kematian arwah suami sebagai rekod informasi kepada pihak PUNB. Bila pegawai yang uruskan account business loan Dura tu dapat tahu, beliau terus bantu Dura untuk mohon bantuan zakat dari PUNB pula. Masa tu, Dura rasa syukur sangat-sangat, sebab Dura dapat berurusan dengan pegawai yang baik, bertanggungjawab dan sangat bertimbangrasa.

Lebih kurang 2 minggu selepas itu, Dura dapat call dari pegawai PUNB dari bahagian pengurusan zakat pula. Kata pegawai itu, beliau dah terima permohonan Dura, tetapi perlukan details tentang diri, anak-anak dan isi rumah. Jadi, interview session pun berlangsung di dalam telefon sahaja. Tetapi Dura tetap perlu berikan semua salinan dokumen sokongan sebagai bukti dan untuk rekod simpanan PUNB.

Selepas hampir sebulan lebih.. tup-tup.. minggu lepas, Dura dapat call lagi dari pegawai bahagian zakat itu. Katanya permohonan bantuan zakat Dura sudah diluluskan! Tapi pegawai tu kata, sumbangan dari PUNB ni hanya dalam bentuk voucher MYDIN sahaja. Dura kata, "Alhamdulillah, saya tak kisah cik. Ini pun dah bersyukur sangat dah!" Petangnya, pegawai PUNB yang uruskan pemberian voucher ini pula datang ke rumah dan serahkan sendiri voucher tersebut kepada Dura.


BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Terima Kasih PUNB! | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Surat pengesahan untuk menerima bantuan zakat PUNB

Yang paling mengejutkan.. Dura ingatkan jumlah voucher nya dalam RM ratus aje. Rupanya ribu juga! Ya Allah! Syukur, ke hadratMu Ya Allah! Betapa gembira dan lapangnya hati ini kerana di saat Dura sendiri tengah susah hati dan pening pikirkan budget persekolahan KakLong dan KakNgah untuk tahun 2017, Allah SWT menghulurkan bantuanNya melalui PUNB ini pula! Ya Allah, tak tahu Dura nak gambarkan betapa 'release' nya tekanan yang Dura rasai sebelum ini!

Maka, pada hari Sabtu yang lepas.. Dura, 3 serangkai, MakNgah dan Maksu pergi ke MYDIN USJ untuk beli kelengkapan sekolah KakLong dan KakNgah, pakaian harian untuk 3 serangkai, barangan dapur dan barang-barang lain. Kami pilih MYDIN USJ sebab ia jenis hypermarket, ruang besar dan lebih banyak pilihan. Tapi.. Ya ampun! Ingatkan senang aje nak cari barang. Rupanya makan masa juga. Pulak tu, ada banyak juga SALE sedang berlangsung. Bertambah konfuse la kitorang sebab dah tak tau mana satu nak pilih! Uhuhu.. Pulak tu, kene cari untuk 3 budak punya barang. Jenuh! Itu belum barang-barang lain lagi! Hampir 6 jam kami berkampung dalam MYDIN tu demi nak settlekan mencari semua barang hoho

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Terima Kasih PUNB! | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Isi perut dengan KFC dulu, as requested by KakLong dan KakNgah sejak sebulan lepas huhu.
Dah kenyang, baru bersemangat sikit nak memborong :).

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Terima Kasih PUNB! | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Bergambar sekejap sebelum mula memborong. Kali ni Mama tak kasi naik sebab 
takmo bazirkan masa. Banyak benda perlu dicari hari ini!
BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Terima Kasih PUNB! | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Alhamdulillah, selesai sudah memborong :) Serius! Belum pernah Dura memborong 
sampai troley terlebih muatan cenggini huhu
BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Terima Kasih PUNB! | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Cashier pun berpeluh sebab terpaksa scan berpuluh-puluh keping voucher secara satu-persatu.
Tapi, bak kata Amir, "I'm Sorry!" hehe

Tapi Alhamdulillah, walaupun penat sampai lenguh kaki dan pinggang, tapak kaki pun meraung kepedihan.. Misi Dura, MakNgah dan Maksu berjaya! Big thank you with LOVE kepada MakNgah sebab sudi jadi driver pada hari itu walaupun MakNgah memang takde niat langsung nak memborong sama, huhu. Tapi yang kelakar giler tu, punyalah berjam-jam kitorang cari barang.. Bila dah bayar, baru lah nak teringat yang kitorang pergi sana naik VIVA!!!! Adoyaiii...
Masa on the way balik, boleh lak PakNgah whatsapp buat lawak "Ada siapa yang kene tinggal? Ke duduk atas barang?" Dura pun jawab "Tak... Barang yang duduk atas orang". Muahahaha..

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Terima Kasih PUNB! | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Walaupun terpaksa bersempit-sempitan antara orang dan barang dalam kereta..
Akhirnya kami selamat tiba di rumah. Alhamdulillah :)
BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Terima Kasih PUNB! | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Punyalah banyak beli, tapi kasut sekolah Abaro aje yang kasi Free Gift iaitu sebotol Kapur Kasut, tetapi tiada dalam gambar di atas hahaha. Dan saje je Dura letak gambo spek mata AbangYan kat situ kehkeh .

Apa-apa pun, Dura seikhlas hati ucapkan terima kasih banyak - banyak kepada Encik Ilham, Cik Aina dan Encik Danial dari PUNB kerana telah membantu Dura di saat-saat yang amat diperlukan! Malahan, anak-anak Dura sendiri cukup teruja, girang dan bersemangat bila Dura cakap nak bawa mereka beli baju, kasut dan kelengkapan sekolah serta baju-baju baru. Dan semestinya, Dura ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada PUNB sendiri kerana membantu golongan ibu tunggal dan anak-anak yatim seperti kami ini.

Terima kasih PUNB!



#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #TheZizisJourney #KelabBloggerBenAshaari #KBBA9 #BloggerMalaysia #ParentingBlogger #PermodalanUsahawanNasionalBerhad #PUNB #BantuanZakat #MYDIN #BantuanIbuTunggal #BantuanAnakYatim #WAHM 


Labels: , , , , ,