Sumbangan 'Back to School' oleh Masjid Muadz Bin Jabal di Setiawangsa

Para penerima bantuan Back to School anjuran Masjid Muadz Bin Jabal di Setiawangsa bersama Dato' Fauzi Zahari.

Alhamdulillah. Hari ni, sekali lagi rezeki untuk KakLong terima bantuan Back to School. Kali ni program ni dianjurkan oleh pihak pengurusan Masjid Muadz Bin Jabal yang terletak di Taman Setiawangsa. Kesemua penerima bantuan ini dambil daripada senarai-senarai pelajar-pelajar asnaf di kawasan perumahan sekitar Setiawangsa, Keramat Wangsa dan Keramat Permai. Senarai nama penerima disediakan oleh Masjid-masjid dan surau-surau dari kawasan perumahan tersebut.

Majlis ni dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa iaitu Dato' Fauzi Zahari. Sebelum ini pun Dato'Fauzi telah memberikan bantuan 'Back to School' nya sendiri (Parlimen Setiawangsa) berupa beg sekolah dan wang saku RM100 kepada lebih 1000 penerima; yang mana KakLong juga merupakan salah seorang penerima melalui pihak sekolahnya. Dan pada kali ini, bantuan yang KakLong terima adalah berupa beg sekolah dan voucher buku bernilai RM75. Alhamdulillah, dapat jugalah Dura belikan buku latihan di rumah untuk KakLong dan KakNgah nanti kan? Syukur, kerana Allah sentiasa bukakan pintu rezeki untuk anak-anak Dura. Alhamdulillah, terima kasih Allah SWT.

Sumbangan yang diterima oleh KakLong hari ini.



#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #TheZizisJourney #KelabBloggerBenAshaari #KBBA9 #BloggerMalaysia #ParentingBlogger #LifestyleBlogger #WAHM #BantuanBacktoSchool #Setiawangsa #MasjidMuadzBinJabal #VoucherBuku #Asnaf #IbuTunggal #AnakYatim

Labels: , , , ,