Selesai Orientasi Tahun Satu 2017 di Sekolah KakNgah :)

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Orientasi Tahun Satu 2017 Sekolah KakNgah | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Breakfast roti je KakNgah pagi ni. Mood pun okey, siap tak sabar nak pi sekolah :) 

Sesi orientasi hari ini bermula jam 8.00am. Hanya Dura, KakLong, KakNgah dan Abah aje yang pergi. AbangYan kene tinggal di rumah dengan Opah; kalau dia ikut, abes dia buat perangai kalau dah bosan tunggu lama dalam dewan nanti! Actually sekolah ini jauh dari rumah Dura. So, kitorang gerak awal pukul 7.00am. Tapi, boleh lak kitorang sampai sana jam 7.10am! Ala-ala student terbaik baik je datang awal kann? Hehe. Baru perasan, minggu ni ramai orang balik kampung, sebab tu jalan tenang dan lengang :) So, kitorang pekena roti canai dulu as a breakfast, Abah belanja haha :D

Jam 7.30am, kitorang masuk dewan sekolah tempat taklimat bakal berlangsung. Dura daftarkan nama KakNgah di meja pendaftaran luar dewan, dapatkan tag nama sementara untuk KakNgah dan beli lencana 2 helai untuk dijahit di tudung nanti. Sambil-sambil tu, kami diminta isi borang kaji selidik berkenaan dengan sesi pembelajaran dan komunikasi ibu bapa bersama anak di rumah. 

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Orientasi Tahun Satu 2017 Sekolah KakNgah | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Wefie sikit sementara tunggu majlis bermula. Atuk datang sekali, tapi duduk bahagian lain :D

Then, jam 8.45am baru majlis dimulakan. Selepas selesai bacaan doa, nyanyi lagu Negaraku, barulah Guru Besar berikan ucapan. Masa dengar ucapan tu, ada satu perkara menarik yang Guru Besar highlight kan! Kata beliau, untuk tahun 2017, pelajar Tahun Satu sekolah itu ada seramai 45 orang dan akan ditempatkan dalam 3 buah kelas! Biar betoi? Dura pun tengoklah orang-orang di belakang Dura, ya ampun, betullah! Boleh kira dengan jari je bilangan ibu bapa plus pelajar haha. Camno den buleh tak perasan tadi???

Selepas tu, semua pelajar Tahun Satu kene beratur di luar dewan ikut kelas sementara berdasarkan tag nama tadi tu. Alahai, comey sangat barisannya. Ada 3 je barisan mewakili 3 kelas, dengan setiap kelas ada lebih kurang 15 orang. Adoyaii.. Teringat lak Dura masa Form 4 dan Form 5 dolu-dolu. Ada belas-belas pelajar cenggini lah dalam kelas kitorang sebab semua budak PMR dah 'lari' masuk asrama. So, tinggallah kitorang yang ciput ni meneruskan perjuangan SPM di 'sekolah kesayangan' tu haha. Tapi bagus juga lah dorang lari, sebab dapatlah Dura jadi pelajar terbaik SPM di sekolah tu walaupun result tak gempak mana ahahah (saje trobek sikit haha).


BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Orientasi Tahun Satu 2017 Sekolah KakNgah | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
KakNgah bersama guru kelas sementaranya :)

Tak ke best tu, sikit je pelajar setiap kelas? Ala-ala kelas tusyen gitu :D


Okes.. kembali ke orientasi.. Bila semua pelajar Tahun Satu dah masuk kelas masing-masing, ibu bapa pula terus kembali ke dewan dengar taklimat berkenaan tiga program iaitu Minggu Transisi, program LINUS 2.0 dan KSSR Semakan :


Minggu Transisi
---------------------
-Diadakan selama tiga minggu bermula dari hari pertama sesi persekolahan. 
-Tujuan untuk mendedahkan pelajar Tahun Satu kepada suasana, budaya dan persekitaran sekolah yang baru.
-Dalam tempoh ini, pelajar tidak perlu bawa sebarang buku teks atau buku aktiviti.
-Pelajar berpeluang membuat aktiviti yang menyeronokkan bersama rakan-rakan sekelas dan guru.
-Dalam tempoh tiga minggu ini, ibu bapa jangan tulis nama kelas dahulu dalam buku teks, buku aktiviti atau buku tulis sebab kelas ini hanya kelas sementara sahaja.
-Kelas semasa Minggu Transisi ini adalah kelas sementara sahaja; hanya selepas itu baru pelajar ditempatkan di kelas yang ditetapkan.


LINUS 2.0
---------------
-Proses ujian atau saringan terhadap pelajar Tahun Satu dalam Literasi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Numerasi Matematik.

-Saringan ini diadakan sebanyak dua kali setahun, dan diwajibkan terhadap setiap pelajar bermula dari Tahun Satu hingga Tahun Tiga. 

-Tujuannya adalah untuk mengenalpasti dan membantu memulihkan pelajar-pelajar yang menghadapi masalah 3M (Membaca, Menulis, Mengira) atau masalah lambat belajar sebelum tamat Tahun Tiga.

-Data LINUS 2.0 setiap pelajar akan direkodkan dan dikenalpasti sama ada pelajar adalah MENGUASAI atau TIDAK MENGUASAI LINUS. Jika pelajar tidak menguasai LINUS, maka ibu bapa akan dipanggil berbincang untuk menentukan tindakan pembetulan kepada pelajar tersebut.


KSSR Semakan
-------------------
-Pelajar Tahun Satu 2017 adalah pioneer untuk program KSSR Semakan ini.
-Subjek Muzik dan Pendidikan Seni Visual digabung menjadi Pendidikan Kesenian.
-Guru mata pelajaran akan membuat penaksiran sepanjang tahun terhadap pelajar dalam pelbagai aspek.
-Tujuannya adalah supaya setiap pelajar dapat mencapai standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


Itu serba sedikit yang Dura dengar masa taklimat hari tu ya. Nak tahu atau faham lebih lanjut dan lebih afdal, sila lah bertanya kepada guru-guru anak anda nanti ya hehe :)


Jam 10.00am, selesai sesi taklimat di dewan. Kami diminta pergi ke kelas di tingkat tiga berjumpa guru kelas untuk isi maklumat lengkap dalam fail peribadi pelajar serta membayar yuran persekolahan. Kalau ikutkan, yuran asal KakNgah adalah RM130+. Tapi, hari itu, pakaian sukan sekolah masih belum dapat dijual, jadi yuran yang Dura bayar tidak termasuk pakaian sukan. Tapi kalau sekalipun ada dijual, Dura tetap tak nak beli dulu sebab Dura dalam proses nak tukarkan KakNgah ke sekolah yang lebih dekat. Guru juga edarkan Borang Bantuan Am Persekolahan BaitulMal kepada ibu bapa yang layak.


BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Orientasi Tahun Satu 2017 Sekolah KakNgah | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Yuran asal di sekolah KakNgah

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Orientasi Tahun Satu 2017 Sekolah KakNgah | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Yuran yang Dura bayar, exclude pakaian sukan sebab belum ada stock.
                                                             Lepas bayar yuran, baru Dura boleh pergi ambik buku teks dan aktiviti di bilik SPBT sekolah. Untuk Tahun Satu, ada 8 mata pelajaran kesemuanya iaitu, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam, Sains, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Kesenian, dan Bahasa Arab. Haaa.. pesanan dari Guru Besar (actually dari zaman dolu lagi) bila dapat buku teks, silalah balut dengan plastik lutsinar ya. Dan.. pastikan anak-anak menjaga buku teks dengan baik, sebab tahun seterusnya, 'adik-adik' mereka pula nak pakai buku tu. Kesian nanti, bila dapat buku, semua dah lunyai sana-sini (macam buku KakLong dapat untuk Tahun Dua tu lah huhu).


BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Orientasi Tahun Satu 2017 Sekolah KakNgah | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Buku Tahun Satu 2017.
Kiri adalah buku teks (semua pelajar dapat buku baru sebab sistem baru) dan kanan adalah buku aktiviti.
KakNgah sibuk mewarna sementara tunggu Mama settlekan yuran dan buku teks. 
Kawan lain ramai dah balik :D

Lepas selesai uruskan pengambilan buku, barulah Dura boleh menjemput KakNgah di kelas untuk dibawa balik lebih kurang jam 11.00am. Bila Dura tengok, cambest juga dalam kelas tu, rasa lapang je. Tak sendat dan padat dengan kerusi meja :D


BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Orientasi Tahun Satu 2017 Sekolah KakNgah | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Selesai sudah sesi orientasi hari ni. Amacam KakNgah? Nak ke tidak sekolah kat sini?

Okeylah.. Honestly, Dura memang dah berniat dari awal, nak tukarkan sekolah KakNgah ke sekolah yang lebih dekat, tapi bukan sekolah KakLong sebab yang tu memang dah padat giler-giler punya huhu. Cuma yang lebih dekat dan takde jem bagai berbanding sekolah ni. Tapi, kalau mengenangkan situasi belajar kat sini, rasa sayang sangat nak tukar sekolah. Ye lah, walaupun sekolah ni bukan dalam kategori 'sekolah most wanted', tapi dengan 15 pelajar setiap kelas, Dura yakin dapat berikan KakNgah lebih peluang untuk fokus dan lebih maju dalam pembelajaran. Sebab KakNgah ni, sejak arwah Appa masih ada pun, dia jenis susah nak fokus dan lemah daya ingatan bila belajar. Pernah Appa sampai menggigil tahan marah bila suruh KakNgah hafaz Alif Ba Ta, tapi dia suuusaah nak ingat :(

Tapi, bila fikirkan lokasi sekolah ni yang memang jauh dari rumah dan lain hala dari sekolah KakLong, pulak tu siang malam pagi petang tak pernah tak jem.. Maka Dura rasa hilang mood pulak. Kene pulak 2017, KakNgah sesi pagi, KakLong sesi petang. Lepas tu, KakNgah hanya ada gap 1jam je sebelum mula sekolah agama. Kalau meredah jem pun dah 30minit, mana sempat dia nak makan, salin baju, rehat.. Haishh.. Ada 3 hari je lagi! Lepas tu, tak tau lah camne cerita sebenarnya atas jalan nanti huhu.. Dura 'just wait and see' je la huhu.


#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #KelabBloggerBenAshaari #KBBA9 #BloggerMalaysia #ParentingBlogger #OrientasiPelajarTahunSatu2017 #LINUS2.0 #KSSRSemakan #ProgramTransisiTigaMinggu #SekolahKebangsaanDatukKeramat1 #WAHM #IbuTunggal #AnakYatim







Labels: , ,