Novel 'Semusim Di Barzakh'

BlogDuraNorell | DuraNorellsReview | Novel Semusim di Barzakh | Blogger Malaysia | KBBA9 Kelab Blogger Ben Ashaari | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com
Alhamdulillah. Semusim Di Barzakh menjadi Novel Pilihan No 1 Pembaca!


Kepada yang belum tahu, sekarang ni memang tengah fenomena novel 'Semusim Di Barzakh' ni, sehinggakan ia menjadi Novel Pilihan No 1 di MPH Bookstore selama 3 bulan berturut-turut! Malahan, menurut penulisnya Hadi Fayyadh, sehingga bulan Disember 2016; novel 'Semusim Di Barzakh' sudah pun mencatat jualan sebanyak 53,000 naskhah! Satu jualan pencapaian yang sangat hebat untuk novel bertemakan Islamik sebegini! Tidak cukup dengan itu, MPH juga mengiktiraf novel 'Semusim Di Barzakh' sebagai Novel Best Seller 2016! Tahniah!

BlogDuraNorell | DuraNorellsReview | Novel Semusim di Barzakh | Blogger Malaysia | KBBA9 Kelab Blogger Ben Ashaari | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com
Ehemm, Dura pun dah miliki buku ni tau! Serius memang best novel ini!

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga Dura baca novel ni. Sejak novel ni keluar di suratkhabar, jenuh juga Dura cari di kedai buku kecil berhampiran rumah. Rupanya, novel ni banyak dijual di MPH Bookstore. Tapi, kalau Dura nak beli kat MPH, kene pi shopping complex pulak, jauh sikit lah. Jadi, Dura decide nak beli secara online sahaja dari MPH ONLINE. Tapi tu lah, rezeki Allah SWT dah tentukan. Belum sempat Dura nak order online, boleh pulak adik Dura si Maksu Min buat surprise hadiahkan novel ni kat Dura! Ya ampun! Sukanya Dura, berbunga-bunga hati macam dapat hadiah cekelat Ferrero Rocher pulak haha ;) Tq banyak2 Maksu! Heeee :D

Secara amnya, novel 'Semusim Di Barzakh' ini mengandungi sebanyak 299 mukasurat. Ada 21 buah subtajuk di dalamnya. Dura ambil masa 7 hari untuk habiskan baca novel ni. Sebabnya, Dura nak fahami, setiap pengisian di dalam novel ini. Lagi satu, sebab AbangYan selalu kacau hehe. So, time AbangYan ralit main atau bila dia tidur, barulah Dura dapat sambung baca novel ni. Memang ambik masa sikit ler hehe :)



Cerita tentang apa ya?
-------------------------------------

Novel ini, menggambarkan pengalaman dan perjalanan roh di alam barzakh. Kisah dan pengalaman yang digambarkan dalam novel ini,  sangat menyentuh emosi dan jiwa pembaca kerana ia menyedarkan kita sebagai umat Islam, betapa dunia ini hanya sementara dan dosa itu adalah sangat berat azab dan seksaannya. Bukan sekadar sebuah pesanan, tetapi sebagai peringatan bahawa pembalasan Allah SWT itu adalah pasti apabila tiba masa kita dipanggil untuk kembali kepadaNya. Walaupun ianya hanya setitis dosa bagi kita di dunia yang fana ini, tetapi bila tiba masa untuk perhitungan, yang setitis itu sudah cukup untuk memberikan kita azab dan seksaan yang tak terjangkal dek akal fikiran kita di dunia ini.
BlogDuraNorell | DuraNorellsReview | Novel Semusim di Barzakh | Blogger Malaysia | KBBA9 Kelab Blogger Ben Ashaari | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com
Salah satu petikan dalam novel ini yang membuatkan Dura menangis terkenangkan arwah suami.

BlogDuraNorell | DuraNorellsReview | Novel Semusim di Barzakh | Blogger Malaysia | KBBA9 Kelab Blogger Ben Ashaari | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com
Penceritaan yang sangat tersusun, menarik dan penuh emosi.

Apa perasaan dan khabar arwah Iby di sana? Dura pun tak tahu. Tetapi cebisan petikan ini, buatkan Dura menitis airmata, sebab terbayangkan betapa arwah keseorangan di sana. Sebaik berada di alam barzakh, tiada apa lagi yang boleh membantu arwah melainkan bekalan yang dikumpul semasa hayatnya di dunia ini dan doa anak-anak yang soleh. Esok lusa, kita juga akan mengalami pengalaman yang sama seperti mereka - mereka yang telah pergi mendahului kita. Sudah bersediakah kita???

BlogDuraNorell | DuraNorellsReview | Novel Semusim di Barzakh | Blogger Malaysia | KBBA9 Kelab Blogger Ben Ashaari | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com
Antara bait-bait petikan yang menyentuh hati dan perasaan Dura.


Bila Dura baca petikan ni, Dura terus teringat arwah suami. Sejak kami berkahwin 9 tahun lepas, arwah sudah banyak berubah dari baik kepada yang lebih baik. Arwah sentiasa buat solat Taubat, Tahajjud, Dhuha, solat-solat sunat yang lain, mengaji, puasa Isnin Khamis, solat berjemaah di masjid, mendengar ceramah agama waktu Subuh dan Maghrib; dan banyak lagi amalan sunat dan amal jariah yang lain. Setiap kali arwah ada di rumah, bila dengar aje laungan azan, arwah segera angkat wudhu dan terus ke masjid untuk solat berjemaah. Dapat Dura katakan bahawa, arwah sudah mula membuat persediaan mengumpul bekalan ke alam akhirat sejak 9 tahun yang lalu. Beruntungnya arwah, kerana mendapat petunjuk dan hidayah Allah SWT sedari awal lagi. Akhirnya, arwah pergi selamanya pada usia 42 tahun, di usia yang Dura dan arwah sendiri tidak pernah jangka dan terfikir untuk berpisah di dunia ini. Semoga setiap amalan arwah diberkati olehNya, dan semoga Allah perbanyakkan hisab di tangan kanannya serta arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman di syurgaNya.

Sejujurnya, membaca novel ini membuatkan Dura titiskan banyak air mata. Kerana ia juga ia mengingatkan Dura betapa 32 tahun usia Dura ini juga penuh dengan dosa. Walaupun berkali-kali kita melakukan taubat nasuha, adakah taubat kita itu diterima olehNya? Jika tidak diterima, bagaimana mungkin kita boleh lari dari azab kubur dan seksaan api nerakaNya???

Jadi, secara kesimpulannya, pada pendapat Dura, novel ini merupakan novel islamik yang patut dibaca oleh semua muslimin dan muslimat. Walaupun Dura sendiri bukanlah seorang kaki novel, tetapi naskhah ini berjaya menarik perhatian Dura untuk terus membaca dengan penuh minat sehingga ke penghujungnya. Setiap isi cerita disusun kemas dan padat, dan berjaya membuatkan pembaca merasai dan menempuh pengalaman yang penuh emosi semasa berada di alam barzakh. Pengisiannya InsyaAllah dapat memberikan kita kesedaran, pengajaran dan tauladan sebagai seorang Islam. Seandainya kita sedang kesesatan, novel ini menggarap tentang azab dan seksaan dari Allah SWT sebagai pembalasan dan perhitungan untuk setiap dosa kita. Andainya kita muslim atau muslimah tetapi masih lemah dari segi iman dan amal, novel ini kembali menyedarkan kita bahawa title 'saya beragama Islam' sahaja belum cukup untuk melayakkan kita menjadi penghuni syurgaNya. 

So, Dura berikan 5 bintang untuk novel Islamik ini. Dura dah baca.. Anda bila lagi???

BlogDuraNorell | DuraNorellsReview | Novel Semusim di Barzakh | Blogger Malaysia | KBBA9 Kelab Blogger Ben Ashaari | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com
Dapatkan sekarang di pasaran!


Psst! Jangan lupa follow instagram penulisnya sekali tau! Sebab Dura dengar, awal 2017 novel baru bakal diterbitkan bertajuk 'Ketika Azazil Berputus Asa'. Ishh, tak sabar Dura nak tunggu novel baru ni keluar :)


Facebook : Semusim di Barzakh

Instagram Penulis : @hadi_fayyadh

Pembelian : MPH Bookstore / MPH Online

Harga Novel : RM29.90 (WM) / RM31.90 (EM)



#BlogDuraNorell #DuraNorellsReview #NovelSemusimDiBarzakh #BloggerMalaysia  #ReviewNovel #KBBA9 #KelabBloggerBenAshaari #MPHMalaysia #MPHOnline



Popular posts from this blog

Whatsapp Blue Tick : Apa Maksudnya?

Yeeehuuuu!!! Dexandra Perfumes dah restocked!!

I LOVE LOVE LOVE DEXANDRA PERFUME!