Pendaftaran Sekolah Agama Untuk KakLong dan KakNgah

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Berpeluh Sakan Pasang Lego! | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Yuran Pendaftaran untuk KakLong dan KakNgah.

Semalam Dura sempat keluar sekejap uruskan pendaftaran Sekolah Agama untuk KakLong dan KakNgah. Pendaftaran mereka ini adalah sebagai pelajar baru, sebab ini kali pertama mereka bersekolah agama di situ. Sekolah Agama ini diadakan di dalam Surau yang berdekatan rumah Dura. Memang dekat sangat, berguling pun sampai haha.  

Boleh tahan juga lah yuran pendaftaran untuk 2 orang ni, total semuanya RM350+. Yuran bulanan pula RM20 sebulan. Hmm, lepas ini nak kene sediakan budget untuk yuran PIBG sekolah kebangsaan pula huhu. Walaupun KakLong dan KakNgah belajar dalam sekolah agama yang sama, tetapi sesi belajar pula berbeza. KakLong sekolah agama sesi pagi, KakNgah pula sesi petang. Sebabnya, Sekolah Kebangsaan mereka pun lain-lain sesi. Kiranya, tahun depan, Dura kena bergerak aktif lah hantar ambik anak ke 3 buah sekolah berbeza. But, I accept the challenge, mana tau, dengan cara ini Dura boleh kuruskan badan ahaha :D


Update info buku aktiviti Sekolah KakLong.
------------------------------------------------------------

Ingat tak, Dura pernah cerita pasal ke'confuse'an berkenaan buku aktiviti Tahun 2 dalam senarai buku sekolah KakLong tu. Sebabnya, buku aktiviti untuk Pendidikan Kesihatan, Bahasa Arab dan Pendidikan Muzik tiada dalam senarai buku yang diberi oleh pihak kedai buku tu. Sedangkan buku teks untuk Tahun 2 termasuk ketiga-tiga subjek di atas (boleh rujuk entry sebelumnya di SINI). 

So, semalam Dura singgah semula sekolah KakLong untuk dapatkan pengesahan daripada staff kedai buku itu. Katanya, list buku Tahun 2 yang ada di kedai buku itu adalah yang disediakan oleh guru dan disahkan oleh Guru Besar. Jadi, kalau ada buku aktiviti tiada dalam senarai buku, ianya sama ada pembelajaran adalah berdasarkan buku teks sahaja atau mungkin nanti guru akan senaraikan buku-buku tambahan yang boleh dibeli di luar sekolah. Hmm, kalau gitu, lega sikit hati. Dura dok risau kot-kot ada terlepas pandang di mana-mana aje :)



#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #TheZizisJourney #KelabBloggerBenAshaari #KBBA9 #PendaftaranTahun1 #BacktoSchool #SekolahAgama #BloggerMalaysia #ParentingBlogger #BukuSekolah





Popular posts from this blog

Whatsapp Blue Tick : Apa Maksudnya?

Yeeehuuuu!!! Dexandra Perfumes dah restocked!!

I LOVE LOVE LOVE DEXANDRA PERFUME!