Majlis Khatan 2016 Kelumpuk Kemunting Yang Meriah!

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Majlis Khatan 2016 Kelumpuk Kemunting | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Barisan 11 orang kanak-kanak yang dah ready nak berkhatan :)

Musim cuti sekolah ni, bukan setakat musim untuk kenduri kahwin aje; tapi musim berkhatan juga! Betul tak? Haa, kat kawasan rumah Dura ni pun, pada 11 Disember yang lalu, telah dilangsungkan majlis berkhatan perdana. Seramai 11 orang kanak-kanak lelaki telah menyertai acara ini. Kanak-kanak ini diarak seawal pagi dengan iringan alunan kompang gitu. Meriah sangat tau, macam kenduri kawen pulak ehehe!

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Majlis Khatan 2016 Kelumpuk Kemunting | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Ada bunga manggar, ade bunga telur, ade pengiring.
Pengantin aje takde, sebab ini majlis berkhatan, bukan kenduri kahwin :p
Seawal pukul 8.00am, Ahli Parlimen Setiawangsa iaitu YB Dato' Ahmad Fauzi Haji Zahari dan mantan Ahli Parlimen Setiawangsa iaitu YB Tan Sri Zulhasnan Rafique sudah tiba di Dewan Tan Sri Zulhasnan. Sebaik sahaja kedua-dua VIP ni tiba, maka aturcara majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Tan Sri Zulhasnan sendiri. Selepas perasmian, setiap peserta majlis berkhatan ini diberikan hamper yang mengandungi kain sarung serta tuala (untuk pakai masa berkhatan kejap lagi ler hehe). 

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Majlis Khatan 2016 Kelumpuk Kemunting | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Ketua Persatuan Penduduk Kemunting menyampaikan hamper kepada YB Tan Sri Zulhasnan sebagai cenderamata.
BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Majlis Khatan 2016 Kelumpuk Kemunting | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
YB Dato' Ahmad Fauzi yang sentiasa mesra rakyat turut hadir memeriahkan majlis :)

Selepas itu, acara pertama yang ditunggu-tunggu oleh budak-budak ini pun bermula.. Acara apa lagi? Mandi air bomba lerr hehehe
Kalau kat kampung, mesti seronok budak-budak mandi sungai sebelum berkhatan kan. Kat sini mana ler nak cari sungai yang dekat dengan rumah huhu. Jadi inisiatifnya, AJK Persatuan Penduduk Kemunting menjemput pasukan Bomba untuk berikan 'siraman air hujan' pulak sebagai ganti :D

Pasukan Bomba datang lebih kurang jam 8.30am. Tengok ler tu, kemain seronok lagi budak-budak ini dimandikan oleh pasukan bomba tu. Hilang ingatan mereka sekejap pada ketakutan nak berkhatan tu hehe. YB Tan Sri Zulhasnan dan YB Dato' Fauzi pun tidak ketinggalan nak menyertai Encik-Encik Bomba mandikan budak-budak ini dengan pili bomba tu :) Selesai mandi, sedikit jamuan pagi disediakan. 

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Majlis Khatan 2016 Kelumpuk Kemunting | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
"Cenggini caranya", kata Encik Bomba.

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Majlis Khatan 2016 Kelumpuk Kemunting | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Amboi, seronok betul bebudak ni ya, dimandikan 'air hujan' oleh dua orang YB gitu.
Enjoy lah sementara ada masa nakk oiii, jap lagi jangan nangis okes ! hehe

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Majlis Khatan 2016 Kelumpuk Kemunting | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Inilah Encik-Encik Bomba yang sudi hadir untuk memenuhi acara majlis hari ini :)

Bermula jam 9.30am, acara utama pun dimulakan, iaitu proses mengkhatankan 11 kanak-kanak tadi. Mereka berkhatan dalam dewan tertutup ye, bukan ler kat bawah khemah pulak hehe. Semestinya "No pic, please!" hehe. Doktornya dijemput dari Hospital Kuala Lumpur. Doktornya siap bagi tips dan cadangan untuk follow up untuk recovery budak-budak ni. Errr.. Harap maklum, AbangYan tidak termasuk dalam kumpulan kanak-kanak berkhatan ini kerana AbangYan masih memakai 'bodey' (panggilan kami untuk pampers selama 7 keturunan) hehe. 

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Majlis Khatan 2016 Kelumpuk Kemunting | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Ehh!!! Ade rupanya AbangYan! Ingatkan AbangYan takut nak datang, takut dikejar doktor hehe..
Sedapnya AbangYan menjamu selera dengan PakNgah dan MakNgah :)
BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Majlis Khatan 2016 Kelumpuk Kemunting | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
KakLong dan KakNgah pun ada :) Tapi diorang ni sibuk ikut opah berada di belakang tabir :)

Actually, bagus juga lah budak-budak yang berkhatan ni sebab takde yang menjerit  dan meraung bagai. Doktor dari HKL ni menggunakan kaedah laser semasa khatankan budak-budak ni. Tak sakit ke? Entah! Ada budak-budak kata sakit, ada yang tunjuk isyarat bagus aje. Wallahualam, entah camne la guna laser tu ya?. Dura pun tak pernah tengok. Disebabkan AbangYan takde kene mengena dalam kes ni, jadi takde lah Dura sibuk nak intai rupa bentuk laser tu muahaha.. Errr.. bila fikir pasal nak khatankan AbangYan selepas ini, tetiba rasa macam nak pitam pulak huhu.. Entah camne la time AbangYan nanti kan???


BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Majlis Khatan 2016 Kelumpuk Kemunting | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Haaa, inilah dia barisan "Boys to Men" yang telah selamat dikhatankan :)

Memang meriah juga lah majlis pada hari itu. Walaupun majlis ini adalah untuk kanak-kanak tersebut, tapi yang dewasa pun turut serta mewarnai majlis. Para peserta pun rasa seronok sebab dapat sertai majlis berkhatan ini beramai-ramai; "Kalau takut, kita takut sama-sama".. Gitulah kekdahnya hehe. Harap-harap, time AbangYan nanti, dapat jugalah sertai majlis berkhatan yang meriah cenggini. Almaklum, pengalaman sekali seumur hidup, tak gitu :)

Tick tock tick tock.. Majlis pun berakhir pada jam 1.30pm. Sebelum peserta dan tetamu pulang, kami dihidangkan dengan makan tengahari dahulu, kemudian barulah majlis bersurai :)



#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #TheZizisJourney #MajlisBerkhatan2016 #KBBA9 #KelabBloggerBenAshaari #BloggerMalaysia #Blogger #WAHM 


Popular posts from this blog

Whatsapp Blue Tick : Apa Maksudnya?

Yeeehuuuu!!! Dexandra Perfumes dah restocked!!

I LOVE LOVE LOVE DEXANDRA PERFUME!