Kereta Viva kesayanganku dah lama tak servis!

Blog DuraNorell | The Zizis and Me - Real Live Journey | http://dnorell.blogspot.my | KBBA9 | Email : dura.norell@gmail.com
Perodua Viva, harta peninggalan arwah suami untuk Dura. Kereta kesayangan Dura.

Kereta Viva ni memang kereta kesayangan Dura. Sebab kereta ni dah 9 tahun usianya, arwah suami yang belikan; dan kereta ni sama usia dengan perkahwinan Dura bersama arwah suami. Masa kerja dulu, kereta ni Dura bawa ulang alik dari Shah Alam ke PJ. Bila dah jadi surirumah, kereta ni juga Dura bawa ulang alik hantar dan ambik anak ke sekolah. Kereta ini juga pernah sampai Port Dickson dan Genting Highland tau! Jangan memain! :D Memang terlalu banyak lah kenangan Dura, arwah suami dan anak-anak dengan kereta ni, dan ia sangat-sangat berjasa!

Ok, berbalik kepada cerita kereta ni tadi. Walaupun ini kereta kesayangan Dura, tapi anda percaya tak, Dura tak pernah langsung .. diulang.. tak pernah langsung tengok bahagian but depan (bahagian enjin kereta ni) sejak kereta ni dibeli! Malahan, selama 9 tahun, Dura juga tak pernah langsung isi minyak kereta sendiri! Road tax? Lesen memandu Dura? Arwah yang tolong renew. Jujur, semuanya arwah suami yang buat!

Sejak kahwin, setiap kali minyak habis, Dura cakap.. 
"Iby, minyak kereta dah nak habis'. Arwah pulak akan jawab, "Okey, nanti Iby isikan". 
Bila kereta tak boleh nak start, 
"Iby, kereta rosak, tak boleh start". Arwah pun jawab "Okey, nanti Iby tengokkan".
Gitulah Dura, selama 9 tahun!

Pendek kata, Dura hanya pakai, pakai dan pakai kereta, tapi bab penjagaan dan servis tu, memang Dura tak pernah ambil tahu atau buat. Sebab apa??? Sebab masa tu, arwah suami masih ada. Kene pulak, arwah suami Dura memang jenis yang sangat bertanggungjawab dan tak suka tengok isteri susah. Jadi, selagi dia boleh tolong buat, dia akan buat. So, Dura pun apalagi, 100% bergantung pada suami lah.

Teringat dolu-dolu, masa mula-mula dapat kereta tu.. Serius, Dura dah tak ingat cara bawa kereta, sebab Dura tak pernah dapat peluang bawa kereta abah sejak dapat lesen (sebab Abah memang tak kasi bawa pun haha). So, lepas pi ambik Viva pagi tu, arwah suami terus ajar Dura bawa kereta pusing-pusing Shah Alam. Masa tu arwah siap ajar cara nak buat u-turn naik bukit dan lalu di roundabout (sebab memang itu jalan nak pi office Dura). Dan esoknya pula, Dura terus pi keje bawa kereta Viva ni! 1st day bawa kereta pi office, masa lalu kat roundabout, siap kene hon lagi dek Mercedes sebab terhegeh-hegeh nak tekan minyak dan tukar gear hehe :p 
Tapi Alhamdulillah, akhirnya, selamat juga sampai ke tempat keje :)

Blog DuraNorell | The Zizis and Me - Real Live Journey | http://dnorell.blogspot.my | KBBA9 | Email : dura.norell@gmail.com
Jangan tak percaya. Tapi memang cengginilah ghupa but depan Viva kesayanganku. Huhu 

Nak dijadikan cerita, bila arwah dah takde, Dura nak kene lah cari keje semula. So, baru teringat lesen kereta dah nak tamat bulan 10. Bila bawa pi JPJ, Dura terkejut bila staff JPJ cakap Dura dah takleh renew lesen. Dura tanya kenapa? Dia kata sebab lesen Dura dah expired sejak 4 tahun lepas! Tempoh renew hanya untuk 3 tahun sahaja. Ya ampun, jatuh terduduk Dura dengar masa tu! Camno la boleh jadi gini??? Nak nangis masa tu. So, penyudahnya, Dura kene buat rayuan semula untuk ambil ujian JPJ dan untuk dapatkan semula LESEN P! 

Tapi tu lah, hikmahnya pula, disebabkan kene ambil ujian JPJ semula, barulah Dura terhegeh-hegeh (ngata diri sendiri pulek kehkeh) nak belajar bahagian enjin sebab dalam test JPJ ada bahagian RPK untuk kereta Viva (yang ni details Dura cerita dalam post lain okeh!). So, bila Dura buka je but kereta Viva ni, ya Allah, abah pun terkezut! Macam dah pakai berkurun lama tapi tak pernah servis atau cuci! Huahuahua.. Air wiper habis langsung, air coolant pun tinggal sikit aje. Minyak hitam? Dah turun menghampiri level L, likat dan hitam berkarat pulak tu! 
Sebelum ni, arwah pernah kata, "Iby dah ganti bateri kereta ni, pakai jenis mahal sikit". Rupa-rupanya, arwah beli bateri kering. Barulah ku tau :D

Blog DuraNorell | The Zizis and Me - Real Live Journey | http://dnorell.blogspot.my | KBBA9 | Email : dura.norell@gmail.com
Cewah.. Abah macam cikgu memandu tengah kasi penerangan pasal ujian RPK pulak heheh :p
Okes, bila bawa pi workshop kereta, dengar mekanik tu bagi info keadaan sebenar kereta Viva Dura ni macam dengar penerangan doktor pasal tahap kesihatan kita pula..Mula-mula dia kata, hos coolant dah patah. Memang Dura teringat arwah suami pernah ambik dawai, katanya nak sangkut hos kat enjin. 
Lepas tu, mekanik tu sambung lagi. Absorber pun kene tukar.. bla bla bla.. pair untuk tayar dan stereng dah haus (xtau nama menatang tu apa sebenarnya).. bla bla bla.. tingkap.. aircond.. dan bermacam lagi bla bla bla. Bila dikira-kira, semua sekali makan ribu juga lah. 

Tapi, Dura tak susah pun nak buat keputusan. So, Dura cakap kat Abah, buat yang penting je dulu, kat bahagian enjin aje. Abah pun minta mekanik tu tukar minyak hitam, tambah coolant, tukar filter, cuci sikit ruangan but enjin tu.
Sebab apa? Sebab budget memang takde nak buat full service! Mau meraung poket den nanti weh! So, buat yang basic aje lah! Muahahaha :D
(Mesti mekanik tu rasa nyesal je citer pepanjang :p)

So, sebenarnya, berapa je yang Dura kene bayar tadi? 
Haha, untuk servis paling basic..
Hanya RM96.45 haha

Blog DuraNorell | The Zizis and Me - Real Live Journey | http://dnorell.blogspot.my | KBBA9 | Email : dura.norell@gmail.com
Semoga tahap kesihatan kereta Viva ku terus bertahan supaya poketku tidak meroyan huahuahua

Okey, jadilah tu untuk permulaan. Sebab ini 1st time tau Dura pi workshop kereta tanpa suami. Tapi Abah la yang teman, mana leh gi sendiri, mau nganga bila mekanik tu sebut nama pelbagai jenis menatang nanti haha

Tapi, pengajaran kat sini.
Kepada semua wanita sama ada yang masih belum bersuami, ada suami atau ibu tunggal; sila lah belajar dan ambil tahu tentang kenderaan yang anda pakai tu. Belajar-belajar lah isi minyak kereta sendiri, top up Touch N Go sendiri, pam tayar sendiri, cek minyak enjin sendiri atau; cuci kereta sendiri (yang ni bawa pi kedai pun takpe, murah je hehe). 

Sebab apa? 
Sebab, kita tak pernah tahu masa depan kita. Belum tentu lagi insan yang kita sayang akan berada bersama dengan kita hingga ke tua, atau untuk tolong kita uruskan pelbagai perkara selamanya. Sebab ajal maut tu sentiasa berada dekat dengan kita. Jadi, sementara ada peluang, belajar2 lah untuk lebih berdikari, supaya anda sebagai wanita lebih bersedia untuk menghadapi apa juga dugaan yang datang dari Allah SWT nanti :)

Jangan jadi macam Dura, masa sebelum kawen, manja dengan Mak Abah. Dah kawen manja dengan suami. Bila suami tinggalkan Dura untuk selama-lamanya, Dura sudah berusia 32 tahun. Tetapi, sejujurnya, di usia inilah Dura baru nak belajar berdikari, malahan kena belajar pikul tanggungjawab yang sangat besar, untuk sara dan besarkan 3 orang anak sendirian. Percaya atau tidak?
Tapi itulah yang sebenarnya.
Boleh bayangkan situasi dan perasaan Dura sekarang?
Jadi, ambil lah kisah ini sebagai pengajaran dan jadikan tauladan.



#BlogDuraNorell #BloggerMalaysia #DuraNorellsJourney #KBBA9 #MalaysianWAHM


Popular posts from this blog

Whatsapp Blue Tick : Apa Maksudnya?

Yeeehuuuu!!! Dexandra Perfumes dah restocked!!

I LOVE LOVE LOVE DEXANDRA PERFUME!