Dulu setem 30 sen, sekarang 80 sen?

Dah 10 tahun kot, Dura tak beli setem ;p
                                               
Seperti yang sedia maklum, Dura kan tengah cari kerja sekarang ni. Jadi ada beberapa company yang Dura minat nak mohon perkerjaan. Ada yang kita boleh mohon secara online aje. Dan ada pulak yang minta pemohon poskan resume beserta salinan sijil-sijil akademik dan kurikulum yang telah disahkan.

So, tadi Dura sempatlah singgah Pejabat Pos sekejap, nak beli setem. Actually, Dura tak tau nak beli setem berapa sen. Staff tu kata, normally surat biasa, RM80 sen. Klo resume dan sijil bawah 200g, lebih kurang RM1. Terkezut gak tadi, sebab last Dura pos kad raya, guna setem 30 sen je. Rupanya dah lama giler zaman tu berlalu. Dah 10 tahun agaknya hoho ;0 So, Dura beli lah setem RM1 sebanyak 5 keping, setem 80 sen sebanyak 5 keping (3 keping Dura terus guna untuk pos tadi hehe). 

Tadi Dura buat poslaju sekali untuk satu dokumen, pakai envelop size A4 yang ada bubble wrap di dalamnya. Staff tu kata, mahal sikit envelop tu, RM4.50. Mula-mula, masa kira-kira pakai paler otak, total harga poslaju + setem, macam., okeylah, bolehlah tu. Sekali, bila nak bayar, "Semua sekali RM21.45 ye puan".. Gulppp, apo hal tadi den macam kiro lain yo? Rupo-rupo eh.. den lupo. Envelop bubble tu hargo lain, cas kos Poslaju hargo lain. Pulak tu, ado GST 6% lagi.
Meraung jap poket den tadi :D
Uhuk uhuk


#BlogDuraNorell ##DuraNorellsJourney #MalaysianBlogger #KBBA9 #PosMalaysia #Poslaju



Popular posts from this blog

Whatsapp Blue Tick : Apa Maksudnya?

Yeeehuuuu!!! Dexandra Perfumes dah restocked!!

I LOVE LOVE LOVE DEXANDRA PERFUME!