Bantuan 'Back to School 2016' oleh UMNO Wangsa Maju dan Setiawangsa

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Sumbangan Back to School 2016 oleh UMNO WangsaMaju dan Setiawangsa | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Bergambar jap selepas daftar nama kekakaks. Yang kat belakang kami tu 
masih beratur panjang. Phewww! 

Jumaat 23hb Dec 2016 baru-baru ini, Dura dan anak-anak hadiri Majlis Sumbangan Back to School yang dianjurkan oleh UMNO Wangsa Maju dan Setiawangsa. Actually, Dura pun tak alert pasal bantuan-bantuan macam ni, sebab ianya jenis AdHoc (tiba-tiba aje ada). Tapi wakil Wanita Umno di bahagian perumahan kami ni sentiasa berkhidmat untuk bantu ibu tunggal dan anak-anak yatim; maka nama KakLong dan KakNgah dimasukkan sebagai penerima bantuan kali ini. Sebelum ni Dura dan anak-anak menerima bantuan dari Ketua Wanita UMNO Setiawangsa sendiri, berupa barangan dapur dan sedikit sumbangan wang 😊Syukur, Alhamdulillah, rezeki untuk anak-anak yatim 😊

Berbalik pada acara Back to School yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 1 ini, acara bermula jam 3.30pm. Masa Dura sampai jam 2.30pm, kene beratur dulu untuk pendaftaran di khemah yang disediakan. Bahagian Wangsa Maju, tak berapa panjang barisannya. Tetapi untuk bahagian Setiawangsa, maaak oihhhh. Penuh sesak macam kat pasar malam huhu. Mujurler barisan Dura tu cepat geraknya. Kalau tak, mau lenguh kaki menanti turn. Bila dah daftar, anak-anak yang terima bantuan diberikan tag peserta, dan perlu duduk di bawah Khemah Utama, tempat perasmian bakal berlangsung. Ibu bapa kene duduk luar hemah hehe. Tapi tiba-tiba, hujan turun lebat giler. Apa lagi, berlari lah para ibu bapa ke dewan sekolah bersebelahan Khemah Utama tuπŸ˜€.

Ingatkan majlis akan ditangguhkan sebab hujan lebat, tapi kuasa Allah SWT, pukul 3.30pm tu, hujan berhenti, YB pulak dah sampai. Apalagi, mari kita teruskan acara hehe. Majlis ini dirasmikan oleh YB Khairy Jamaluddin, iaitu Menteri Belia dan Sukan. Kehadiran beliau pada hari itu bukan setakat untuk merasmikan Back to School aje, tetapi juga untuk merasmikan Maskot Temasya Sukan SEA 2017 yang bakal menyaksikan Malaysia sebagai tuan rumah acara gemilang tersebut. Malaysia memilih harimau sebagai maskot, yang diberi nama RIMAU πŸ˜†  Patutlah Dura nampak RIMAU dok atas pentas, ingatkan ade persembahan ala-ala CERIA POPSTAR hehe 😜 Dan, slogan Sukan SEA 2017 pula adalah 'Bangkit Bersama'. Kata YB KJ, slogan itu dipilih supaya 2017 dapat menjadi tahun kebangkitan atlet-atlet Malaysia selepas pencapaian cemerlang di Sukan Olimpik dan Paralimpik 2016. Malaysia, Fighting😊

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Sumbangan Back to School 2016 oleh UMNO WangsaMaju dan Setiawangsa | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
"Seterusnya, dijemput YB Khairy Jamaluddin untuk memberikan ucapan perasmian".
Perghh, bersemangat orang tepuk tangan bila dengar nama YB KJ ni huhu

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Sumbangan Back to School 2016 oleh UMNO WangsaMaju dan Setiawangsa | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Memperkenalkan RIMAU, Maskot Malaysia untuk Sukan Sea 2017 nanti πŸ˜˜

Lepas ucapan perasmian YB untuk Back to School dan Maskot Sukan SEA 2017, maka acara utama pun berlangsung iaitu penyerahan beg berserta kelengkapan sekolah kepada para pelajar. Sempat juga lah Dura snap dua tiga keping gambar majlis hari tu, walaupun kelam kabut dengan hujan dan AbangYan yang kejap ngantuk, kejap lapar, kejap nak didukung πŸ˜‚

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Sumbangan Back to School 2016 oleh UMNO WangsaMaju dan Setiawangsa | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Walaupun terpaksa bersesak-sesak, YB KJ tetap turun padang untuk agihkan sendiri bantuan
beg dan peralatan sekolah kepada para pelajar.
BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Sumbangan Back to School 2016 oleh UMNO WangsaMaju dan Setiawangsa | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Banyak lagi beg nak diagihkan ni, tapi YB maintain cool, ceria dan sporting.

Acara selesai jam 4.30pm. Sebelum balik, kami diberikan bungkusan hidangan petang berupa mihun goreng, kuih karipap dan air mineral. Sampai aje rumah, dua serangkai (KakLong dan KakNgah) rupanya tengah kelaparan, masing2 habiskan 2 bungkus mihun goreng. Nasib baik Dura ambik 5 bungkus, dapatler AbangYan isi perut sebungkus. Mama dan Opah tengok aje, tak makan pun hehehe πŸ˜œ

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Sumbangan Back to School 2016 oleh UMNO WangsaMaju dan Setiawangsa | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Masing-masing tak sabar nak ambik gambar dengan beg baru.
AbangYan bad mood sebab tak dapat beg dan sebab kelaparan πŸ˜

Sumbangan Back to School kali ini, Dura bersyukur dan puji sangat-sangat lah. Yang pertama, bak kata YB KJ, beliau hanya berikan notis 5 hari sahaja kepada UMNO Wangsa Maju & Setiawangsa untuk adakan majlis ini. Dura sendiri pun dapat pengesahan berkenaan lokasi majlis sehari sebelum ianya diadakan. Nasib baik dekat aje huhu. Yang keduanya, beg sekolahnya pun cantik sangat lah haih.. gambar RIMAU gitu, warna pun striking, menarik minat budak2. KakLong dan KakNgah sampai tak bagi AbangYan sentuh beg ni, takut rosak katanya. Sayang punya pasal kat beg barunya huhu. Tapi, kene letak nama kat beg2 ni, takut tertukar pulak kat sekolah, almaklum, berapa ratus pelajar yang dapat beg cenggini pada hari itu, kan? Heheh πŸ˜†


BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Sumbangan Back to School 2016 oleh UMNO WangsaMaju dan Setiawangsa | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Haa, ni lah dia beg dan kelengkapan sekolah bertemakan Sukan SEA 201U 😊
Untung KakLong dan KakNgah duduk lain baris, dapat beg lain-lain color πŸ˜†




#BlogDuraNorell #TheZizisJourney #BantuanBackToSchool2016 #SukanSEA2017 #SukanParaAsean2017 #SukanSEAKualaLumpur2017 #MaskotSukanSea2017Rimau #KBBA9 #KelabBloggerBenAshaari #BloggerMalaysia #ParentingBlogger #WAHM

Popular posts from this blog

Whatsapp Blue Tick : Apa Maksudnya?

Yeeehuuuu!!! Dexandra Perfumes dah restocked!!

I LOVE LOVE LOVE DEXANDRA PERFUME!