Azharina Juara Gegar Vaganza 3!

Sumber pic : Google

Yang sebetulnya, Dura tak mengikuti program Gegar Vaganza 1 dan 2 langsung. Sebab arwah suami pun tak berapa minat program cenggitu. Gegar Vaganza 3 (GV3) pula, Dura tonton bermula episod ke 3 dan seterusnya. Itupun sebab sekarang ni, dah tinggal di rumah emak huhu ..Tapi nama-nama artis dalam tu memang Dura familiar jugalah, cuma lagu2 hits depa tu, bila depa nyanyi, barulah Dura "Ooh, tu lagu dia rupanya" hoho

Berbalik kepada program GV3 ni, sejak episod awal lagi, Dura rasa macam Azharina, Siti Sarah atau Intan Sarafina layak ke peringkat akhir. Yang lelaki, Dura rasa Ameng dan Zarul lah. Tapi kalau kata Juara, Dura agak yakin Azharina lah orangnya. Sebabnya, setiap kali dia nyanyi, semacam ada aura gitu, buatkan orang kata 'Wow!' :)

Malam tadi, masa final, Dura sokong Azharina, mak pulak sokong Siti Sarah hehe
Kebetulan, Maksu Min dah balik Uitm Pahang pagi semalam. Jadi mak pun jadi reporter dalam group whatsapp family kitorg untuk laporkan status persembahan terkini kepada Maksu Min kehkehkeh .. Kemain lagi Mak :p
Dan.. Rupa-rupanya.. Juara Gegar Vaganza 3 adalah milik.. Azharina! Yeay!!! Hehe
Jangan marah ye Mak :p

Tetapi, last nite, memang mantop dan tiptop nyanyian kesemua peserta akhir. Kira berbaloilah menonton untuk peringkat final. Nabil dan Jihan pun siap dapat anugerah Pengacara Paling Hot dari DSV gitu.. terkezut opocot depa bila DSV panggil depa ke atas pentas.. depa ingat anugerah tu main2 aje hehe

Yang paling superletopss, persembahan tetamu undangan Dato' Siti Nurhaliza dan Dato' Jamal Abdillah. Perghh, walaupun dah berdekat dalam industri seni, tapi suara dan aura persembahan memang THORRBAIK! Bila dengar nyanyian mereka last nite, teringat Dura di zaman mooda rumaja dolu dolu huhuhu ;D

Well, tahniah kepada mereka semua, semuanya terbaik di bidang mereka ;)



#BlogDuraNorell #DuraNorell #BloggerMalaysia #KBBA9 #AstroChanel

Popular posts from this blog

Whatsapp Blue Tick : Apa Maksudnya?

Yeeehuuuu!!! Dexandra Perfumes dah restocked!!

I LOVE LOVE LOVE DEXANDRA PERFUME!