3 serangkai enjoy tengok movie 'Moana'

Last nite, adik Dura (Maksu Min) dan adik ipar Dura (MakNgah Hani) bawa anak-anak Dura yang 3 serangkai ni pi tengok movie di Aeon Setiawangsa. Berkobar-kobar bebudak ni tunggu MakNgah nya datang ambik kat rumah.
Sebab MakNgah balik keje, kene pi Cheras dulu ambik kengkawan 3 serangkai ni, kemudian baru ler buleh tengok movie sama-sama :)
Lepas Isyak aje, KakLong, KakNgah dan AbgYan dah bersiap tunggu MakNgah datang.
Kejap-kejap tanya kat Mama, "Mama, mana MakNgah ni.. lambat lagi ke" huhu..

Jam 9.30pm, MakNgah pun sampai kat parking rumah Dura bersama-sama anak2 jirannya a.k.a kengkawan 3 serangkai ni heee. 
So, Maksu pun turun ler dengan budak-budak ni, naik kereta dan terus ke Aeon Setiawangsa.
Rupanya movie 'Moana' start jam 9.35pm. Apalagi, MakNgah dan Maksu terus bergegas beli tiket dan terus bawa bebudak ni masuk dalam panggung wayang.
Budak-budak punya tiket harga RM9.00.
Dewasa pulak RM17.00.
AbgYan punya.. takyah bayar sebab duduk atas riba Maksu heheh


Dalam panggung wayang, Maksu kata.. bebudak ni kusyuk tengok movie tu.
Memula Dura risau juga nak kasi AbgYan ikut sama, sebab dia tak pernah pergi tengok wayang. Takut dia nangis je kat dalam tu, kot terkejut tengok orang ramai lepas tu tiba-tiba lampu padam pulak huhu

Tapi Maksu kata, AbgYan bagus. Tak nangis langsung. Siap tanya Maksu, "Maksu, nape tu? Ape tu?" Sebab dia nak fahamkan cerita heheh
Kanak-kanak rebina yang lain, macam biasa lah, enjoy the movie sampai habis :)
Dura tak ikut depa pi sana.
So Dura pesan-pesan kat Maksu suruh tengok-tengokkan 3 serangkai ni.





Lepas habis tengok movie, barulah depa bergambar kat luar panggung wayang, sebab tadi tergesa-gesa masuk hehe
Tengok muka AbgYan, suka buat muka selamba bila ambik gambar.
Tapi bila balik rumah, tak sabar-sabar dia cerita kat Dura "Mama, Mama, Mama.. tadi Abang tengok tv besar.. cerita Moana.. ade kawan ramai.. lampu padam..." 
Actually, dorang sampai rumah pukul 12.15am, Dura pun ngantuk tunggu dorang balik hihi

Kalau ikutkan 3 serangkai ni, takmo lagi tidur tu.. Tapi Dura cakap, "Ok, kita tidur dulu. Dah malam sangat dah ni. Esok Abang, KakLong dan KakNgah cerita kat Mama lagi, ya".
Dura tepuk-tepuk punggung AbgYan, terus dia tidur.
KakLong dan KakNgah pun, lepas salam, cium tangan minta ampun dan baca doa; letak je kepala atas bantal terus tidur. Penat dan ngantuk punya pasal.
Nasib baik tak tidur dalam panggung wayang tadi :p

So, harini bebudak ni seronok lah tengok movie dengan kengkawan, MakNgah dan Maksu :)
Walaupun Dura tak dapat pi bersama, tapi bila anak2 happy, Dura rasa cukup happy :)




#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #BloggerMalaysia #TheZizisJourney #KelabBloggerBenAshaari #KBBA9





Popular posts from this blog

Whatsapp Blue Tick : Apa Maksudnya?

Yeeehuuuu!!! Dexandra Perfumes dah restocked!!

I LOVE LOVE LOVE DEXANDRA PERFUME!