Plan Thorrbaik Opah Untuk 3 Serangkai


BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Plan Thorrbaik Opah Untuk 3 Serangkai | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Barisan 3 serangkai yang asik wondering "Bila lah dapat naik bas dan LRT ni?"

Memang 3 serangkai tak pernah naik bas, teksi atau LRT. That's for sure! 
Sebab Dura sendiri pun dah 9 tahun tak gunakan mana-mana perkhidmatan awam, which is sejak kahwin lagi hehe😀

Nak dijadikan cerita.. Ada suatu hari tu, Dura nak kene naik teksi pi uruskan pertukaran sekolah KakLong sebab masa tu arwah suami baru meninggal dunia. Dura pulak, lesen kereta dah mati yang tak boleh nak hidup dah (dah 4 tahun expired huhu). Jadi, penyudahnya, kene lah naik teksi pi Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Lumpur (PPDKL) tu.

Masa nak pergi PPDKL tu, Dura bawa AbangYan sekali sebab pagi tu dia dah nangis-nangis nak ikut Dura. KakLong dan KakNgah masih tidur, jadi depa tinggal di rumah dengan Opah.
Masa hari nak naik teksi tu.. sedang elok je Dura buka pintu teksi, AbangYan boleh meraung sekuat hati cakap "Mama, Abang tak nak masuk! Jom balik! Jom balik!!!". 
Ya ampun! Bukan itu aje, sepanjang perjalanan masa naik teksi tu, dia boleh meraung ketuk2 cermin teksi pakai tangan "Mama, jom keluar! Abang nak balik!". 
Aduhhhhh! Nape la AbangYan cenggini sekali? Seb bek la PakCik Teksi tu cool aje, sebab dia pun ade cucu kuat nangis katanya..


Opah plan baikkk punyerrr!
-------------------------------------

Bila Opah dapat tahu AbangYan nangis naik teksi, Opah pun kata "Cian cucu Opah. Takpe, nanti Opah bawa cucu-cucu Opah naik bas dan keretapi laju ya". Sebabnya, kat rumah Mak ni, memang dekat sengat dengan stesen LRT dan Bas pun senang sangat nak dapat :)

So, Opah pun buat plan baikkk punya..
Opah kata "Kita keluar naik bas sampai stesen Putra LRT Setiawangsa. Lepas tu kita naik sampai stesen terakhir. Lepas tu kita patah balik sampai stesen Setiawangsa balik. Lepas tu terus balik rumah naik bas".
Haha, simple punya plan Opah buat kan??? Tapi, betul ke boleh jadi simple cenggitu???


BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Plan Thorrbaik Opah Untuk 3 Serangkai | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Muka puas hati, dapat naik bas tadi :p
Pada hari kejadian (heheh), Opah, Maksu dan 3 serangkai pun keluar rumah jam 11.30 am. Dura tak pergi, sebab masih dalam edah. So, Dura tunggu di rumah aje lah. Tunggu punya tunggu, dekat pukul 4.00pm baru depa balik.

Dura pun tanya lah, naik tren je kot, apesal sampai lama bonar? Macam bershopping pulak kekdahnya???
Mak pun jawab "Mula-mula ingat nak naik sampai stesen last. Tapi budak-budak pulak nak turun jalan-jalan. Kitorang pi Pasar Seni, jalan-jalan kejap kat situ. Lepas tu pergi pulak ke Hari-Hari, singgah lagi. Lepas tu jalan-jalan pulak kat Petaling Street. Lepas tu pi makan jap. Lepas tu jalan kaki balik ke stesen Pasar Seni. Kemudian baru balik rumah".


BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Plan Thorrbaik Opah Untuk 3 Serangkai | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
1st time naik tren laju. Seb bek AbangYan tak nangis macam dalam teksi hari tu :p

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Plan Thorrbaik Opah Untuk 3 Serangkai | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Suka sungguh dapat kuar jalan-jalan :)

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Plan Thorrbaik Opah Untuk 3 Serangkai | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Menikmati pemandangan dari atas stesen PUTRA LRT.

BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Plan Thorrbaik Opah Untuk 3 Serangkai | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Ewah ewah AbangYan.. kalau ada kekakaks dia, baru dia 'hidup'. Kalau tak, meraung la gamaknya :D

Hahaha, gitulah kekdahnya bila bawa budak-budak. Lain kita plan, sampai sana jadi lain pulak. Itu pun Mak kata budak-budak 2 rangkai ni (KakLong dan KakNgah) dok ngendeng kat Opah, "Opah, takde nak beli pa pe pa pe (apa-apa) ke?" Tapi mata bebudak ni dok lah melirik pada jam-jam tangan kat stall tepi jalan tu. Nampak baju princess pun mata dah terbuntang nak beli huhu.. Tapi seb bek Opah pandai pujuk, "Kita balik dulu. Len kali kita keluar naik tren lagi Opah belikan" hehehe


BlogDuraNorell - The Zizis and Me | Plan Thorrbaik Opah Untuk 3 Serangkai | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com | Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA9 | Blogger Malaysia | WAHM
Bersama dengan Opah kesayangan :)

Tapi Opah kata, budak-budak ni memang bagus, terutama sekali AbangYan. Masa mula-mula naik bas, AbangYan takut, terus duduk atas riba Opah, then peluk Opah kuat-kuat. Seb bek tak nangis. Tapi, bila turun je dari bas kat Stesen Putra LRT tu, 'hidup' terus dia. Hahah.. So, pada hari itu, 3 serangkai dapat lagi satu pengalaman baru, which is naik bas dan tren PUTRA LRT :)



#BlogDuraNorell #TheZizisJourney #KelabBloggerBenAshaari #KBBA9 #TrenPutraLRT #OutdoorActivity #AktivitiCutiSekolah #FunHolidays #WAHM #BloggerMalaysia


Labels: , , , , , ,