Surah amalan setiap hari

Sumber gambar : Google

Semakin usia kita bertambah, semakin kita mendekati akhirati dan menjauhi duniawi.
Antara amalan yang boleh kita amalkan setiap hari untuk menambah bekalan akhirat adalah mengaji AlQuran.
Bayangkan, sedangkan kita pandang AlQuran pun dapat pahala, inikan pula jika kita membaca setiap helaian di dalamnya :)
Tidak dapat banyak, sikit pun jadilah kita baca setiap hari.

Jadi, Dura nak share, surah-surah yang Dura amalkan membaca setiap hari :
1) Surah Yaasin
2) Surah Al-Waqiah
3) Surah Al-Mulk
4) Surah As-Sajadah
5) Surah Al-Kahfi

Surah Yassin, Al-Mulk, As Sajadah dan Al-Kahfi biasanya Dura baca selepas solat Maghrib. 
Surah Al-Waqiah pula selepas solat Sunat Tahajjud atau Solat Subuh.
Tapi, kalau anda nak baca ikut waktu yang anda free pun boleh, asalkan membaca, yer dak ;)

Surah-surah ni antara surah yang digalakkan untuk diamalkan setiap hari untuk membuka rezeki selain sebagai bekalan di alam barzakh nanti.

Diharap kita semua mendapat manfaat daripada amalan membaca AlQuran setiap hari.
Amin :)


Labels: , ,