Posts

Showing posts from November, 2016

Rezeki di petang hari :)

Image
Alhamdulillah. Petang ni, kami jamu selera dengan jagung rebus, pemberian jiran sebelah. Saja dia beri, sambil2 sedekah untuk anak2 yatim (anak2 Dura), katanya. Kene pulak petang ni sejuk hujan renyai-renyai, perut pun berkeroncong aje. Dapat makan jagung tengah panas ni, memang nikmat rasanya.
Alhamdulillah, rezeki datang dari Allah SWT :)

Tasbih, Tahmid, Takbir, Tahlil dan Istighfar setiap hari

Image
Salam Subuh semua :)
Pagi ni Dura nak share pula amalan lisan atau zikir yang kita boleh amalkan setiap hari. Tak susah pun.. Anda boleh amalkan baca setiap kali lepas solat Fardhu. Kalau tak sempat, sambil-sambil bersiap nak pi keje, tengah tunggu bas, atau tengah stuck di jem atau sementara tunggu nak mulakan kerja di ofis; anda boleh juga amalkan baca zikir-zikir ni. 
Ade 5 zikir utama yang Dura selalu amalkan iaitu : 1) Tasbih : Subhanallah (33×) 2) Tahmid : Alhamdulillah (33×) 3) Takbir : Allahuakbar (33×) 4) Tahlil : Lailahaillah (33×) 5) Istighfar : Astaghfirullahalazim (33×)
Zikir-zikir ni jika kita amalkan baca setiap hari, bukan sekadar dapat menambah pahala amalan kita, bahkan boleh memberikan ketenangan dan rasa syukur selain merasa nikmat kecukupan dengan rezeki Allah SWT.
Nampak macam banyak, tapi sebenarnya, sekejap aje, bila kita bacanya. Tak ambil masa lama pun. Cubalah amalkan. Semoga setiap kita mendapat manfaat daripadanya :) Amin.

Surah amalan setiap hari

Image
Semakin usia kita bertambah, semakin kita mendekati akhirati dan menjauhi duniawi. Antara amalan yang boleh kita amalkan setiap hari untuk menambah bekalan akhirat adalah mengaji AlQuran. Bayangkan, sedangkan kita pandang AlQuran pun dapat pahala, inikan pula jika kita membaca setiap helaian di dalamnya :) Tidak dapat banyak, sikit pun jadilah kita baca setiap hari.
Jadi, Dura nak share, surah-surah yang Dura amalkan membaca setiap hari : 1) Surah Yaasin 2) Surah Al-Waqiah 3) Surah Al-Mulk 4) Surah As-Sajadah 5) Surah Al-Kahfi
Surah Yassin, Al-Mulk, As Sajadah dan Al-Kahfi biasanya Dura baca selepas solat Maghrib.  Surah Al-Waqiah pula selepas solat Sunat Tahajjud atau Solat Subuh. Tapi, kalau anda nak baca ikut waktu yang anda free pun boleh, asalkan membaca, yer dak ;)
Surah-surah ni antara surah yang digalakkan untuk diamalkan setiap hari untuk membuka rezeki selain sebagai bekalan di alam barzakh nanti.
Diharap kita semua mendapat manfaat daripada amalan membaca AlQuran setiap ha…

Zikir Pagi

Image
Mari kita amalkan zikir ini sebagai amalan harian. Semoga ia membantu menambah pahala sebagai bekalan ke akhirat.