Posts

Showing posts from 2016

Sumbangan 'Back to School' oleh Masjid Muadz Bin Jabal di Setiawangsa

Image
Alhamdulillah. Hari ni, sekali lagi rezeki untuk KakLong terima bantuan Back to School. Kali ni program ni dianjurkan oleh pihak pengurusan Masjid Muadz Bin Jabal yang terletak di Taman Setiawangsa. Kesemua penerima bantuan ini dambil daripada senarai-senarai pelajar-pelajar asnaf di kawasan perumahan sekitar Setiawangsa, Keramat Wangsa dan Keramat Permai. Senarai nama penerima disediakan oleh Masjid-masjid dan surau-surau dari kawasan perumahan tersebut.
Majlis ni dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa iaitu Dato' Fauzi Zahari. Sebelum ini pun Dato'Fauzi telah memberikan bantuan 'Back to School' nya sendiri (Parlimen Setiawangsa) berupa beg sekolah dan wang saku RM100 kepada lebih 1000 penerima; yang mana KakLong juga merupakan salah seorang penerima melalui pihak sekolahnya. Dan pada kali ini, bantuan yang KakLong terima adalah berupa beg sekolah dan voucher buku bernilai RM75. Alhamdulillah, dapat jugalah Dura belikan buku latihan di rumah untuk KakLong dan KakNga…

Bantuan Am Persekolahan Baitulmal

Image
Masa orientasi Tahun Satu baru-baru ini, ibu bapa dimaklumkan bahawa ada beberapa jenis bantuan dari kerajaan yang diberikan kepada pelajar sebagai 'Bantuan Am Persekolahan'. Yang ini autocalculated dalam sistem, jadi kita tak boleh nak mohon. Hanya pelajar dari keluarga kurang berkemampuan sahaja yang layak menerima bantuan ini. Jika layak, ibu bapa akan dimaklumkan berkenaan bantuan ini.

Selain itu, ada juga Bantuan Am Persekolahan Baitulmal untuk fakir miskin atau asnaf. Yang ini, ibu bapa boleh mohon jika rasa layak. Borang permohonan boleh diperolehi dari guru Baitulmal sekolah anak anda. Isikan borang dengan lengkap dan kemudian serahkan semula kepada guru tersebut. Tetapi, kelulusan permohonan dibuat oleh pihak Baitulmal lah ye :)

So, Dura pun ambik borang, nak try mohon untuk KakNgah kot-kot layak. Rupanya, bantuan Baitulmal ni ada disediakan di setiap sekolah. Jadi, untuk KakLong punya, Dura kene mohon melalui sekolah dia pulak lah. Sebab kat setiap borang permohonan ad…

Buku Sekolah Tahun Satu Untuk KakNgah

Image
Masa orientasi semalam, KakNgah dapat sekali buku teks dan buku aktiviti. So, di sini, Dura tunjukkan buku-buku untuk pelajar Tahun Satu 2017. Semangat sikit nak haplod sebab tahun 2017 semua pelajar dapat buku baru haha :D

Buku Teks --------------- Ada 8 matapelajaran, 9 buah buku teks : -Bahasa Melayu -Bahasa Inggeris -Bahasa Arab -Matematik (ada 2 jilid) -Sains -Pendidikan Islam -Pendidikan Jasmani dan Kesihatan -Pendidikan Kesenian (Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual digabungkan jadi satu subjek sahaja).




Buku Aktiviti ---------------- Ada 6 matapelajaran, 9 buah buku aktiviti : -Bahasa Melayu (2 jilid) -Bahasa Inggeris (2 jilid) -Bahasa Arab -Matematik (2 jilid) -Sains -Pendidikan Islam




Buku Tulis dan buku tambahan -------------------------------------------- Bilangan buku tulis ni bergantung pada sekolah lah ya :) Macam KakNgah, Dura kene beli sebanyak 22 buah buku tulis.  Buku tambahan pulak hanya Buku Perlaksanaan Solat sahaja. Jadi, harga buku yang Dura bayar adalah RM35.30 aje :)

Selesai Orientasi Tahun Satu 2017 di Sekolah KakNgah :)

Image
Sesi orientasi hari ini bermula jam 8.00am. Hanya Dura, KakLong, KakNgah dan Abah aje yang pergi. AbangYan kene tinggal di rumah dengan Opah; kalau dia ikut, abes dia buat perangai kalau dah bosan tunggu lama dalam dewan nanti! Actually sekolah ini jauh dari rumah Dura. So, kitorang gerak awal pukul 7.00am. Tapi, boleh lak kitorang sampai sana jam 7.10am! Ala-ala student terbaik baik je datang awal kann? Hehe. Baru perasan, minggu ni ramai orang balik kampung, sebab tu jalan tenang dan lengang :) So, kitorang pekena roti canai dulu as a breakfast, Abah belanja haha :D

Jam 7.30am, kitorang masuk dewan sekolah tempat taklimat bakal berlangsung. Dura daftarkan nama KakNgah di meja pendaftaran luar dewan, dapatkan tag nama sementara untuk KakNgah dan beli lencana 2 helai untuk dijahit di tudung nanti. Sambil-sambil tu, kami diminta isi borang kaji selidik berkenaan dengan sesi pembelajaran dan komunikasi ibu bapa bersama anak di rumah. 


Then, jam 8.45am baru majlis dimulakan. Selepas selesa…

Pendaftaran Sekolah Agama Untuk KakLong dan KakNgah

Image
Semalam Dura sempat keluar sekejap uruskan pendaftaran Sekolah Agama untuk KakLong dan KakNgah. Pendaftaran mereka ini adalah sebagai pelajar baru, sebab ini kali pertama mereka bersekolah agama di situ. Sekolah Agama ini diadakan di dalam Surau yang berdekatan rumah Dura. Memang dekat sangat, berguling pun sampai haha.  
Boleh tahan juga lah yuran pendaftaran untuk 2 orang ni, total semuanya RM350+. Yuran bulanan pula RM20 sebulan. Hmm, lepas ini nak kene sediakan budget untuk yuran PIBG sekolah kebangsaan pula huhu. Walaupun KakLong dan KakNgah belajar dalam sekolah agama yang sama, tetapi sesi belajar pula berbeza. KakLong sekolah agama sesi pagi, KakNgah pula sesi petang. Sebabnya, Sekolah Kebangsaan mereka pun lain-lain sesi. Kiranya, tahun depan, Dura kena bergerak aktif lah hantar ambik anak ke 3 buah sekolah berbeza. But,I accept the challenge, mana tau, dengan cara ini Dura boleh kuruskan badan ahaha :D

Update info buku aktiviti Sekolah KakLong. ---------------------------------…

Berpeluh sakan pasang LEGO!

Image
Masa pi MYDIN USJ baru-baru ini, KakLong dan KakNgah sempat juga grab 2 kotak Lego tema 'Fairyland' dan 'City' untuk dipenuhkan dalam troley kitorang yang sememangnya dah terlebih muatan tu. AbangYan pula dah tak mau yang lain, nak yang Classic Train Locomotive tu juga lah! Disebabkan sudah terlalu lama dorang berangan-angan nak main benda-benda ini, which is sejak arwah Appa masih ada.. So, Dura tunaikan juga hajat dorang ni. Kasi chance sebelum sesi persekolahan bermula :)
Berpeluh sakan pasang Lego! ---------------------------------------------

Nasib baiklah AbangYan pilih choo choo train. So, senang aje nak pasang, sebab ia ada railway dan locomotivetrain aje. Tak sampai 10 minit, ready to play. Cuma yang slack nya, Dura boleh lupa beli bateri kat MYDIN semalam! Adoyaiii! Jenuh selongkar semua laci dalam rumah nak mencari 6 biji bateri AA. Malangnya, dapat jumpa 4 biji bateri aje. Terpaksa lah AbangYan menahan sabar menanti esok. Sebab, keesokan harinya baru PakNgah b…

Terima kasih PUNB!

Image
Ini memang betul-betul rezeki kami anak-beranak!
Honestly, Dura tak pernah tahu berkenaan zakat PUNB dan, tak pernah terfikir pun jika Dura ini masih layak untuk terima bantuan zakat dari Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) ini! Mana taknya, apa yang Dura fikirkan; business loan under PUNB pun Dura masih belum habis bayar lagi, takkan lah PUNB nak beri bantuan zakat pula! 
Tapi itulah namanya R.E.Z.E.K.I.. Rezeki dari Allah SWT, dari ATAS sana untuk anak-anak yatim si 3 serangkai ini.
Kisahnya bermula bila Dura info berkenaan kematian arwah suami sebagai rekod informasi kepada pihak PUNB. Bila pegawai yang uruskan account business loan Dura tu dapat tahu, beliau terus bantu Dura untuk mohon bantuan zakat dari PUNB pula. Masa tu, Dura rasa syukur sangat-sangat, sebab Dura dapat berurusan dengan pegawai yang baik, bertanggungjawab dan sangat bertimbangrasa.
Lebih kurang 2 minggu selepas itu, Dura dapat call dari pegawai PUNB dari bahagian pengurusan zakat pula. Kata pegawai itu, belia…

Bantuan 'Back to School 2016' oleh UMNO Wangsa Maju dan Setiawangsa

Image
Jumaat 23hb Dec 2016 baru-baru ini, Dura dan anak-anak hadiri Majlis Sumbangan Back to School yang dianjurkan oleh UMNO Wangsa Maju dan Setiawangsa. Actually, Dura pun tak alert pasal bantuan-bantuan macam ni, sebab ianya jenis AdHoc (tiba-tiba aje ada). Tapi wakil Wanita Umno di bahagian perumahan kami ni sentiasa berkhidmat untuk bantu ibu tunggal dan anak-anak yatim; maka nama KakLong dan KakNgah dimasukkan sebagai penerima bantuan kali ini. Sebelum ni Dura dan anak-anak menerima bantuan dari Ketua Wanita UMNO Setiawangsa sendiri, berupa barangan dapur dan sedikit sumbangan wang 😊Syukur, Alhamdulillah, rezeki untuk anak-anak yatim 😊
Berbalik pada acara Back to School yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 1 ini, acara bermula jam 3.30pm. Masa Dura sampai jam 2.30pm, kene beratur dulu untuk pendaftaran di khemah yang disediakan. Bahagian Wangsa Maju, tak berapa panjang barisannya. Tetapi untuk bahagian Setiawangsa, maaak oihhhh. Penuh sesak macam kat pasar malam h…