Rendang Tok Versi Ayam


RendangTok Versi Ayam- http://dnorell.blogspot.com
Rendang Tok Versi Ayam.
Ni Mak Dura yang masak bersempena Raya Haji :)

Bahan
1kg ayam (potong kecil-kecil)
2 cawan santan pekat (1 biji kelapa)
1/2 cawan kerisik
3 sudu besar gula merah
3 keping asam keping
Daun kunyit (koyakkan)
Garam


Bahan Mesin
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
25 biji cili kering
20 biji bawang merah
5 cm halia
5 batang serai
3 cm lengkuas


Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik, dan asam keping dalam kuali.
2. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak.
3. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, asam keping dan kerisik. Kacau rata.
4. Masakkan lagi sehingga naik minyak dan cukup pekat. (Sebaiknya keringkan sikit rendang ni).
5. Hidangkan.

Note: Gula merah tu membuatkan rendang nampak lebih gelap macam rendang tok selalu kita tengok kat tv tu







Popular posts from this blog

Whatsapp Blue Tick : Apa Maksudnya?

Yeeehuuuu!!! Dexandra Perfumes dah restocked!!

I LOVE LOVE LOVE DEXANDRA PERFUME!