Hikmah dan Fadhilat Ibadah Korban

Masjidil Haram, Makkah
Gambar: Masjidil Haram, Makkah


Rasanya belum terlambat Dura ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha 1435H kepada umat Islam seluruh Malaysia dan seluruh dunia. Cuti umum macam ni Dura selalu balik rumah emak dan meluangkan masa bersama family. So kurang berkesempatan update blog.

Last nite Dura sempat menonton 30 min bersama Ustaz Don. Beliau menyentuh tentang mengapa kita bersungguh melaksanakan ibadah korban sedangkan ia hanya sunat muaqqad sahaja, bukannya wajib seperti ibadah solat, puasa dan haji. Mengapa pentingnya ibadah qorban ini dalam diri kita sebagai umat Islam?


Hikmah Korban

-1-
Ibadah yang terbaik untuk kita lebih bertaqwa dan mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Tiada satu pun amalan manusia yang lebih disukai Allah SWT pada hari AidilAdha selain daripada ibadah qorban ini. Ia tanda kita bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat pemberianNya.

-2-
Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

-3-
Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.


Fadhilat Korban

-1-
Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

-2-
Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

-3-
Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)


Justeru itu, semoga kita sebagai muslimin dan muslimat dapat merasai hikmah dan memperolehi fadhilat ibadah korban ini. Paling penting, dekatkan diri dan bertaqwa kepada Allah SWT, laksanakan yang wajib, amalkan yang sunat dan jauhi yang dilarangNya.


Sumber: 
30 minit Ustaz Don
http://www.islam.gov.my/

Popular posts from this blog

Whatsapp Blue Tick : Apa Maksudnya?

Yeeehuuuu!!! Dexandra Perfumes dah restocked!!

I LOVE LOVE LOVE DEXANDRA PERFUME!