Aku ade Rheumatoid Arthritis (Radang Sendi) ke?

Last nite, tengah potong kain nak buat baju budak2 tiga serangkai ni, tiba-tiba rasa jari-jemari macam melekat kat gunting, rasa macam urat tegang pastu macam kebas-kebas menyucuk-nyucuk. Tapi bukan setakat jari yang pegang gunting tu aje, semua jari tangan!

Biar betoi! Sepuluh jari ni membengkak tiba-tiba! Berlaku sekelip mata, nak kata bengkak dan kebas sebab pegang gunting lama, padahal baru potong kain 3 helai, pastu sebelah tangan aje pegang gunting.. tapi memang cuak betul malam tadi. Hubby keje. Budak-budak pulak dah tido, jadi Dura sorang-sorang terkial-kial bertanya diri sendiri: Ade kene gigit serangga ke tadi? Tapi takkan semua jari pula yang bengkak?


Gambar hiasan.
Ampun maaf Dura tak dapat letak gambar sendiri sebab takde sape nak tolong ambikkan gambar. Anak-anak dah tidur, hubby keje. Nak selfi tangan sendiri tak dapat, jari bengkak takleh genggam atau pegang benda. Tapi cenggini la jari-jemari Dura last nite, serius bengkak dan kulit tegang!

Curious betul apa masalah dengan jari ni? So, bangun pagi ni, Dura search di gugel dengan carian 'jari tangan bengkak tiba-tiba'. Ada banyak website listed, tapi rata-rata memberikan info yang sama iaitu Rheumatoid Arthritis (RA) atau Radang Sendi! What?? So, di bawah adalah salah satu daripada website yang beri maklumat gejala tentang RA ni

Rawat masalah radang sendi atau arthritis dengan Jus Alkali Himax5 - SMS.Whatsapp.Telegram 0173640593 Dura
Maklumat lanjut, boleh dapatkan dari http://efarmasi.com.my

Sedikit kesimpulan tentang Rheumatoid Arthritis (RA) Dura simpulkan seperti di bawah:


Apa itu Rheumatoid Arthritis:
Sejenis penyakit auto-imun yang menyebabkan kecelaruan daya pertahanan, di mana badan menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi dalam tubuh badan sendiri. Jika tidak dirawat dengan baik, boleh menyebabkan kecacatan pada sendi.


Punca dan Risiko Rheumatoid Arthritis:
◆Puncanya penyebab masih belum diketahui
◆Wanita 30-50 tahun mempunyai kekerapan 3x ganda untuk menghidap penyakit ini berbanding lelaki
◆Bukan faktor diwarisi atau sejarah keluarga tetapi ada gen-gen yang cenderung beri risiko untuk hidap penyakit ini.


Gejala Rheumatoid Arthritis:
◆sendi bengkak berlaku 30min atau lebih
◆sendi yang terlibat: jari, pergelangan tangan, tangan dan kaki
◆rasa seperti urat jari atau sendi tegang atau keras
◆rasa berdenyut, panas, mencucuk atau kebas pada atau hujung jari atau tubuh
◆biasanya berlaku awal pagi atau sebaik bangun tidur
◆otot lenguh bila berada dalam satu posisi untuk masa yang lama
◆masalah ini berulang di tempat sama
◆badan atau otot cepat letih atau penat


Cara atasi penyakit Rheumatoid Arthritis:
◆turunkan berat kepada ideal jika obes atau gemuk
◆makan makanan seimbang untuk kekalkan berat ideal
◆buat proses detoks iaitu buang asid dan toksin dalam tubuh yang menjadi punca banyak penyakit
◆mandi air suam setiap pagi untuk rehatkan otot dan sendi
◆selang-selikan waktu kerja-rehat untuk otot yang terkena RA
◆amalkan senaman ringan yang melibatkan sendi seperti berenang, berbasikal dan lain-lain untuk melancarkan aliran darah dan menguatkan otot serta tulang


Rawatan penyakit Rheumatoid Arthritis:
◆tiada ubat khusus yang boleh merawat RA
◆jika merasa sakit, dapatkan ubat tahan sakit, ubat sapu atau yang berkaitan daripada doktor
◆fisioterapi atau pembedahan (jika kronik/saranan doktor)


Cara Mengesan Rheumatoid Arthritis:
◆Ujian darah untuk memeriksa faktor rheumatoid
◆Ultrasound Muscular Sceletol
◆pengimbas magnetik (MRI)
◆Xray sendi

Rujuk 3 jenis arthritis lain (Osteoarthritis, Arthritis Oleh Jangkitan Kuman, dan Gout) di http://hpd.moh.gov.my/v1/modules/news/article.php?storyid=38


Memang simptom yang sama with mine. So, apa yang Dura buat?
★Dura minum segelas air masak yang dititis dengan 11 titis Jus Alkali Himax5 last nite.
★Titiskan beberapa titis jus alkali atas tapak tangan dan sapu rata perlahan-lahan ke semua jari dan tapak tangan.


Alhamdulillah, Subuh ni, bangun, tangan masih ade rasa macam sedikit sengal, tapi takde lagi tegang urat atau menyucuk, dan bengkak dah surut, cuma belah kanan masih ada rasa 'macam jari gemuk' bila digenggam. Tapi by the time Dura buat entry ni, Alhamdulillah, dah sembuh semula tangan, syukur padaMu Ya Allah.


Jari dah pulih dari kesan Rheumatoid Arthritis

Ni gambar tapak tangan dan jari Dura pagi ni, KLong tolong ambikkan gambar ;)

Apa yang penting sekarang, kena jaga kesihatan dan pemakanan dengan baik. InsyaAllah dapat elak risiko menghidap mana-mana penyakit. So, mungkin Dura sendiri kurang bersenam, makan pun siap supper sekali. Almaklum, dok kat umah, jalan 2 3 langkah jumpa sofa, duduk.. Jalan pi dapur 2 3 langkah, jumpa meja makan, duduk, makan lagi.. jumpa katil, tido pulak.. Lewat malam, tgk cerita Runningman sambil makan burger 2 biji.. Hadoi!! Lagi mau terkezut terkujat bila sakit cenggini huhu.. Bahagia betul hidupku kan?? Bersenang-lenang sampai dapat penyakit pun senang.. huhu..


Labels: ,