Posts

Showing posts from October, 2014

Sewing Project: Done Anna Elsa Frozen Inspired Dress Project..

Image
Remember Dura punya #SewingProject Frozen Inspired Dress Elsa dan Anna? Last week dah siapkan untuk KNgah punya dress, Anna Dress. This week KLong punya pulak, Elsa Dress. Dorang nak sebijik sebijan macam dalam gambo kat atas neh.. Hui hui.. Mama boleh aje usahakan design yang sama ... Tapi kalau nak sebijik sebijan kaler dan coraknya.. kene minta pulus lebih arr kat Appa.. Haha.. Jawapan Appa senang aje.. Kalau beli kain mahal-mahal kali ni, hujung tahun depan baru jahit baju baru lagi ahahah.. Tahu dah... :)


Dalam otak dah pikir design nak dibuat. So, pi Nagoya cari satin dark blue dan turquoise; balik rumah geledah lemari cari selendang lama kaler black dan white.. Perfect!! Memang itu yang Dura cari haha.. So, macam di atas lah ghupenya bila dah jahit.. Back costume (kain labuh kat belakang tu) untuk Anna, Dura memang taknak buat.. KNgah memang takkan pakai pun.. Yang KLong punya memang ada sayap kat belakang nye tuh.. Dah try amik pic, tapi kaler lam gambar jd tak cantik, kabur sa…

Info Bulan Muharram

Image
----------------------- Bulan Muharram -----------------------
MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia d…

Resepi : Spaghetti Bolognese Prego - Cepat Dimasak, Sedap Dimakan!

Image
Kali ni resipi paling simple tapi sedap.. tak sampai 15minit boleh siap dah.. Yang tak rajin masak, tak tahu masak, tak sempat nak masak pun boleh masak resipi ni.. Hehe

Resepi Spagetti Bolognese Prego

Bahan-bahannya:

1 paket spagetti (direbus dalam air garam mendidih - garam untuk memberikan sedikit rasa shj)
1 tin sos spagetti Prego (300ml)
10 biji cendawan butang
1/2 paket daging kisar 
Optional carrot, cili api, capsicum, sayuran lain, hotdog

Cara Membuatnya:

(a) Spagetti

1- Didihkan air dalam periuk besar.
2- Masukkan spagetti dalam air didih 5-7 minit atau sehingga ia lembut (lembut macam mi selalu kita masak tu).
3- Toskan spagetti.

(b) Sos Prego

1- Tumiskan daging kisar hingga 1/2 masak.
2- Masukkan cendawan butang.
3- Masukkan Sos Spagetti Prego
4- Optional - Masukkan carrot, cili api, capsicum, sayuran lain dan hotdog.
5- Masak hingga menggelegak, kemudian tutup api.
6- Tuangkan sos ke atas spagetti yang telah direbus tadi.
7- Tabur sedikit parutan keju parmesan di atasnya (jika suka)

Sumber res…

10 Orang Terkaya di Malaysia 2014: Siapa Individu Muslim di Tangga Pertama?

Image
Sebut pasal kaya, pasti ramai orang suka. Listed below adalah 10 individu terkaya di Malaysia 2014.. Tapi siapakah individu muslim yang berjaya menakhluki carta ini?
-10- Datuk Mokhzani Mahathir -Naib Pengerusi Eksekutif SapuraKenchana Petroleum -Memiliki kekayaan RM4.22b
-9- Puan Seri Lee Kim Hua -Kumpulan Genting -Memiliki kekayaan RM7.47b
-8- Tan Sri Lim Kok Thay -Kumpulan Genting -Memiliki kekayaan RM9.43b
-7- Tan Sri Syed Mokhtar -Memiliki Yayasan Bukhary -Memiliki kekayaan RM11.07b
-6- Tan Sri Lee Shin Cheng -101 groups -Memiliki kekayaan RM13.12b
-5- Tan Sri Quek Leng Chan -Hong Leong Group -Memiliki kekayaan RM14.11b
-4- Tan Sri Teh Hong Piow -Tokoh Perbankan Public Bank -Memiliki kekayaan RM18.07b
-3- T. Ananda Krishnan -Ahli perniagaan -Memiliki kekayaan  RM33.19b
-2- Tan Sri Robert Kuok -Hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong -Kekal individu paling kaya, memiliki kekayaan RM54.48b

TEMPAT PERTAMA
Orang yang mengerjakan SOLAT SUNAT DUA RAKAATsebelum solat Subuh -Memiliki kekayaan seluruh dunia dan segala…

Anna Frozen Inspired Dress for Kak Ngah

Image
Assalam. Wah.. Dah few days tak update blog. Gara-gara nak siapkan juga baju Anna Frozen inspired untuk KNgah. Sian anak-anakku, dah dekat sebulan minta Mamanye buatkan dress Anna dan Elsa.. Tapi nak wat camne, Mamanye jadi kura-kura progress slow, takleh jadi The Snail is Fast sebab bila nak masuk bilik jahit aje, AbgYan dah meraung taknak kene tinggal kat hall. Terbantut usaha and mood Mama nak...huhu


So, inilah dia hasil jahitan Dura untuk my lovely KNgah.. Anna Frozen inspired dress.. Actually nak jahit dress ni so easy.. Semudah 1 2 3 sahaja. Cuma time Dura nak jahit, I really need to sew in a good mood.. Otherwise, akan ada ajelah salah jahit, salah cantum.. Ended up dengan tetas balik jahitan sambil titiskan air mata sebab buat mende yang paling mencik sekali! huhu 

Oops..lupa pulak.. tang dada black color tu Dura pakai shawl yang tsimpan lama lam lemari. Tak pernah pakai sebab tak reti pakai shawl ni. So, reuse untuk jadi bling-bling kat dress KNgah.. hehe So, time good mood, Du…

Cara Padam Image Lokasi Rumah Anda Dari Google Instant Street View

Image
Sejak dua menjak ni agak kecoh juga di facebook bila Google Malaysia umumkan tentang Instant Google Street View ni. Perhaps anda sudah tahu tentang aplikasi ini. Bagi yang tak tahu, Instant Google Street View ni terdapat dalam Google yang berfungsi untuk mendapatkan gambaran dan maklumat lengkap tentang jalanraya, lokasi, kedudukan dan imej sebenar tempat yang kita nak tahu tentangnya. Pendek kata, boleh 'melancong secara online' aje. 
Yang tak bestnya, bukan setakat tempat-tempat pelancongan aje yang kita boleh nampak, tetapi rumah tempat kita berlindung dan berehat pun termasuk sekali dalam google view ini. Sangat tidak cool dan tidak okey for me. Jadi, jika anda pun rasa sama macam saya, tak mahu lokasi dan imej rumah anda terdedah ke serata dunia, anda boleh padam imej tersebut mengikut langkah-langkah di bawah:
-1-
-2-
-3-
-4-


SELESAI.



*Walaupun ini adalah Google 'Instant' Street View, tetapi bila nak men'delete' rumah anda dari data tu bukan secara 'Instant&…

Hikmah dan Fadhilat Ibadah Korban

Image
Rasanya belum terlambat Dura ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha 1435H kepada umat Islam seluruh Malaysia dan seluruh dunia. Cuti umum macam ni Dura selalu balik rumah emak dan meluangkan masa bersama family. So kurang berkesempatan update blog.

Last nite Dura sempat menonton 30 min bersama Ustaz Don. Beliau menyentuh tentang mengapa kita bersungguh melaksanakan ibadah korban sedangkan ia hanya sunat muaqqad sahaja, bukannya wajib seperti ibadah solat, puasa dan haji. Mengapa pentingnya ibadah qorban ini dalam diri kita sebagai umat Islam?


Hikmah Korban

-1-
Ibadah yang terbaik untuk kita lebih bertaqwa dan mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Tiada satu pun amalan manusia yang lebih disukai Allah SWT pada hari AidilAdha selain daripada ibadah qorban ini. Ia tanda kita bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat pemberianNya.

-2-
Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

-3-
Menana…

Rendang Tok Versi Ayam

Image
Bahan 1kg ayam (potong kecil-kecil) 2 cawan santan pekat (1 biji kelapa) 1/2 cawan kerisik 3 sudu besar gula merah 3 keping asam keping Daun kunyit (koyakkan) Garam

Bahan Mesin 2 sudu besar ketumbar 1 sudu besar jintan manis 1 sudu besar jintan putih 1 sudu besar lada hitam 3 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 25 biji cili kering 20 biji bawang merah 5 cm halia 5 batang serai 3 cm lengkuas

Cara 1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik, dan asam keping dalam kuali. 2. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak. 3. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, asam keping dan kerisik. Kacau rata. 4. Masakkan lagi sehingga naik minyak dan cukup pekat. (Sebaiknya keringkan sikit rendang ni). 5. Hidangkan.
Note: Gula merah tu membuatkan rendang nampak lebih gelap macam rendang tok selalu kita tengok kat tv tu

Sumber resepi: http://hanieliza.blogspot.com




Peluang Terbuka Mendapat Keredhaan Allah SWT Dalam Mencari Rezeki dan Kehidupan Seharian

Image
Fadhilat Solat Dhuha:
~ Allah SWT mencukupkan segala keperluannya sepanjang hari
Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

~ Merupakan solat bagi orang yang bertaubat:
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mengerjakan Solat Dhuha istiqamah, nescaya akan diampuni dosanya oleh Allah SWT sekalipun dosanya itu sebanyak buih di lautan"


~ Pintu yang membawa ke syurga

Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)

~ Tanda kita mensyukuri setiap pemberian dan nikma…

Aku ade Rheumatoid Arthritis (Radang Sendi) ke?

Image
Last nite, tengah potong kain nak buat baju budak2 tiga serangkai ni, tiba-tiba rasa jari-jemari macam melekat kat gunting, rasa macam urat tegang pastu macam kebas-kebas menyucuk-nyucuk. Tapi bukan setakat jari yang pegang gunting tu aje, semua jari tangan!

Biar betoi! Sepuluh jari ni membengkak tiba-tiba! Berlaku sekelip mata, nak kata bengkak dan kebas sebab pegang gunting lama, padahal baru potong kain 3 helai, pastu sebelah tangan aje pegang gunting.. tapi memang cuak betul malam tadi. Hubby keje. Budak-budak pulak dah tido, jadi Dura sorang-sorang terkial-kial bertanya diri sendiri: Ade kene gigit serangga ke tadi? Tapi takkan semua jari pula yang bengkak?



Curious betul apa masalah dengan jari ni? So, bangun pagi ni, Dura search di gugel dengan carian 'jari tangan bengkak tiba-tiba'. Ada banyak website listed, tapi rata-rata memberikan info yang sama iaitu Rheumatoid Arthritis (RA) atau Radang Sendi! What?? So, di bawah adalah salah satu daripada website yang beri maklumat…