Visiting My Mom In Law (MIL)



Alhamdulillah.. today awal pagi pi visit MIL kat Selayang. Yang bestnya bila dihidangkan dengan my favo Crunchy Caramel Sunflower Seed atau nama omputehnya Biskut Karamel Kuaci Rangup.. SIL yang buat hihi.. 

Biasanya yang jual kat luar either Karamel Almond atau Karamel Nut aje kan.. yang ni kuaci semata-mata.. Serius tak Dura xdapat berhenti makan, u olls.. Sedappp sangat! Nak buat sendiri takde chance (my sewing project pun dah tertangguh!). Last-last MIL bekalkan sebalang penuh bawa balik , haha.. Dura terima dengan hati berboonga-boonga, ye lah sape yg nak kasi free crunchy cenggini, kat luar RM25 untuk saiz 1/2 balang Dura ni tau! ;p


Bukan setakat tu aje, siap ade dodol buatan sendiri, jajan untuk my dotters yang dipek cantik sorang satu (rajinnye Mak!), and Oat Choco yang tengah popular sekarang ni.. That's why visiting my Mom and MIL masih buatkan Dura rasa macam balik kampung even kat Selayang and KL aje.. Sebab tiap kali balik mesti bawa bekalan dari 'kampung'.. and I'm really love and started to miss them now! ;( Thanks moms!!



So, kat sana KakLong and KNgah seronok main dengan sepupu, Nana, putih comel sebaya KNgah, 4thn. Mula-mula masing-masing dok awkward sebab dah lama tak jumpa.. But once Nana bawa keluar peti harta karun toys dia tuh, haa.. barulah hilang segan masing-masing heheh.. AbgYan.. sibuk melekat kat Mama, sampai nak borak dengan Nenek (MIL) pun tak sonang.. AbgYan ni suka2 dia je time nak wat perangai tak kira tempat! Huhu



Elok je time nak bertolak balik, kat car park, KNgah pula boleh tersadung atas jalan.. Mama and Appa tak pasan langsung sebab berlaku sekejapan. Dalam kereta Appa tanya apsal KNgah diam je ni? Then barulah KNgah tunjuk knee dia luka dan sakit.. Hai la anak.. Boleh pulak diam2 sendiri kaki dah luka gitu ;/ Then, balik rumah Mama sapu Jus Alkali Himax5 kat luka KNgah. InsyaAllah, luka kering cepat sebab ini penawar berasaskan Air ZamZam; diyakini mampu merawat 1001 penyakit, dengan izin Allah SWT.

Popular posts from this blog

Whatsapp Blue Tick : Apa Maksudnya?

Yeeehuuuu!!! Dexandra Perfumes dah restocked!!

I LOVE LOVE LOVE DEXANDRA PERFUME!