Posts

Showing posts from 2014

Wow wee.. Mama seriously busy!!!

Image
Assalamualaikum semua.. Waaaa.. kali ni memang Dura really really really busy.. 

1st sebab business lah op kos.. Dura dah create new biz Instagram dan Fb Page untuk business. Apart of it, Dura nk built e-commerce untuk customer beli secara online. Ye lah, ada customer suka tanya: ada catalog tak nak tengok2? Bila soh tengok kat IG, katanya payah nk refer one by one camtu. So, as an alternative, Dura own an e-commerce store; tapi yang harunyer, sampai la ni tak sempat nak buat sebab masa masih belum mengizinkan especially dengan AbgYan yang tangannye suka benau mencekau keyboard ni huhu.. tak jadi semua keje Mama ni time AbgYan bangun tidur.
Tapi apa-apa pun, u olls boleh follow biz Dura di: IG : theglitzbeauty Fb Page: http://facebook.com/theglitzbeauty G+: +TheGlitzBeauty Norell E-store: http://theglitzbeauty.com (yang ni memang belum bergerak lagi)

Sebut pasal AbgYan.. My bujang baby boy ni baru aje sambut birthday 1 thn. Tak sangka sungguh, dah setahun Mama jaga AbgYan.. sambut bd…

Zumba Dance: Syok Menari Sambil Turunkan Berat Badan

Image
Lately ramai pulak yang berkongsi pasal Zumba Dance ni kat Facebook. So, today Dura nak share juga lah dalam blog ni. Actually Dura dah lama minat nak menari Zumba neh.. Tapi bila nak start buat aje kene tunggu mood sampai.. Jadi sampai ke sudah mood tak sampai-sampai.. 
"Zumba is a dance fitness program created by Colombian dancer and choreographer Alberto "Beto" Perez during the 1990s. Zumba involves dance and aerobic elements. Zumba's choreography incorporates hip-hop, soca, samba, salsa, merengue and mambo. Squats and lunges are also included.
Part of the Zumba programs' popularity can be explained by its adoption by celebrities. Jennifer Lopez, Jackie Chan and Kirstie Alley are known to take Zumba classes. Other celebrity fans of Zumba include Eva LaRue, Jennifer Love Hewitt, Natalie Portman, Emma Watson, Victoria Beckham, Halle Berry, Toni Braxton, Nicky Hilton, Shakira and Wyclef Jean." " -Wikipedia-
Sampailah.. Bebaru neh.. saje dok gugel-gugel you…

AbgYan's Reading Corner..

Image
Lama nyee tak update pasal AbgYan.. Rindu nak tengok AbgYan dalam blog Mama hehe...
Ada satu hobi AbgYan yang Mama sukeeee sangat tengok.. AbgYan suka 'membaca' di Reading Corner, khas Mama buat untuk AbgYan.. Kocik aje tempatnye, kat corner tepi pintu aje. Tapi.. Percaya atau tidak.. Setakat ni AbgYan tak pernah miss visit his Reading Corner daily ;)
Dalam satu hari, kalau bukan sekali, mesti dua tiga kali dia dok situ 'baca' buku.. Walaupun time Mama tengah masak, kalau sampai mood AbgYan nak baca buku, time-time tu lah dia punggah abes semua buku, belek one by one.. Dah abes belek, AbgYan sambung men toys pulak huhu.. Bila Mama tengok buku AbgYan bersepah aje, Mama tau dah.. AbgYan 'dah baca buku tadi'. Sampai KLong asik mengadu aje: "Mama, Abg ni suka sangat sepahkan buku".. hehe.. Takpe.. Bagus lah tu.. Mama doakan semoga berkekalanlah hobi AbgYan ni ye cayang Mama. Sebab Kakaksnye masa kocik pun tak camni huhu.
Amin..

Tazkirah Jumaat: Nasihat Kubur

Image
Nasihat Kubur:
1). Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD
2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM.
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.
4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikkan maka racunilah ia dengan amal SEDEKAH.
5). Aku yang menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT.
6). Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA.
7). Aku adalah Munkar & Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyakkan mengucap Kalimah "LAILAHAILALLAH"


~Jika bermanfaat kepada anda, sampaikanlah ilmu ini kepada yang lain kerana ia mungkin bermanfaat untuk mereka juga~

Whatsapp Blue Tick : Apa Maksudnya?

Image
Hi, readers dan customers.. Few days tak update blog. Budak-budak tiga serangkai demam + selsema + batuk. Now, Dura pula batuk.. ohok ohok ohok.. dengar kan, tengah batuk la ni hoho ;p 
Ok, tengah dok tak sihat ni, terkezoot bila tengok kat Whatsapp chat ada warna biru macam kat bawah ni :

Selalunya ada dua tanda tick aje, yang tu fahamlah: 1 tick = mesej dah dihantar 2 ticks = meset dah sampai  (tapi tak boleh agak receiver dah baca ke belum)
Selidik punya selidik, barulah tau, maksud biru tu pula seperti di bawah: 
Personally, Dura 50-50: agree and disagree. 
Kalau setakat antara ahli keluarga, sangat agree. Especially kat hubby. Selalu Dura bising pasal ni ler. Meset dah bertanda DUA ticks, tinggal nak reply OK je. Tapi hubby tak reply. Bila tanya, dia kata keje dah start, so tak sempat nak baca, maka tak der lah reply. Hmm, memandangkan masa tu tak boleh nak cek, terima dan hadam aje lah labu hoho! So, now, no more excuses ye darling ;p Biru means Read (or Ignored) haha!
Tapi kalau bab bus…

Celebrating 30 series ;)

Image
Semalam, hari Jumaat yg paling best.. nape? Sebab semalam was my bday heheh.. Kene pulak hubby off day, mmg syiok arr jadi bday mom ;) Haha, macam ye ye aje kan?
So, tqvm kepada Mak Abah sebab besaukan Dura dari kecik sampai besau. Dari zaman susah hinggalah zaman moderate ni. Even my parents still take care of me macam remaja yg ada anak kecik haha.. Camne tu.. But I just love it.. Nikmatilah kasih sayang parents selagi mereka ada.. Somehow Dura sendiri rasa mcm budak kecik lagi.. yang sebenarnya manja.. heheh


To my hubby juga, tqvm for all by my side all the time.. Kami dah lalui banyak zaman bersama. Dari moderate ke zaman senang, pastu alami pulak zaman kejatuhan sampailah zaman kebangkitan semula ni.. Alhamdulillah, kami sentiasa hadapi bersama dengan tenang. Syukur sangat-sangat padaMu Ya Allah. Satu yang paling penting Dura belajar dari hubby is, future is something we can never predict. Tapi satu aje kita boleh buat untuk dapatkan best future, sentiasa dekatkan diri dan hambakan…

Sewing Project: Done Anna Elsa Frozen Inspired Dress Project..

Image
Remember Dura punya #SewingProject Frozen Inspired Dress Elsa dan Anna? Last week dah siapkan untuk KNgah punya dress, Anna Dress. This week KLong punya pulak, Elsa Dress. Dorang nak sebijik sebijan macam dalam gambo kat atas neh.. Hui hui.. Mama boleh aje usahakan design yang sama ... Tapi kalau nak sebijik sebijan kaler dan coraknya.. kene minta pulus lebih arr kat Appa.. Haha.. Jawapan Appa senang aje.. Kalau beli kain mahal-mahal kali ni, hujung tahun depan baru jahit baju baru lagi ahahah.. Tahu dah... :)


Dalam otak dah pikir design nak dibuat. So, pi Nagoya cari satin dark blue dan turquoise; balik rumah geledah lemari cari selendang lama kaler black dan white.. Perfect!! Memang itu yang Dura cari haha.. So, macam di atas lah ghupenya bila dah jahit.. Back costume (kain labuh kat belakang tu) untuk Anna, Dura memang taknak buat.. KNgah memang takkan pakai pun.. Yang KLong punya memang ada sayap kat belakang nye tuh.. Dah try amik pic, tapi kaler lam gambar jd tak cantik, kabur sa…

Info Bulan Muharram

Image
----------------------- Bulan Muharram -----------------------
MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia d…

Resepi : Spaghetti Bolognese Prego - Cepat Dimasak, Sedap Dimakan!

Image
Kali ni resipi paling simple tapi sedap.. tak sampai 15minit boleh siap dah.. Yang tak rajin masak, tak tahu masak, tak sempat nak masak pun boleh masak resipi ni.. Hehe

Resepi Spagetti Bolognese Prego

Bahan-bahannya:

1 paket spagetti (direbus dalam air garam mendidih - garam untuk memberikan sedikit rasa shj)
1 tin sos spagetti Prego (300ml)
10 biji cendawan butang
1/2 paket daging kisar 
Optional carrot, cili api, capsicum, sayuran lain, hotdog

Cara Membuatnya:

(a) Spagetti

1- Didihkan air dalam periuk besar.
2- Masukkan spagetti dalam air didih 5-7 minit atau sehingga ia lembut (lembut macam mi selalu kita masak tu).
3- Toskan spagetti.

(b) Sos Prego

1- Tumiskan daging kisar hingga 1/2 masak.
2- Masukkan cendawan butang.
3- Masukkan Sos Spagetti Prego
4- Optional - Masukkan carrot, cili api, capsicum, sayuran lain dan hotdog.
5- Masak hingga menggelegak, kemudian tutup api.
6- Tuangkan sos ke atas spagetti yang telah direbus tadi.
7- Tabur sedikit parutan keju parmesan di atasnya (jika suka)

Sumber res…

10 Orang Terkaya di Malaysia 2014: Siapa Individu Muslim di Tangga Pertama?

Image
Sebut pasal kaya, pasti ramai orang suka. Listed below adalah 10 individu terkaya di Malaysia 2014.. Tapi siapakah individu muslim yang berjaya menakhluki carta ini?
-10- Datuk Mokhzani Mahathir -Naib Pengerusi Eksekutif SapuraKenchana Petroleum -Memiliki kekayaan RM4.22b
-9- Puan Seri Lee Kim Hua -Kumpulan Genting -Memiliki kekayaan RM7.47b
-8- Tan Sri Lim Kok Thay -Kumpulan Genting -Memiliki kekayaan RM9.43b
-7- Tan Sri Syed Mokhtar -Memiliki Yayasan Bukhary -Memiliki kekayaan RM11.07b
-6- Tan Sri Lee Shin Cheng -101 groups -Memiliki kekayaan RM13.12b
-5- Tan Sri Quek Leng Chan -Hong Leong Group -Memiliki kekayaan RM14.11b
-4- Tan Sri Teh Hong Piow -Tokoh Perbankan Public Bank -Memiliki kekayaan RM18.07b
-3- T. Ananda Krishnan -Ahli perniagaan -Memiliki kekayaan  RM33.19b
-2- Tan Sri Robert Kuok -Hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong -Kekal individu paling kaya, memiliki kekayaan RM54.48b

TEMPAT PERTAMA
Orang yang mengerjakan SOLAT SUNAT DUA RAKAATsebelum solat Subuh -Memiliki kekayaan seluruh dunia dan segala…

Anna Frozen Inspired Dress for Kak Ngah

Image
Assalam. Wah.. Dah few days tak update blog. Gara-gara nak siapkan juga baju Anna Frozen inspired untuk KNgah. Sian anak-anakku, dah dekat sebulan minta Mamanye buatkan dress Anna dan Elsa.. Tapi nak wat camne, Mamanye jadi kura-kura progress slow, takleh jadi The Snail is Fast sebab bila nak masuk bilik jahit aje, AbgYan dah meraung taknak kene tinggal kat hall. Terbantut usaha and mood Mama nak...huhu


So, inilah dia hasil jahitan Dura untuk my lovely KNgah.. Anna Frozen inspired dress.. Actually nak jahit dress ni so easy.. Semudah 1 2 3 sahaja. Cuma time Dura nak jahit, I really need to sew in a good mood.. Otherwise, akan ada ajelah salah jahit, salah cantum.. Ended up dengan tetas balik jahitan sambil titiskan air mata sebab buat mende yang paling mencik sekali! huhu 

Oops..lupa pulak.. tang dada black color tu Dura pakai shawl yang tsimpan lama lam lemari. Tak pernah pakai sebab tak reti pakai shawl ni. So, reuse untuk jadi bling-bling kat dress KNgah.. hehe So, time good mood, Du…

Cara Padam Image Lokasi Rumah Anda Dari Google Instant Street View

Image
Sejak dua menjak ni agak kecoh juga di facebook bila Google Malaysia umumkan tentang Instant Google Street View ni. Perhaps anda sudah tahu tentang aplikasi ini. Bagi yang tak tahu, Instant Google Street View ni terdapat dalam Google yang berfungsi untuk mendapatkan gambaran dan maklumat lengkap tentang jalanraya, lokasi, kedudukan dan imej sebenar tempat yang kita nak tahu tentangnya. Pendek kata, boleh 'melancong secara online' aje. 
Yang tak bestnya, bukan setakat tempat-tempat pelancongan aje yang kita boleh nampak, tetapi rumah tempat kita berlindung dan berehat pun termasuk sekali dalam google view ini. Sangat tidak cool dan tidak okey for me. Jadi, jika anda pun rasa sama macam saya, tak mahu lokasi dan imej rumah anda terdedah ke serata dunia, anda boleh padam imej tersebut mengikut langkah-langkah di bawah:
-1-
-2-
-3-
-4-


SELESAI.



*Walaupun ini adalah Google 'Instant' Street View, tetapi bila nak men'delete' rumah anda dari data tu bukan secara 'Instant&…