Posts

Featured Post

Gold Coast Malacca International Resort : Tempat Percutian Untuk Keluarga

Image
Pada cuti sekolah baru-baru ini, Dura dan family berkesempatan pergi bercuti ke Melaka. Ini semua plan PakNgah (adik Dura) lah ni. Dah lama dia plan, tapi selalu tak jadi aje sebab asik clash waktu untuk kami sekeluarga. Dengan Maksu yang bakal hadapi exam, dengan PakNgah dan MakNgah yang payah ambik cuti, lepas tu nak tunggu cuti sekolah pulak. Last-last.. dan yang sebenarnya, last minute.. Barulah PakNgah kata, "OK, resort dah booked. So, confirmed kita pi bercuti ke Melaka on 21st March 2017"..  Boleh, gitu??? Haha
Selepas 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, maka sampailah kami di Gold Coast Malacca International Resort. Terus kami parking berdekatan lobi. Banyak je parking kat situ. Sepanjang kiri kanan jalan dalam kawasan hotel tu anda boleh parking tau :)



Then, terus kami ke lobi untuk pendaftaran Di sini, Check-In adalah pada pukul 2.30pm, Check-Out pula pada pukul 12.00 tengahari okes :) Andaikata masa anda sampai tu, belum Check-In time lagi, anda boleh je daftar dan b…

Rezeki 3 Serangkai Di Bulan Ramadhan

Image
Dua hari lepas, KakNgah terima jemputan ke Program Inspirasi Ramadhan YaPEIM di Dewan RISDA, Ampang. Program tu bermula dari jam 3.00pm dan berakhir dengan majlis berbuka puasa. Mula-mula, Dura tolak jemputan tu sebab syaratnya Ibu atau Bapa perlu bawa anak yatim sendiri ke sana. Dura kerja, tak sempat nak sampai rumah awal, dengan jem lagi.. Tapi rezeki dia, cikgu sekolahnya baik hati nak tolong bawakan dia pergi dan balik. Dura izinkan aje lah. Di sana anak-anak yatim terima sumbangan dari YaPEIM berupa hamper makanan dan angpau. Alhamdulillah, rezeki KakNgah di bulan Ramadhan😊 
Dan yang sebetulnya, KakLong pun ade terima jemputan Program YaPEIM ini di sekolahnya. Tapi bukan rezeki KakLong, sebab sekolah minta ibu atau bapa hantar anak yatim sendiri ke RISDA. Jadi, Dura terpaksa tolak jemputan macam yang Dura buat pada jemputan KakNgah di awalnya tu. Jadi, takde siapa yang dapat bawa dan jaga KakLong di sana.
Semalam pula, KakLong dan KakNgah masing-masing terima bantuan sumbangan…

Berbuka Puasa anjuran Parlimen Setiawangsa

Image
Hari Sabtu baru-baru ini, Dura sebagai ibu tunggal dan beberapa jiran yang lain dapat jemputan ke Majlis Berbuka Puasa anjuran Ahli Parlimen Setiawangsa iaitu Dato' Fauzi Zahari yang bertempat di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa. Para jemputannya adalah golongan asnaf yang tinggal di bawah Parlimen Setiawangsa seramai 800 orang. Dura pun asnaf juga, ibu tunggal yang menyara 3 orang anak, dengan gaji yang ciput aje.
Majlis ni bermula 5.30pm hingga selepas Maghrib. Dura pi sana dengan kawan Mak, iaitu Makcik Ju. Masa mula-mula sampai, kami tengok ade khemah besar di laman depan masjid dan dibawahnya tersusun banyak meja-meja catering. Kami pun daftar kehadiran dulu dengan Pengerusi Blok kami, kemudian terus duduk di meja catering. Tepat jam 6.30pm, Dato' Zahari memberi ucapan perasmian. Kemudian beliau dan anak lelakinya menyampaikan sumbangan angpau dan cenderahati kepada asnaf di setiap meja catering.
Sebaik sahaja azan Maghrib dialunkan, kami semua pun berbuka puasa denga…

Ziarah Iby Sebelum Raya..

Dura memang dah berhajat nak ziarah arwah Iby di Seksyen 21 Shah Alam minggu ini. Sebab minggu depan dah nak raya. Kita digalakkan ziarah kuburan sebelum raya sebab Hari Raya adalah untuk bergembira, bukan bersedihan meratapi insan tersayang.
Kebetulan pula, Dura dapat call dari Masjid di sana, berkenaan majlis sumbangan untuk anak-anak yatim. Rezeki anak-anak Dura si 3 serangkai di bulan Ramadhan ini. Majlisnya berlangsung pagi tadi jam 10am. Ringkas aje programnya, jadi, pukul 11.30am, majlis selesai.
Habis aje majlis di masjid, Dura dan anak-anak bersama Atok pergi ke kuburan. Sedih sungguh bila tiba di kubur. Tempat tinggal Iby yang baru, sejak 9 bulan lepas. Apa khabar Iby di sana? Kubur-kubur pun sudah memenuhi setiap ruang di 2 buah kawasan. Dura nampak lori kecil sedang bersihkan kawasan ke-3, yang mungkin esok lusa bakal ade penghuni pertamanya di situ. Bermaksud, ramai yang sudah 'pergi' meninggalkan alam dunia ini sejak 9 bulan lepas.
Kami beri salam di kuburan. Ka…

Surya Apple Cider Vinegar | Detoks dan Diet Sihat

Image
Dura memang tengah serabut pikir camne nak kuruskan badan ni 😥 Berat sekarang 59kg. Dura terpaksa beli baju dan seluar baru sebab dulu size M, sekarang size XL😭😭😭. Paling teruk, badan selalu rasa gatal-gatal bila berpeluh, tandanya toksin berlebihan dalam badan! Pendek kata, sekarang badan rasa sangat tak selesa dan hilang keyakinan diri 😣😔.

Sangat kebetulan!
Tengah kepala serabut fikir masalah berat badan; ternampak pula iklan Apple Cider Vinegar di tv atau dalam bahasa Melayunya cuka epal. Memang ade banyak cuka epal di pasaran tapi kebanyakannya produk dari luar negara. Tapi Apple Cider Vinegar yang satu ni memang menarik perhatian Dura sebab :
👍ia keluaran Malaysia iaitu oleh Surya Malaysia
👍produknya ditambah dengan madu asli (tiada gula tambahan)
👍disahkan halal dari Jakim
👍boleh diminum oleh semua peringkat umur.

Paling penting, Surya ACV ni memberikan banyak manfaat dan khasiat seperti :
👉bantu lawaskan sistem pencernaan dan kurangkan berat badan berlebihan
👉singk…

Kene bisa serangga ke?

Image
Dua hari lepas, KakLong menangis sebelum tidur. Katanya jarinya sakit. Masa tu, Dura tengok macam kene gigit nyamuk aje merahnya tu. Dura pun sapu minyak sikit kat jarinya tu. Dura suruh dia tidur, dengan harapan esok sembuh la sakitnya tu.
Esoknya dia pergi sekolah macam biasa. Malamnya tu, rupanya jarinya makin bengkak. Lepas tu macam ade gelembung air. Dura tengok pun rasa seriau. Macam kene bisa serangga pun ade. Tapi bila tanya, KakLong kata jarinya jadi camtu sebab dia tarik kulit lebih yang ade celah kukunya tu. Pulak!
Ye tak ya, pagi tadi, Opah dan Atok bawa KakLong dan KakNgah pergi pusat kesihatan di AU2. Doktor pun tak pasti sebab apa, tapi dia berikan ubat rendaman untuk jari dan ubat makan. Katanya, jangan pecahkan gelembung tu, takut bertambah sakit pulak, biar ia pecah sendiri.
Kesian tengok KakLong, disebabkan jari tu, pergerakan pun terbatas sebab dia risau jarinya terlanggar apa-apa. Itu pun nak juga dia pergi sekolah petang sebab boleh lagi menulis guna tangan kana…

Sedih Tinggalkan Anak-Anak..

Image
Lately, AbangYan selalu bangun sahur. Tau-tau je dia dah ade di ruang tamu masa Dura tengah sibuk siapkan hidangan untuk sahur. Kadang-kadang AbangYan terus bersahur dengan kami, makan roti dan minum Milo. Kadang-kadang dia jaga sebab ngigau aje, sampai ruang tamu dia tidur balik.
Tapi, AbangYan bangun sahur pun bukan bermakna AbangYan puasa tau! 🙊 sebab AbangYan ni sejak kecik sampai lah umur 4 tahun ni, setiap kali dia bangun tidur kalau tengok Dura takde sebelah dia, confirmed dia akan nangis, memang tidak dapat dinafikan lagi 😥 Jadi, Dura rasa AbangYan selalu bangun sahur ni pun sebab takut kena tinggal; ye lah, dia tahu setiap pagi Dura pi kerja. Tiga minggu lepas, AbangYan meraung bagai nak rak, sebab dia ternampak Dura bersiap nak pi kerja; dia nak ikut 😔

Sedih bila tinggalkan anak-anak dalam keadaan macam tu bila kita nak bekerja kan? Macam Dura ni, dah 4 tahun jaga AbangYan, dah 7 dan 8 tahun jaga KakNgah dan KakLong.. Tak pernah sekali pun Dura tinggalkan mereka dengan or…

AbangYan dan Pisang

Image
Sabtu lepas AbangYan seronok ikut Opah pergi Pasar Tani yang bermula jam 8am hingga 1pm. 1st time dia ikut sejak kami berempat tinggal di KL ni. Seawal 9am Opah, Atok dan AbangYan keluar rumah. Memang kene keluar awal sebab parking cepat je penuh, kang tak pasal-pasal kene pulak berjalan jauh nak ke Pasar Tani tu.
Cari apa di Pasar Tani?
Ehh, jangan tak tau, Pasar Tani sekarang ni dah macam Lazada, semua benda boleh dicari di situ. Bukan sekadar jual barang basah dan buah-buahan je macam dulu-dulu. Nak tempah langsir, beli tudung, produk kecantikan, breakfast? Semua ada di Pasar Tani! Kalau bulan puasa macam ni, semestinya ada orang jual kuih raya juga😆

Tahun ni kitorang memang tak sempat buat kuih raya, busy kerja. Sebab tu Opah pi Pasar Tani, nak cari kuih raya. Cari punya cari, last-last Opah berkenan kat kuih chocolate chip dan bangkit cheese; selebihnya kerepek dan kekacang 😀

AbangYan pulak, ternampak buah feveret dia; PISANG. Memang pantang jumpa, kadang-kadang hari ni beli, …